Skip to main content

Snippets - Post Rehlah Mahabbah DPPNK 2008

1. Alhamdulillah, saya selamat sampai ke rumah lebih kurang pukul 9.00 malam selepas menghantar pemuda-pemuda Pengkalan Chepa yang bersama dengan saya ke rumah masing-masing. Sebetulnya sepanjang perjalanan dari Lumut ke Ipoh dan dari Ipoh ke Kota Bharu saya duduk sahaja di bahagian penumpang. Sedap juga rupanya pakai "drebar".

2. Pagi ini saya buat sejarah peribadi berjalan kaki dari hadapan Balai Islam Lundang, melalui Pasaraya Billion, masuk ke Jalan Dusun Muda sebelum sampai di pejabat di Jalan Pengkalan Chepa. Agakan saya lebih kurang 6-7 kilometer juga jauhnya. Saya berjalan kaki bukan protes minyak mahal, tapi saja-saja nak test ketahanan kaki. Alhamdulillah tidak ada masalah. Tapi petang nanti, untuk mengambil kereta yang di tinggalkan untuk servis, kena tumpang oranglah.


3. Hari ini, saya masuk pejabat. Tapi hari ini ajelah kerana esok saya akan bertolak ke Kuala Lumpur bersama Ummi dan anak-anak untuk menghadiri Majlis Graduasi di Universiti Malaya pada 5 Ogos nanti. Bukan graduasi saya, tetapi untuk Ummi yang akhirnya berjaya menghantar tesis Sarjana Syariahnya pada pagi hari terakhir tempoh yang dibenarkan – selepas beberapa kali meminta pelanjutan masa – sebelum senat bermesyuarat pada petangnya. Fooh lega, sebab sayalah sponsornya.


Nampaknya . ber 'rehlah' sekali lagilah saya.


Comments

PemudaPC said…
mana bukti REHLAH......(gambar2.pikul kamera sja tk rok.!!!)
Unknown said…
Seronoknya orang boleh makan angin kat Pangkor. Tengok gmbr di blog pemudapc, nampak macam banyak 'tension' yang dapat di'release'kan. Moga2 balik ni makin hebat lagi. Wah, jalan kaki sebegitu jauh, bagus! bagus! satu senaman yang bagus! Pah tu, kirim salam dan tahniah untuk Elly yang berjaya selesaikan MA.
Anonymous said…
Salam Perjuangan...

gambar enta terima hadiah ana masuk dalam blog ana
penat juga saya memandu pergi dan balik. Sampai kat Lumut pukul 5.30 pagi. Sampai rumah pulak pukul 11.30 malam. Keesokan harinya ada kes bicara kes syariah kat Bachok. Fuhh!! Tuhan je yang tahu penatnya..

Popular posts from this blog

Nikah Batin

Nikah adalah upacara agama. Ianya adalah sesuatu yang amat suci. Ia adalah permulaan untuk membentuk sebuah keluarga yang sempurna; ayah, ibu dan anak-anak. Lebih besar lagi, persemendaan hasil dari perkahwinan yang sah menjadi asas kepada wujudnya sebuah masyarakat yang berfungsi. Setiap ajaran agama di dunia - lebih-lebih lagi Islam - amat menitikberatkan soal nikah. Tidak cukup dengan pendaftaran sibil, pasangan dinikahkan juga mengikut tradisi masing-masing. Pasangan yang melanggar norma ini, dipandang jelek oleh masyarakat hatta oleh masyarakat barat yang terkenal dengan kemajuan kebendaan. Tapi hari ini, saya dikejutkan dengan berita ini - Nikah Batin - !!! Jika sebelum ini hanya pemberitaan khabar angin tentang nikah batin oleh beberapa ajaran tarikat sesat, tetapi hari ini sudah sampai di mahkamah; bertujuan untuk mengesahkan nikah tersebut. Ringkas sungguh nikahnya. Tidak perlu wali, jurunikah. Hanya bersaksi Allah sahaja. Saya tercari-cari juga dalam kitab-kitab muktabar ber...

Susur Galur Saya

Saya percaya ramai di kalangan kita; apabila ditanya tentang nama-nama nenek moyang hanya dapat menyebut sekadar dua atau tiga lapis sahaja iaitu sekadar tingkatan moyang. Selebihnya? Wallahu a’lam. Bagi kebanyakan orang urusan tersebut tidaklah sepenting mana, tapi bagi sesetengah yang lain susur galur inilah jati diri mereka. Bagi diri saya sendiri, saya bertuah sebenarnya kerana sekurang-kurangnya 13 lapisan saya ketahui iaitu sehingga ke awal abad 17. Senarainya adalah seperti berikut: Nik Bahrum Bin Nik Abdullah bin Raja Ahmad bin Raja Mat bin Raja Abdullah bin Raja Senik bin Raja Kecik bin Raja Mohamad bin Raja Abd Rahman bin Raja Kecil Sulong bin Raja Omar bin Raja Sakti. Manakala di sebelah ibu pula saya adalah anak kepada Nik Syamsiah binti Nik Som bin Raja Senik bin Raja Husin bin Raja Bongsu bin Raja Senik dan seterusnya sebagaimana susur galur sebelah bapa. Setakat ini yang saya belum jelas adalah susur keturunan sebelah Tokku (ibu Nik Abdullah) kerana se...