1. Alhamdulillah, saya selamat sampai ke rumah lebih kurang pukul 9.00 malam selepas menghantar pemuda-pemuda Pengkalan Chepa yang bersama dengan saya ke rumah masing-masing. Sebetulnya sepanjang perjalanan dari Lumut ke Ipoh dan dari Ipoh ke Kota Bharu saya duduk sahaja di bahagian penumpang. Sedap juga rupanya pakai "drebar".
2. Pagi ini saya buat sejarah peribadi berjalan kaki dari hadapan Balai Islam Lundang, melalui Pasaraya Billion, masuk ke Jalan Dusun Muda sebelum sampai di pejabat di Jalan Pengkalan Chepa. Agakan saya lebih kurang 6-7 kilometer juga jauhnya. Saya berjalan kaki bukan protes minyak mahal, tapi saja-saja nak test ketahanan kaki. Alhamdulillah tidak ada masalah. Tapi petang nanti, untuk mengambil kereta yang di tinggalkan untuk servis, kena tumpang oranglah.
3. Hari ini, saya masuk pejabat. Tapi hari ini ajelah kerana esok saya akan bertolak keKuala Lumpur bersama Ummi dan anak-anak untuk menghadiri Majlis Graduasi di Universiti Malaya pada 5 Ogos nanti. Bukan graduasi saya, tetapi untuk Ummi yang akhirnya berjaya menghantar tesis Sarjana Syariahnya pada pagi hari terakhir tempoh yang dibenarkan – selepas beberapa kali meminta pelanjutan masa – sebelum senat bermesyuarat pada petangnya. Fooh lega, sebab sayalah sponsornya.
Nampaknya . ber 'rehlah' sekali lagilah saya.
2. Pagi ini saya buat sejarah peribadi berjalan kaki dari hadapan Balai Islam Lundang, melalui Pasaraya Billion, masuk ke Jalan Dusun Muda sebelum sampai di pejabat di Jalan Pengkalan Chepa. Agakan saya lebih kurang 6-7 kilometer juga jauhnya. Saya berjalan kaki bukan protes minyak mahal, tapi saja-saja nak test ketahanan kaki. Alhamdulillah tidak ada masalah. Tapi petang nanti, untuk mengambil kereta yang di tinggalkan untuk servis, kena tumpang oranglah.
3. Hari ini, saya masuk pejabat. Tapi hari ini ajelah kerana esok saya akan bertolak ke
Nampaknya . ber 'rehlah' sekali lagilah saya.
Comments
gambar enta terima hadiah ana masuk dalam blog ana