Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Chambering Student

Snippet - Untuk Adik-Adik Peguam Pelatih

Antara tanggungjawab saya sebagai Ahli Jawatankuasa Peguam Negeri Kelantan adalah menerima kunjungan hormat dari peguam pelatih. Bertujuan untuk memperkenal diri serta mendapat beberapa nasihat awal dari peguam senior, kadangkala ianya juga dapat memberi gambaran awal calon-calon yang boleh ditimbang untuk pekerjaan. Kerana itulah, walaupun kunjungan hormat tersebut adalah dalam keadaan santai dan tidak formal ia harus digunakan sepenuhnya oleh peguam pelatih tersebut untuk menjual dirinya kepada bakal majikan. Janganlah kerana diwajibkan, kunjungan hormat itu seolah-olah menjadi satu beban yang teramat berat. Sekurang-kurang tunjukkan muka yang ikhlas walaupun terpaksa berlakun. Saya nyatakan hal ini, kerana itulah reliti yang terjadi. Dalam 5 kunjungan yang saya terima, sekurang-kurangnya 2 kunjungan seperti tidak 'ikhlas'. Dan ianya boleh memberi gambaran awal yang tidak elok (kepada saya). Saya juga selalu memberi gambaran bahawa tempoh sembilan bulan sebagai peguam pelatih...