Skip to main content

Sharibu Ugut Mahkamah

Saya sempat menonton Buletin 1:30 TV3 sebentar tadi. Sakit hati betul saya dengar kenyataan yang dikeluarkan oleh Sharibu ayah Altantuya yang nampaknya macam mengugut sistem kehakiman negara. Lebih sakit hati, beliau pula yang seolah menjadi jurucakap kerajaan Monggolia bilamana mendedahkan surat yang dihantar oleh kerajaan Monggolia kepada kerajaan Malaysia berkenaan dengan pengendalian kes tersebut. Sampai ugut-ugut nak putuskan hubungan diplomatik antara dua buah negara.

Siapa dia tu? Kalau setakat pegawai sebuah universiti lepas tu datang ke Malaysia nak minta sedekah untuk ubat cucu, tak perlulah nak main ugut-ugut.

Sharibu sepatutnya faham, apabila kes sudah berjalan di mahkamah, biarkan ianya berjalan tanpa apa-apa tekanan dan paksaan. Saya percaya pihak-pihak yang terlibat dalam kes tersebut sudah sampai ke tahap paling boring dalam hidup; dengan ekshibit-ekshibit yang tak putus-putus. Barangkali kalau semalam kes sepatutnya selesai, minggu lepas lagi pihak-pihak singkatkan.

Sharibu juga sepatutnya faham, kes tersebut sejak dari awal memang macamtu. Lain kali ajarlah anaktu macammana nak berkawan. Nanti tidaklah perlu keluar masuk mahkamah.

Apapun, mahkamah!!! Bo layan orang itu!!!!

Comments

Anonymous said…
Sdr.

Islam tuntut dari Hamba2, apatah lagi Pemimpin Muslim, supaya nenegak Ke adilan tidak kira siapa Yahudi kah, Kristian kah, Mongolian kah China kah, Hindu kah dalam Kehakiman dan keputusan dari Hakim2, tindakan2 AG, IGP, dan juga Menteri Pertahan .

Jangan jadi Muslim yang duduk bawah tempurung dan hanya baca kitab2 tepi jalan ....

al ghazali.
Anonymous said…
Anom atas faham ke tidak artikel Nik tu. Dia dah tulis benda dah serah dekat mahkamah, tunggu ajelah keputusannya. Nanti kalau tidak puas hati buat rayuan.

Tepi jalan mana baca kitab?

Popular posts from this blog

Nikah Batin

Nikah adalah upacara agama. Ianya adalah sesuatu yang amat suci. Ia adalah permulaan untuk membentuk sebuah keluarga yang sempurna; ayah, ibu dan anak-anak. Lebih besar lagi, persemendaan hasil dari perkahwinan yang sah menjadi asas kepada wujudnya sebuah masyarakat yang berfungsi. Setiap ajaran agama di dunia - lebih-lebih lagi Islam - amat menitikberatkan soal nikah. Tidak cukup dengan pendaftaran sibil, pasangan dinikahkan juga mengikut tradisi masing-masing. Pasangan yang melanggar norma ini, dipandang jelek oleh masyarakat hatta oleh masyarakat barat yang terkenal dengan kemajuan kebendaan. Tapi hari ini, saya dikejutkan dengan berita ini - Nikah Batin - !!! Jika sebelum ini hanya pemberitaan khabar angin tentang nikah batin oleh beberapa ajaran tarikat sesat, tetapi hari ini sudah sampai di mahkamah; bertujuan untuk mengesahkan nikah tersebut. Ringkas sungguh nikahnya. Tidak perlu wali, jurunikah. Hanya bersaksi Allah sahaja. Saya tercari-cari juga dalam kitab-kitab muktabar ber...

Susur Galur Saya

Saya percaya ramai di kalangan kita; apabila ditanya tentang nama-nama nenek moyang hanya dapat menyebut sekadar dua atau tiga lapis sahaja iaitu sekadar tingkatan moyang. Selebihnya? Wallahu a’lam. Bagi kebanyakan orang urusan tersebut tidaklah sepenting mana, tapi bagi sesetengah yang lain susur galur inilah jati diri mereka. Bagi diri saya sendiri, saya bertuah sebenarnya kerana sekurang-kurangnya 13 lapisan saya ketahui iaitu sehingga ke awal abad 17. Senarainya adalah seperti berikut: Nik Bahrum Bin Nik Abdullah bin Raja Ahmad bin Raja Mat bin Raja Abdullah bin Raja Senik bin Raja Kecik bin Raja Mohamad bin Raja Abd Rahman bin Raja Kecil Sulong bin Raja Omar bin Raja Sakti. Manakala di sebelah ibu pula saya adalah anak kepada Nik Syamsiah binti Nik Som bin Raja Senik bin Raja Husin bin Raja Bongsu bin Raja Senik dan seterusnya sebagaimana susur galur sebelah bapa. Setakat ini yang saya belum jelas adalah susur keturunan sebelah Tokku (ibu Nik Abdullah) kerana se...