30.12.07

Saat-saat akhir 2007

Tahun 2008 nanti, beberapa perubahan gaya hidup akan saya alami. Senarai semak saya:

1. Madhi akan mula bersekolah di SRI Aman. Tahun 1.
2. kakaknya Madiha naik ke tahun 2.
3. Majida akan mula belajar di PASTI Al-Ahmadi.
4. Majdi masih lagi di rumah dengan pengasuh harian.

Kebiasaannya, apabila saya pergi jemput Kakak di sekolah jam 2.15 petang, Kakak dibawa ke pejabat saya sementara balik ke rumah jam 5.30 petang. Kalau ada kerja sekolah atau mengulangkaji pelajaran boleh di selesaikan terus.

Saya masih lagi tertanya-tanya, bolehkan kedua-duanya di bawa ke pejabat?!!

Saya bimbang juga. Apabila berdua, perangai budak-budak akan menguasai suasana. Mesti bergaduh juga. Biasanya Kakak yang menangis.

Tengoklah dulu, sambil tunggu jawapan Abang Had sanggup atau tidak jadi Drebar.

Yang lain-lain sudah beres.

28.12.07

Assalamualaikum wrh

Hasrat membina blog sendiri sudah agak lama terpendam. Kadang-kadang cemburu juga melihat blog-blog yang tumbuh bagai cendawan. Lantaran itu saya beranikan diri melangkah ke alam blog ini.

Apa yang akan di blog?

Tertanya-tanya juga saya. Begini ajelah. Apa yang terlintas di fikiran, kalau kena dengan isu, ada masa terluang, akan saya blog kan.

Siapa saya?

Nantilah, sedikit-demi sedikit kita akan berkenalan. Oh ya... tahap toleransi saya dalam 90%. Maksudnya sebagaimana bebas saya menulis dan meluahkan idea, saya bersedia dikritik dan ditegur.

Baki 10%?

Itu saya simpan untuk kritikan melampau terhadap maruah dan kemulian agama saya!!!

Bahasa blog saya?

Well, let see. If I have the mood, I'll blog in English. (Bahasa pertama saya Bahasa Melayu Kelantan). Tengok keadaan dan isu.

Seperti yang saya sebut tadi, sedikit-sedikitlah.

Akhirnya, saya akan bertanggungjawab terhadap segala perkataan dan paparan dalam blog ini, kecuali yang saya nyatakan sebaliknya.

Wassalam, moga bertemu lagi.
Blog Widget by LinkWithin