Skip to main content

Seminar EOS Experience di Kota Bharu

Sehari suntuk saya di Renaisance Hotel semalam untuk mengikuti Seminar EOS Experience anjuran Canon (M) Sdn. Bhd. Program yang bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 6 petang tersebut diisi dengan penerangan-penerangan menarik berkaitan dengan dunia fotografi moden.

Jika sebelumnya dunia fotografi menyentuh berkenaan dengan komposisi, apature, shutter, cahaya dan sebagainya tapi dalam seminar semalam peserta didedahkan dengan dunia digital untuk mencantikkan gambar. Ianya dimungkinkan dengan penggunaan software dan alat cetak yang semakin hari semakin canggih tapi lebih murah.

Saya sebetulnya sejak sekolah lagi berminat dengan dunia fotografi. Seingat saya semasa berumur 13 tahun saya sudah mempunyai kamera 35 mm yang pertama. Dan semasa dunia persekolahan lagi entah sudah banyak wang dibelanjakan untuk hobi tersebut. Dan kemuncaknya ketika itu ketika berumur 17 tahun saya sudah menggunakan kamera SLR.

Saya kemudiannya memasuki alam pekerjaan. Saya tidak berkesempatan meneruskan minat tersebut. Tetapi tetap sentiasa ada kamera di sisi di mana saya kemudiannya beralih kepada kamera digital termasuk 2 unit kamera video.

Kalau orang lain sentiasa bertukar kereta, telefon tangan dan sebagainya, saya tidak tertarik sangat dengan perkara-perkara tersebut. Saya hanya 'mabuk' dengan kamera sehingga Ummi sendiri kalau saya beli kamera baru pun tidak terkata apa-apa.

Sejak sebulan lepas, minat saya kembali kepada kamera SLR. Sebenarnya hari hilang telefon tangan dahulu, di tangan saya kamera baru. Sampai sekarang belum habis teroka lagi. Dan kerana itulah peluang berseminar ini saya capai segera.

Apapun, dengan penerangan semalam, zaman SLR saya dahulu sudah sedikit berubah dan saya percaya banyak perkara baru pula saya perlu belajar. Dan yang penting juga, ramai kawan-kawan baru saya kenal.

Comments

Sang Kidal said…
buat la satu acc photopages..pahtu post la gambar2 yang di shoot kat situ..baru seronok paka slr..
try sini : http://www.photopages.com
Pak Zawi said…
Nik,
Assalamualaikum.
Adakah seminar sedemikian dibuka kepada pemilik kamera EOS sahaja? Ruginya saya tak tahu seminar tu diadakan.
Saya rasa ada juga beberapa orang pemilik Nikon yang hadir.

Popular posts from this blog

Nikah Batin

Nikah adalah upacara agama. Ianya adalah sesuatu yang amat suci. Ia adalah permulaan untuk membentuk sebuah keluarga yang sempurna; ayah, ibu dan anak-anak. Lebih besar lagi, persemendaan hasil dari perkahwinan yang sah menjadi asas kepada wujudnya sebuah masyarakat yang berfungsi. Setiap ajaran agama di dunia - lebih-lebih lagi Islam - amat menitikberatkan soal nikah. Tidak cukup dengan pendaftaran sibil, pasangan dinikahkan juga mengikut tradisi masing-masing. Pasangan yang melanggar norma ini, dipandang jelek oleh masyarakat hatta oleh masyarakat barat yang terkenal dengan kemajuan kebendaan. Tapi hari ini, saya dikejutkan dengan berita ini - Nikah Batin - !!! Jika sebelum ini hanya pemberitaan khabar angin tentang nikah batin oleh beberapa ajaran tarikat sesat, tetapi hari ini sudah sampai di mahkamah; bertujuan untuk mengesahkan nikah tersebut. Ringkas sungguh nikahnya. Tidak perlu wali, jurunikah. Hanya bersaksi Allah sahaja. Saya tercari-cari juga dalam kitab-kitab muktabar ber...

Susur Galur Saya

Saya percaya ramai di kalangan kita; apabila ditanya tentang nama-nama nenek moyang hanya dapat menyebut sekadar dua atau tiga lapis sahaja iaitu sekadar tingkatan moyang. Selebihnya? Wallahu a’lam. Bagi kebanyakan orang urusan tersebut tidaklah sepenting mana, tapi bagi sesetengah yang lain susur galur inilah jati diri mereka. Bagi diri saya sendiri, saya bertuah sebenarnya kerana sekurang-kurangnya 13 lapisan saya ketahui iaitu sehingga ke awal abad 17. Senarainya adalah seperti berikut: Nik Bahrum Bin Nik Abdullah bin Raja Ahmad bin Raja Mat bin Raja Abdullah bin Raja Senik bin Raja Kecik bin Raja Mohamad bin Raja Abd Rahman bin Raja Kecil Sulong bin Raja Omar bin Raja Sakti. Manakala di sebelah ibu pula saya adalah anak kepada Nik Syamsiah binti Nik Som bin Raja Senik bin Raja Husin bin Raja Bongsu bin Raja Senik dan seterusnya sebagaimana susur galur sebelah bapa. Setakat ini yang saya belum jelas adalah susur keturunan sebelah Tokku (ibu Nik Abdullah) kerana se...