30.6.08

Isu Teknikal vs. Isu pokok

Aturan mesyuarat mesti diikuti untuk kelansungan perjalanan mesyuarat. Aturan mesyuarat ada yang bertulis dan ada tidak. tetapi mengikut peraturannya setiap isu berkenaan dengan aturan mesyuarat, pengerusi mempunyai kuasa mutlak samada menerima ataupun tidak sesuatu bantahan.

Ahli mesyuarat boleh menimbulkan bantahan atau menarik perhatian pengerusi terhadap perjalanan mesyuarat. Pengerusi kemudiannya akan membuat keputusan berdasarkan merit terhadap teguran tersebut. Setiap ahli harus menerima keputusan tersebut. Dan mesyuarat boleh diteruskan dengan perbincangan pokok.

Barulah mesyuarat boleh mencapai matlamatnya.

Kerana itulah saya bersetuju dengan teguran Dato Ibrahim Ali dalam Parlimen tengahari tadi yang menegur ahli-ahli pembangkang yang keluar dewan kerana tidak bersetuju dengan keputusan YDP Dewan membenarkan Datuk Seri Najib meneruskan ucapan. Saya menganggap tindakan keluar dewan tidak seharusnya berlaku kerana ia hanya melibatkan perkara teknikal sedangkan isu pokoknya langsung tidak timbul.

Kenapa perlu bergaduh dengan YDP Dewan? sedangkan beliau tetatp akan berada di situ mempengerusikan mesyuarat. Tidakkah boleh berpada-pada dengan aturan mesyuarat? Sedangkan aturan mesyuarat tersebut digubal untuk kelancaran mesyuarat.

Sebab itu saya menyokong penggantungan MP Puchong selama 2 hari. Kadang-kadang perlu diajar juga.

28.6.08

Ke Negeri Di Bawah Bayu

Sekarang saya tinggalkan sekejap dunia politik dan isu-isu berkaitan untuk menjalankan tanggungjawab yang di berikan ibu bapa kepada saya.

Sebagaimana yang telah saya maklumkan sebelum ini, sejak semalam lagi saya sudah berada di Sabah Negeri Bawah Bayu bertujuan untuk menghantar adik Nik Nur Syuhada ke UMS. Saya berdua saja dengannya kerana Ummi dan ahli keluarga yang lain ada beberapa urusan yang tidak kurang pentingnya.

Ummi ke Batu Melintang semalam dengan keluarga di Chicha manakala Che, Ayah dan Awie telah ke Sungai Petani sejak hari Khamis kerana menghadiri mesyuarat. Pagi ni mereka akan keTerengganu pula untuk menghantar Nik Nur Atikah ke UiTM Kuala Terengganu di Chendering. Nasib baik dekat.

Saya belum dapat mengulas panjang berkenaan beberapa perkara yang saya perhatikan di Sabah, kerana hanya pada pukul 8.00 malam baru dapat merebahkan badan ke katil di Promenade Hotel. Mungkin sebab lewat daftar saya di letakkan di tingkat sebelas hotel. Hari ini mungkin kena pindah bilik pula.

Apapun perkara pertama saya buat pagi ini adalah sembahyang Subuh pukul 5.15, tapi dah nak nampak macam sudah cerah dekat luar. Oh ya... waktu solat di sini lebih kurang sejam lebih awal.

Saya sudah menyewa sebuah kereta. Hari ini nak ronda-ronda kawasan berdekatan.Kalauada perkara menarik Insya Allah, akan saya masukkan di sini.

Dekat mana nak beli mutiara?

26.6.08

Timbalan Menteri Pun Porah Juga

Saya ingat dah selesai isu 'porah' 'memporah'. Walaupun semalam beberapa badan hak asasi wanita (?) termasuk Sister In Islam dan beberapa individu yang sewaktu dengannya menyelar tindakan MPKB BRI dalam isu gincu dan kasut bertumit tinggi; saya tidak menghiraukannya kerana tindakan dan kenyataan mereka selama ini punmemang seperti itu - puak-puak porah-.

Setiap kali keluar isu berkaitan Islam merekalah seolah-olah juara mempertahankan hak asasi wanita negara. Tidak apalah, kerana mereka memang ditakdirkan macam itu.

Tapi apabila keluar berita ini dalam MStar Online:

Mashitah selar pengharaman gincu dan tumit tinggi
25-06-2008 09:26:25 PM
Oleh NURUL AIN HUSSAIN

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim hari ini menyelar tindakan Majlis Perbandaran Kota Baharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) mengharamkan pemakaian gincu dan kasut tumit tinggi Isnin lalu.

Menurut Mashitah, tindakan tersebut adalah tidak wajar kerana masih terdapat banyak cara lain yang boleh digunakan untuk mengelakkan berlakunya masalah sosial yang tidak diingini.

“Adalah tidak wajar tindakan MPKB-BRI mengharamkan pemakaian gincu dan tumit tinggi.

“Mereka sepatutnya melaksanakan sistem yang berpandukan ajaran Islam dan bukan mengambil tindakan mendenda untuk menyelesaikan masalah tersebut,” kata Mashitah selepas merasmikan upacara penutup seminar 'Isu-isu semasa Tamadun Ummah peringkat Kebangsaan' di sini hari ini.

Mashitah yang juga bekas ahli Parlimen Baling berkata, Islam sendiri tidak pernah menegah umatnya berpakaian cantik. Jadi, kenapa mereka (MPKB-BRI) perlu menegah wanita bersolek.

“Dalam Islam sendiri turut menyatakan apa yang kita pakai adalah kerana ketakwaan kita kepada Allah.”

Tegasnya, tindakan mendenda dan memaksa ini bukanlah satu cadangan yang sesuai untuk dilaksanakan kerana ia bergantung kepada keadaan pekerjaan wanita itu sendiri.


“Saya rasa tindakan mereka (MPKB-BRI) ini bercanggah dengan status mereka sebagai bandar raya Islam yang sering diperkatakan sebelum ini,” katanya.



Saya terus jadi marah. Nampak sangat Timbalan Menteri kita kurang cerdik. Lainkali bacalah dulu, siasat betul-betul adakah berita asalnya betul atau tidak. Ini pakai hentam sahaja dalam membuat ulasan.



(Entah darimana dapat Phdnya itu?......)


Ingin saya tegaskan, tidak ada pengharaman pemakaian gincu dan kasut bertumit tinggi di Kota Bharu. Kalau tidak percaya datanglah sendiri ke sini, tengok macammana perempuan Kelantan bergaya. Kadang-kadang lebih dari mak-mak datin di Kuala Lumpur.


Begitu juga tentang kenyataan Dr. Mashitah berkenaan dengan ketakwaan dalam berpakaian. Kenyataan dalam berita tersebut adalah menyimpang dari konteksnya yang sebenar. Betul takwa adalah perkara utama, tapi kalau berpakaian sudah tidak menunjukkan ketakwaan, bolehkah takwa kepada Allah tercapai?


Kalau begitu telanjang ajelah untuk menunjukkan 'pakaian takwa' tersebut.


Saya rasa, lebih baik Dr Mashitah menggunakan peluang yang ada sebagai Timbalan Menteri ini untuk menasihati anggota polis supaya tidak menyaman pemakai serban bagi menggantikan topi keledar.

24.6.08

Memang Betul-Betul Porah

Selain Bernama dan TV3, the star juga menyiarkan berita yang sama. Juga dengan nada yang sama. Malah salinan seratus peratus sumber Bernama.

Tension saya semalaman kerana banyak panggilan dan SMS yang perlu dilayan. Seperti jadi jurucakap MPKB BRI pula. Nasib baik ada Ummi, bolehlah goreng-goreng dahulu.

Pagi ini saya sempat menyilau Sinar Harian. Muka depannya jelas memperakui sentimen yang saya tulis sebelum ini iaitu Bernama, TV3 dan The Star juga....memang betul-betul porah.

Cuma sayangnya, saya tak jumpa Sinar Harian Online yang menyiarkan berita tersebut. Saudara perlu mendapatkannya di kedai-kedai akhbar.

Kosmo Online ada juga membuat liputan. Tidaklah porah macam TV3 dan Bernama.

23.6.08

MPKB BRI :Porah TV3 Dan Bernama...

...hari ini. Tak percaya sila baca petikan beritanya di bawah:
June 23, 2008 20:54 PM

No Lipstick And High-heeled Shoes For Female Muslim Employees In Kota Baharu

KOTA BAHARU, June 23 (Bernama) -- Female Muslim employees in business premises in the Kota Baharu Municipal Council (MPKB) area are forbidden to wear lipstick and high heel shoes to work.

This directive is contained in a MPKB circular, dated May 25 and signed by its president, Shafie Ismail, which has been distributed to business premises under its area of jurisdiction.

A check by Bernama at the premises found that only a few tenants had received the circular this week while some have yet to receive them.

The circular stated that the directive, targetted at female Muslim employees working in food outlets and other business premises, was issued to prevent incidents like rape and illicit sex as well as to safeguard the moral and dignity of Muslim women in Kelantan.

It states that Muslim women are forbidden to wear thick make-up, like bright coloured lipstick and high-heeled shoes that gave a tapping sound.

For those who insist on wearing high heel shoes, they can do so but with rubber heels.

Attempts by Bernama to contact Shafie for clarification on the directive were futile.

The directive on the wearing of lipsticks and high-heeled shoes are in addition to the wearing of scarves which should cover the chest and not of transparent material, blouse with long sleeves, long and loose blouses and socks.

Those who do not adhere to the regulation can be imposed a compound fine not exceeding RM500.

-- BERNAMA


Yang keduanya adalah Buletin Utama 8.00 malam sebentar tadi. Juga bercakap dengan nada yang sama. Persoalannya betulkah begitu?

Daripada berita tersebut, terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan:
  1. arahan secara bertulis yang ditandatangani oleh YDP MPKB
  2. larangan ke atas peniaga wanita dari mengenakan gincu dan kasut bertumit tinggi ke tempat kerja
  3. sesiapa yang ingkar boleh dikompaun sehingga RM500.
Respon pertama saya... Baguslah kalau begitu. Sekurang-kurangnya boleh mengurangkan kalaupun tidak membasmi gejala keruntuhan moral di Kota Bharu.

Tapi betulkah begitu? Adakah ketiga-tiga perkara yang saya saya nyatakan di atas adalah perkara yang terkandung dalam surat arahan tersebut. Atau yang paling penting sekali adakah surat arahan tersebut wujud.

Berdasarkan sumber terdekat -setakat respon ini ditulis- tidak ada arahan sedemikian rupa ke atas peniaga-peniaga wanita di Kota Bharu. Peraturan hanya menetapkan pemakaian kain tudung kepala sahaja sebagaimana yang telah diamalkan selama ini.

Saya difahamkan bahawa apa yang dikatakan sebagai arahan bertarikh 25 Mei tersebut adalah kempen dakwah dalam bentuk pamplet sahaja yang menerangkan berkenaan dengan tuntutan pemakaian bagi seorang Muslimah.

Sebab itu tidak boleh bergincu merah menyala, bertumit tinggi yang bising, tudung labuh ke dada serta material kainnya tidak dari jenis yang nipis. Sebab ia untuk muslimah. Kalau wanita tu pakailah apa sahaja yang hendak.

Oleh kerana itu, bagi saya tidak timbul arahan sedemikian kerana sememangnya tidak ada arahan itu melainkan seruan dakwah yang dijalankan oleh MPKB BRI sahaja. Manakala cerita tersebut telah dimanipulasikan begitu rupa oleh pemberita-pemberita kita.

Berkenaan kompaun pula, kompaun tidak boleh dikeluarkan hanya semata-mata kerana tidak mematuhi sesuatu kempen atau dakwah. Melainkan ia diundang-undangkan samada dalam bentuk notis rasmi bertulis atau dalam bentuk syarat-syarat lesen atau undang-undang kecil. Macam mana boleh perbuatan bergincu dikompaun sedangkan ia hanya kempen dakwah????!!!

Lain kali dapatkan maklumat jelas sebelum disiarkan sebagai berita. Nampak sangat tidak faham undang-undang dan tidak rujuk maklumat rasmi???

Apa muslihat dan tujuannya? Wallahu a'lam. Cuma saya rasa Bernama dan TV3 ni hanya semata-mata nak tarik perhatian sahaja!!!!

Oh ya Bernama!!! Majlis perbandaran kami dah lama dikenali sebagai MPKB Bandaraya Islam. Bukan calang-calang.

22.6.08

Sekali Lagi Wang Rakyat Dibazirkan

Tugas hakiki pendakwaan apabila membawa sesuatu kes di mahkamah adalah memastikan segala keterangan dan pembuktian yang boleh mensabitkan seseorang yang dituduh dengan sesuatu pertuduhan dibentangkan sepenuhnya di mahkamah. Samada fakta tersebut diterima ataupun tidak oleh hakim yang mendengar kes adalah soal kedua.

Pendakwa membuat tuduhan berdasarkan siasatan oleh pegawai penyiasat - kebiasaannya anggota polis. Segala kemudahan agensi penguatkuasaan undang-undang, latihan, kemudahan prasarana disediakan bagi membolehkan seseorang pendakwa menjalankan tugasnya dengan berkesan.

Dengan rela hati saya menghalalkan segala kutipan cukai yang saya bayar untuk membiayai kerja itu. Walaupun dikatakan kosnya agak tinggi, saya rela asalkan negara ini selamat dan penjenayah tak kira besar ataupun kecil dikenakan hukuman sewajarnya.

Pendek kata saya mengharapkan kerja pendakwaan mestilah dijalankan dengan standard yang paling tinggi iaitu dengan mengemukakan segala yang perlu kepada mahkamah. Soal keputusan lain halnya. Saya boleh berpuas hati dengan apa sahaja keputusan yang diputuskan oleh Hakim yang adil.

Tetapi malangnya, banyak kes-kes pendakwaan di negara kita yang ditolak kerana masalah teknikal dan kelemahan pertimbangan pihak pendakwaan. Saya pernah terbaca beberapa kes di mana hakim sendiri menegur kelemahan pihak yang menjalankan penyiasatan dan pendakwaan sehingga menyebabkan kes ditolak. Kadang-kadang kerana pendakwa gagal/tidak memanggil saksi-saksi penting.

Contohnya sebagimana yang terjadi dalam kes pembunuhan kanak-kanak warganegara Cina, kes Norita dan sebagainya. Dan yang terbaru semalam kes adik seorang menteri yang dituduh di bawah seksyen 39(b) ADB, tapi dilepaskan kerana kegagalan pendakwaan memanggil seorang saksi penting.

Apa punya bodoh!!!! Keperluan macam tu pelajar Undang-Undang yang belum masuk Mahkamah pun tahu.

Atau adakah disebabkan oleh faktor-faktor lain?

Saya kemukakan salinan beritanya di bawah:

Adik Menteri persekutuan bebas dari tali gantung
20-06-2008 07:15:23 PM

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepaskan dan membebaskan adik seorang menteri Kabinet persekutuan, Mohd Jusnaidi Omar, terhadap dua pertuduhan berkaitan dadah.

Hakim Datuk Ian Chin, dalam penghakimannya berkata pendakwaan tidak memanggil isteri kedua Mohd Jusnaidi, Nurul Ashikin Omar untuk disoal balas.

Ini, katanya memberi kesempatan kepada tertuduh untuk merujuk Nurul Ashikin sebagai orang yang bertanggungjawab mengemaskan beg pakaiannya iaitu tempat dadah itu dijumpai.

"Dalam usaha untuk menyangkal atau menimbulkan kesangsian terhadap apa yang diperkatakan oleh tertuduh, pendakwaan mengemukakan kes mereka berkaitan Nurul semasa menyoal balas (Mohd Jusnaidi) dalam percubaan sia-sia untuk menimbulkan kesangsian terhadapnya," katanya.

Chin mengandaikan hampir keseluruhan soal balas oleh pendakwaan dibuat berdasarkan kepada apa yang diberitahu oleh Nurul Ashikin kepada polis.

Dalam perbicaraan yang bermula pada 26 Mei, Mohd Jusnaidi menghadapi pertuduhan membebaskan 1.011kg kanabis mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman mati mandatori selain menghadapi pertuduhan kedua memiliki 23.98g syabu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Terminal Penerbangan Tambang Murah, Tanjung Aru di sini kirakira 10 pagi pada 20 Mei tahun lepas.

Pasukan pendakwaan diketuai oleh Peguam Kanan Persekutuan Suhami Ibrahim dengan dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya Gan Peng Kun manakala peguam Zahir Shah Hussein dan Hamid Ismail mewakili tertuduh. BERNAMA

Apa pandangan anda????

Catatan 3 Hari

Semenjak hari Khamis lepas saya telah tidak mengemaskini blog saya. Sebenarnya ada dua tiga urusan yang menyebabkan keadaan tersebut berlaku:

  • Saya biasanya mengemaskini blog pada waktu malam. Tapi pada hari Khamis lepas, sebaik sahaja menjejak kaki di rumah saya dimaklumkan oleh Nik Nur Syuhada, dia telah diterima masuk ke Universiti Malaysia Sabah. Dan saya diminta untuk menemaninya ke Sabah bagi pendaftaran minggu depan. Terpaksalah bergelut pada malam itu, menjadualkan semula akurjanji saya dan juga urusan menempah tiket kapal terbang. Alhamdulillah pada pagi Jumaat segala urusan tempahan tiket telah selesai disempurnakan. Hotel sahaja yang belum ditempah.
  • Kerana itu juga, janji saya untuk menghantar Nik Nur Atikah pada hari Sabtu ke UITM Kuala Terengganu di batalkan. Kena cari drebar lain lah yeee!!!
  • Pada malam Jumaat itu juga, dah janji dengan budak-budak dalam pagar untuk ke Arena Futsal. Dalam keadaan sibuk dengan urusan tempahan tiket tupun terpaksalah tinggal kerana kita main Futsal dulu.
  • Akhirnya, pada pagi Jumaat lebih kurang pukul 10.30 pagi selepas selesai segala urusan dan perbincangan saya sekeluarga serta Nik Nur Ridwana dan Nik Nur Hakimah meninggalkan Al-Khazaain menuju ke Bukit Keluang Beach Resort sempena Outing 2008 Nor Bahrum & Co. Balik semula ke rumah esoknya lebih kurang jam 7.20 petang.
Dalam keletihan saya ponteng program Wacana 100 hari di Balai Islam.

Apa nak di kato????

18.6.08

Sanglang: Ujian Keikhlasan SPR

Saya mengucapkan tahniah kepada pasukan peguam serta pempetisyen Dun Sanglang di atas kejayaan mereka dalam petisyen pilihanraya Dun Sanglang sebagaimana yang diisytiharkan pagi tadi.

Dengan keputusan tersebut bermakna Dun Sanglang sekarang ini tidak bertuan kerana kemenangan calon BN Abdullah Hassan dibatalkan oleh mahkamah atas alasan berlaku kesilapan semasa pengisian borang 14 ketika proses pengiraan undi terdahulu.

Walaupun secara teknikalnya, atas alasan tersebut Ustaz Hashim Jasin sepatutnya diisytiharkan menang, undang-undang berkaitan iaitu Akta Pilihanraya 1954 tidak membolehkan hakim berbuat demikian.

Sekarang ini, kerusi tersebut dipulangkan semula kepada SPR untuk memilih antara dua iaitu samada mengisytiharkan kemenangan kepada calon Pas ataupun mengadakan pilihanraya semula. Kedua-duanya mempunyai pro kontra masing-masing.


Cumanya saya berpendapat, sekarang ini adalah ujian tentang keikhlasan masing-masing di mana kedua-dua pihak - SPR dan BN - melalui peguam masing-masing telah mengakui keadaan tersebut. Yang tinggal sekarang adalah untuk menjelmakannya dalam bentuk perbuatan.

Tepuk dada tanya selera/orang atas/iman?

Pemahaman lanjut sila baca di sini : Hanipa.

17.6.08

Lihat Siapa Yang Makan Di Kedai Itu...

Semasa saya dan Ummi sedang menikmati makan tengahari di Kedai Makan Sumatera hadapan Arked MPKB tengahari tadi, tiba-tiba masuklah seseorang yang seakan pernah dilihat wajahnya.

Tapi di mana ye?

Selepas memilih lauk di kaunter, lelaki tersebut terus ke meja makan sambil saya terus memeras ingatan apabila kami saling berpandangan dan tersenyum dan mengangkat tangan menyapa. Pada ketika itulah saya teringat bahawa beliau adalah Dato' Ahmad Yakob, Timbalan Menteri Besar Negeri Kelantan.

Ya Allah!! Malunya saya kerana tidak kenal beliau dan tidak mengambil inisiatif untuk menegur beliau terlebih dahulu. Dan memang itulah antara kelemahan saya, payah mengingati muka seseorang apatahlagi kalau orang-orang besar.

Yang menyebabkan saya terlebih tidak mengecamnya kerana otak saya tidak menyediakannya untuk bertemu pemimpin nombor dua negeri untuk makan di kedai seperti itu. Kedainya 'macamtulah'. Tempat-tempat marhaen menjamu selera.
Saya perhatikan sifatnya betul-betul sebagaimana yang digambarkan oleh Ustaz Nik Abduh dalam blognya. Saya pohon izin untuk memetiknya dalam bahasa asal:

"Ayahanda sentiasa menakjubkan. Keesokannya beliau terus masuk pejabat selepas menziarahi Yang Berhormat Dato TMB, Ustaz Ahmad bin Yaakob di rumahnya yang sedang berehat akibat serangan jantung sebaik sebelum ayahanda berlepas ke tanah suci. Ustaz Ahmad Yaakob adalah anak kepada seorang tuan guru yang menjadi timbalan dan pembantu kanan ayahanda selepas Dato Abdul Halim Abdul Rahman.

Ayahanda sering memuji keberkesanannya menjalankan tugas. Beliau seorang yang wara’ dan cukup berakhlak. Kita jarang menemui pemimpin yang dipuji akhlak dan sifat wara’nya oleh rakyat. Ustaz ahmad Yaakob menikmati kelebihan ini selepas ayahanda. Semoga Allah mengurniainya kesihatan yang baik untuk kekal membantu ayahanda dan menyumbang untuk perjuangan Islam."

Saya pun tumpang mendoakan begitu juga.

16.6.08

'Bukan Munajat Muslimat'

Demikian kata-kata salah seorang pimpinan Muslimat dalam ucapan penangguhan Muktamar Dewan Muslimat Pas Negeri Kelantan di Putik Sabtu lepas.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan beberapa orang pimpinan Pas termasuk Exco dan wakil rakyat yang menambah 'cawangan' tanpa memikirkan akibatnya kepada parti.

Ulasan saya:

Ianya juga bukan Munajat Tok Guru. Ia adalah hasrat individu dan tidak ada sesiapa yang boleh menghalang sekiranya telah cukup syarat dan kemampuan untuk berpoligami. Sebagaimana yang pernah saya tulis sebelum ini, berkahwinlah sampai penuh kouta pun, tidak mengapa asalkan syarak, undang-undang dan moral membolehkannya.

Macam kisah Abang Mat Nor dan Abang Ariff di Kuala Terengganu, tiada masalah sehinggakan isteri-isteri yang ada bersetuju dengan pilihan suami masing-masing untuk mencukupkan kouta. Soal nak bagi atau tidak itu terserah kepada Mahkamah menentukannya.

Yang jadi persoalannya adalah kita di Negeri Kelantan. Pemimpin pula tu. Poligami tanpa izin satu hal, diceraikan tanpa kebenaran satu hal, rakyat asing satu hal; ketidakupayaan mendidik isteri (bekas?) berpakaian menutup aurat adalah merupakan sesuatu perkara yang dinilai oleh masyarakat umum, sedangkan kita adalah pemimpin parti Islam.

Saya juga percaya, isteri-isteri kedua dan ketiga tersebut tentunya lebih sedap ditengok mata daripada isteri pertama. Muda, seksi, bergaya, ada passport luar negara dan sebagainya yang tidak ada pada isteri pertama. Kalau isteri pertama dahulu dikahwini semasa susah, tidak berjawatan besar tentulah isteri-isteri baru ini dikahwini ketika mereka telah beroleh kejayaan dalam hidup. Sudah ada kereta sendiri mahupun kereta rasmi, sudah banyak produk sahamnya di syarikat-syarikat saham dan amanah.

Pendek kata tiada gadis yang akan menolak walaupun diri sudah mulai tua.

Sedangkan di kalangan Muslimat sendiri masih ada yang belum berkahwin termasuk pimpinan dewan. Apa salahnya mereka itu disunting sebagai suri hidup. Orang kita sendiri, sama makan budu, berbicara nada yang sama dan dapat pahala lagi (!). Dan yang penting, poligami tersebut dapat didaftarkan dengan teratur di pejabat agama.


Kesimpulan saya:
  • Badan Perhubungan Pas Negeri perlu membuat pemantauan, perbersihan terhadap gejala ini tanpa memilih bulu. Kita baru selesai pilihanraya. Pilihanraya ke 13 lambat lagi sempat untuk membuat tarbiah dalaman.
  • Lajnah Baitul Muslim (Sahabat saya Ust Nik Abduh salah seorang jawatankuasanya) perlu lebih cergas memantau gejala tersebut. Mungkin boleh mengesyorkan kepada Badan Perhubungan agar mensyaratkan kalangan pimpinan yang ingin berkahwin lagi mendapat pengesahan lajnah terlebih dahulu.
Sesuatu harus dilakukan untuk mengelakkan muslimat berhenti bermunajat.

15.6.08

Dewan Pemuda & Muslimat Negeri Kelantan

Semalam saya dan Ummi tidak ada di rumah sehari suntuk.

Saya terlibat dengan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan di Grand Riverview Kota Bharu bermula jam 8.30 pagi sehingga pukul 5.00 petang. Sebagai ahli jawatankuasa DPPNK tidak banyak yang perlu saya lakukan dan jawab dalam muktamar tersebut kerana kebanyakan soalan dan pandangan di respon oleh YB Ketua ataupun setiausha dewan sahaja.

Tambahan pula Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar yang saya menjadi pengerusinya bukanlah satu jawatankuasa yang besar sebagaimana jawatankuasa lain. Sebab tu saya relak sedikit berbanding dengan setiausaha dewan yang khabarnya dah dua malam tak boleh tidur.

Manakala Ummi pula dari pagi juga terlibat dengan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat Pas Negeri Kelantan di PUTIK. Dengan tugas sebagai Timbalan Pengerusi Tetap dewan tugasnya semalam bermula sebagai pegerusi majlis perasmian oleh Ketua Dewan Muslimat Pas Negeri Kedah dan juga semasa mesyuarat penuh.

Saya ingat nak telefon bertanya khabar. Tapi lebih kurang jam 2.30 petang Ummi pula yang telefon menyatakan mesyuarat dah selesai, sedangkan muktamar DPPNK baru masuk agenda ketiga.

Ia..lah... mungkin pemuda banyak lah sikit songehnya.

Walau apapun tahniah kepada kedua-dua dewan tersebutyang telah berjaya menunaikan tanggungjawab perlembagaannya.

Sementara itu, sekali lagilah budak-budak itu dititipkan ke rumah Tokku.

14.6.08

Agenda Polis dalam Demontrasi

"Perarakan ke KLCC ditukar ke pejabat Pas
KUALA LUMPUR 13 Jun - Tindakan pantas polis berjaya menghalang kira-kira 1,500 penunjuk perasaan daripada parti pembangkang untuk berarak ke Kuala Lumpur City Centre (KLCC) bagi membantah kenaikan harga minyak.
Ekoran itu perarakan yang bermula di Masjid Jamek Kampung Baru dan dijadualkan ke KLCC selepas solat Jumaat kira-kira pukul 2.10 petang hari ini ditukar ke Ibu pejabat Pas Pusat, Jalan Raja Laut.

Tiada tangkapan atau penyemburan gas pemedih mata dilakukan dalam perarakan sejauh satu kilometer itu yang berakhir kira-kira pukul 4 petang.
Seramai 889 pegawai dan anggota polis daripada Unit Simpanan Persekutuan (FRU), Cawangan Khas, Unit Udara, trafik dan tugas am dikerahkan bagi mengawal perhimpunan dan keadaan lalu lintas.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata, polis berjaya mengawal perarakan itu dengan baik tanpa kejadian tidak diingini berlaku.
"Polis hanya memantau perarakan ini dengan meletakkan anggota di Kampung Baru dan KLCC.
"Kita tidak mahu mengambil tindakan untuk mengelakkan keadaan tidak terkawal dan menjadi ganas," katanya ketika dihubungi.
Antara pemimpin Pas yang hadir dan berucap ialah Naib Presidennya, Mohamad Sabu dan Ketua Pemuda Pas Pusat, Salahuddin Ayub.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman berkata, beliau berpuas hati dengan kawalan keselamatan yang dijalankan.
Katanya, berlaku kesesakan lalu lintas di Jalan Sultan Ismail dan Raja Laut kerana polis terpaksa menutup laluan tersebut sementara bagi mengawal keselamatan.
"Perhimpunan ini tiada permit, mereka hanya hantar surat pada Selasa lalu untuk memberitahu dan bukan permohonan," katanya.

Ditanya sekiranya polis akan membuat tangkapan terhadap mereka yang terlibat, beliau menegaskan, perkara itu akan disiasat terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan diambil."
Utusan Malaysia 14/6/2008

Apabila saya membaca berita tersebut, jelas kepada saya bahawa sebarang demontrasi yang dibuat termasuk Himpunan BERSIH atau HINDRAF boleh dijalankan dengan aman sekiranya pihak polis tidak membuat gangguan.

Ianya juga memberi gambaran bahawa sekiranya pihak Polis menjalankan tugas hakiki mereka iaitu menjaga keselamatan, tidak ada sebab kenapa lain-lain demontrasi tidak boleh diadakan. Tidak timbul isu demontrasi akan menyebabkan ancaman keselamatan kerana pihak polis ada untuk mengawalnya.

Yang timbul selama ini adalah kerana pihak polis yang memulakan provokasi. Rakyat Malaysia sebagaimana yang kita tahu adalah rakyat yang sedia berlemah lembut. Mereka tidak akan membuat onar tanpa sebab-sebab yang tidak munasabah.

Semoga tindakan itu dapat dijelmakan sekali lagi dalam Himpunan Sejuta Rakyat 7 Julai nanti.
Nota : Gambar-Gambar dipetik dari KLPOS

13.6.08

Tahniah, Syabas..

... dan terima kasih.

Semoga potongan 10% -30% elaun bulanan bapak-bapak pemimpin diterima Allah. Semoga potongan-potongan itu sampai kepada rakyat jelata. Semoga dalam saat harga barangan naik, bapak-bapak merasai sama derita keringat rakyat.

Walaupun terlambat 18 tahun dari pemimpin kami dari negeri Kelantan, tidak mengapalah asalkan ikhlas.

Tapi kenapa sikit sangat? Tak bolehkan sampai 50% potongannya. Alaahhh...! Apalah sangat elaun tu dibandingkan dengan apa yang bapak-bapak pemimpin sudah kaut sebelum ini.

12.6.08

'Harga Minyak Tidak Naik Lagi....

...tahun ini', kata Pak Lah. Tapi saya tak percaya, sehinggalah betul-betul habis tahun ini.

Sebabnya, untuk tahun ini saja dah beberapa kali Pak Lah tipu saya.

  1. Tarikh pilihanraya,
  2. Duti stem Akuan Bersumpah (walaupun ini oleh SPR),
  3. Dakwat kekal (juga SPR), dan
  4. Harga Minyak akan dinaikkan bulan Ogos 2008.
Sekarang baru bulan Jun 2008; ada lagi enam bulan sebelum tahun 2009. Tak tahulah berapa lagi penipuan agaknya.

Siakap Senohon, Gelama Ikan Duri,
Bercakap bohong lama-lama jadi Menteri?

11.6.08

Krisis Kehakiman Lagi?

Jika betullah sebagaimana kenyataan Datuk Ian HC Chin, Hakim Mahkamah Tinggi Sibu semalam sebelum memulakan kes petisyen Pilihanraya Parlimen Sarikei bahawa mantan Perdana Menteri pernah membuat ancaman untuk memecat hakim jika penghakiman tidak berpihak kepada kerajaan. Dan jika betul dakwaan Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Shaik Daud Ismail bahawa beliau mengetahui ada rakan setugasnya merungut kerana diganggu 'orang politik' dalam urusan kehakiman; maka saya merasakan sudah sampai masanya kerajaan melaksanakan sepenuhnya gagasan reformasi badan kehakiman negara.

Sebagaimana yang pernah saya tulis sebelum ini, badan kehakiman adalah sebuah badan yang tersendiri serta berkuasa untuk menjalan tugasannya dibawah kuasa perlembagaan, maka tidak sayugia sebuah badan yang begitu hebat, boleh diperkotak-katik dan dimanipulasi oleh elemen lain kerajaan khususnya eksekutif.

Tapi hakikatnya itulah yang berlaku; bermula dengan krisis kehakiman 1988 dengan pemecatan ketua hakim negara, pendedahan Hakim Datuk Muhammad Kamil Awang dan kes video klip Linggam (sekadar menyebut beberapa kes), menunjukkan bahawa krisis kehakiman negara berada pada tahap yang amat meruncing sekali.

Dakwaan terbaru tersebut, seharusnya ditangani segera. Ia adalah dakwaan rasmi yang dibuat oleh seorang hakim dalam sebuah prosiding kehakiman. Cubaan mengatur keputusan kes terutamanya yang melibatkan kerajaan adalah keputusan bacul dan terkutuk.

Saya percaya, selain pendedahan terbaru ini, terdapat banyak lagi 'bangkai-bangkai gajah' yang ditutup dengan nyiru, menanti masa untuk membusuk.

Sesuatu harus dilakukan untuk mengembalikan sistem kehakiman negara ke tempat asalnya. Sekurang-kurangnya perlu ada yang berani untuk mendedahkannya sebagaimana Hakim Datuk Ian tersebut.

Nota keterangan prosiding tersebut boleh diikuti di sini: http://www.malaysiakini.com/doc/Notes_of_proceedings.pdf

8.6.08

AGM & Mahabbah Gathering Alumni HI UIAM

Saya sebetulnya dijemput untuk menghadiri AGM & Mahabbah Gathering Alumni HI UIAM di Port Dickson pada 7-8/6/2008 (semalam dan hari ini). Hajat hatinya betul-betul nak pergi, tapi apakan daya, saya ada tanggungjawab lain semalam, terpaksalah saya jawab 'tidak hadir'.

Pagi tadi, Ummi di hubungi oleh Muna, kawan lamanya yang juga isteri Sabki Setiausaha Dewan Pemuda Pas Pusat yang bertanyakan kenapa tak datang. Sebetulnya saya tak cakap pun dekat Ummi ada program tu. Sorry... tak ingat.

Bagaimanapun selamat bermahabbah. Jangan lupa jemput lagi lain kali. Sorry for not being able to attend.

Mesyuarat Agung PAS Pengkalan Chepa ke 36

Alhamdulillah dengan izin Allah, semalam selesailah sudah tanggungjawab di bawah pasal 18 Perlembagaan Pas bagi tahun 2008. Dengan kehadiran lebih 90 peratus perwakilan dari 67 cawangan, ianya telah dirasmi tutup oleh YB Hj. Mahfuz Omar pada pukul 1.45 petang.
Mesyuarat Agung tersebut telah mencatat sejarah bagi PAS Pengkalan Chepa kerana buat kali pertama dalam sejarah 36 tahunnya, ia berjaya mengadakan Mesyuarat Agung di premisnya sendiri iaitu di Dewan Pak Nik Lah, Kompleks Purnama.
Mesyuarat tersebut telah bermula pada pukul 8.45 pagi dan berakhir jam 12.45 tengahari sebelum diteruskan dengan majlis perasmian tutup oleh YB Ketua Penerangan PAS Pusat. Mesyuarat juga telah meluluskan satu usul yang ditujukan kepada Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan berkaitan tanah wakaf.

Secara keseluruhannya, mesyuarat tersebut berjalan lancar tanpa apa-apa insiden yang tidak boleh diatasi.
Oh yaaa...!! Sebagaimana dapat dilihat pada gambar-gambar di atas, Pengerusi Tetapnya yang pertama menjalankan tugas di dewan baru tersebut...sayalah.

5.6.08

Ayat-Ayat Cinta

Sebenarnya saya tidak ke pejabat hari ini. Semalam selepas mendengar pengumuman harga minyak naik, saya terus mula membaca novel yang baru saya beli 2 hari lepas. Ayat-Ayat Cinta yang sebetulnya novel pertama dalam bahasa melayu saya beli tahun ini. Berhenti sekejap kerana ada mesyuarat di Kompleks Purnama. Kemudiannya saya sambung sebelum tidur. Sempurna saya habiskan pagi tadi.
Sudah lama saya tidak membaca novel cinta begitu. Apa yang pasti saya tenggelam sekejap dalam dunia Fahri, Aisha, Maria dan Nurul. Kalaulah saya Fahri dan ada juga Aisha, Nurul dan Maria.... oh alangkah indahnya dunia. Tapi saya sedar itu adalah dunia dalam sebuah karya. Mana mungkin terjadi dalam hidup sebenar. Tapi... tidak mustahil.

Membacanya saya sejuk seketika dari bahangan minyak naik. Sebab itu barangkali saya boleh menulis sebegitu terhadap gesaan protes harga minyak yang naik menggila. Bukan kerana saya takut. Bagi saya pada usia sekarang tidak banyak lagi perkara yang menakutkan saya. Saya bekerja sendiri, tidak terikat dengan mana-mana kontrak dan sebagainya.

Sepatutnya kalau saya takut, dahulu!!! Semasa masih belajar. Tapi ketika itupun bermula di zaman persekolahan menengah saya dah kenal demonstrasi. Ketika itu menentang Salman Rushdi yang dianjurkan oleh Badan Pengawas yang saya adalah ahli jawatankuasanya.

Semasa di UIA begitu juga, hampir kata setiap semester ada saja demontrasi termasuk dalam kampus sendiri (Dalam pagar UM tidak usah dikira). Pernah di tangkap soal beberapa kali oleh Hal Ehwal Pelajar.Yang saya tidak sempat hanyalah gerakan reformasi kerana ketika itu saya sudahpun balik ke Kelantan.

(Saya rasa dah cukup untuk menjawab persoalan diatas yeee oleh ......)

O.K. lah, Ummi dah tempah masa dari saya untuk habiskan novel tersebut. Untuk karya sebaik itu... no problem at all!!! Saya ada tiga tempat lagi jemputan kenduri. Nanti kita cerita semula pasal demontrasi. Lain kali.

Naik Minyak Tapi Berhati-Hati

Saya tidak akan mengulas tentang rasional atau tidak rasionalnya tindakan menaikkan harga minyak sebanyak 78 sen seliter. Pada mulanya saya ingatkan ada satu mekanisma yang menarik untuk menbendung subsidi terlepas kepada rakyat asing. Rupa-rupanya tertipu di petang hari.

Apapun, yang dah diisytihar sudah diisytiharkan. Kesannya esok atau lusa terpaksalah saya dan isteri membayar harga lebih apabila mengisi minyak. Walaupun diganti dengan RM625 bagi sebuah kereta, apalah jumlahnya jika dibandingkan dengan keperluan seharian kami sekeluarga.

Barangkali itulah bahananya kerana rakyat masih mengekalkan kerajaan yang ada. Dan mungkin itulah bahananya kerana Pakatan Rakyat gagal memenangi hati rakyat diseluruh negara dengan satu perancangan yang betul-betul meyakinkan. Dan itulah bahananya akibat terlalu banyak bermain politik.

Apa yang saya hendak ulas di sini adalah tentang beberapa tulisan melalui blog yang mengajak rakyat memprotes pengumuman itu. Saya sokong usaha protes tersebut. Setidak-tidaknya biar penguasa tahu kita tidak suka, kecewa dengan pengumuman itu. Yang kaya mungkin tidak terasa. Bagaimana dengan rakyat bawahan yang surat nama kenderaan merekapun entah di mana.

Proteslah! Tunjukkan kepada mereka kita tidak suka. Tapi dengan satu ingatan. Jangan benarkan mana-mana pihak meragut kembali apa yang telah kita usahakan selama ini. Ingat 5 negeri bukan mudah diperolehi. Jangan kerana 78 sen, kita hilang segalanya. Kerana 78 sen demokrasi berparlimen tidak kita kecapi lagi dibumi tercinta ini.

Itu sahaja. Dengan itu saya menyokong usul protes.

3.6.08

Tarikh Pilihanraya Baru

Perlembagaan Persekutuan pada perkara 55(3) menetapkan tempoh hayat sesi Parlimen adalah selama 5 tahun dari mesyuarat pertamanya melainkan dibubarkan terlebih dahulu oleh Yang DiPertuan Agong. Manakala pilihanraya pula hendaklah diadakan dalam 60 hari dari tarikh pembubaran tersebut dan sesi parlimen seterusnya hendaklah dimulakan tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh pembubaran itu (Perkara 55(4) Perlembagaan Persekutuan.

Sepanjang penelitian saya berkenaan dengan undang-undang Pilihanraya di Malaysia itulah satu-satunya peruntukan berkenaan dengan kekerapan pilihanraya boleh diadakan di mana secara ringkasnya ia mesti di adakan selewat-lewatnya dalam tempoh 5 tahun selepas pilihanraya terakhir. Parlimen boleh terbubar dengan sendiri sekiranya tidak dibubarkan.

Itulah undang-undangnya. Tidak ada yang lain. Semua pihak kena ikut peraturan tersebut selagi perlembagaan tidak dipinda.
Kenapa saya timbulkan isu ini yang mungkin sudah tidak relevan lagi selepas pilihanraya baru-baru ini?

Sebenarnya saya sudah meluat, boring, rasa nak muntah dengan isu-isu politiking selepas pilihanraya seperti pembentukan kerajaan baru PR - mula-mula bulan Mei lepas tu 16 September dan macam-macam tarikh lagi -, isu lompat melompat dan sebagainya. Dan setiap kali itulah indeks KLSE merudum.

Tolonglah!!! Pilihanraya dah lepas, cukuplah kita berpolitiking. Tanah air kita hanya satu sahaja, tidak ada yang lain. Banyak lagi isu lain seperti isu ekonomi, pendidikan dan sosial yang boleh dijadikan isu. Cuma tolong jangan timbulkan isu peralihan kuasa dengan cara melompat. Tunggulah pilihanraya akan datang, kerja lebih keras lagi. Insya Allah menang.

Berdasarkan kepada peruntukan perlembagaan tersebut, saya mencadangkan apalah sekiranya semua pihak menjadi 'gentlement'. Maksud saya bagi pihak kerajaan; tarikh pilihanraya di tetapkan awal-awal lagi dalam tempoh 5 tahun akan datang. Tentukan terus tarikh pembubaran parlimen, tarikh penamaan calon serta tarikh pengundian. Kemudian buatkan satu undang-undang khusus, parti-parti hanya boleh berkempen secara rasmi hanya dalam tempoh setahun sebelum tarikh pilihanraya yang telah ditetapkan dari awal.

Nanti tidaklah terlalu politiking sangat sehingga menyebabkan saya rasa nak muntah.

1.6.08

Lagi-Lagi Poligami

Saya sudah menulis sebelum ini berkaitan poligami. Bagi saya tidak ada apa yang salahnya tentang poligami sekiranya semua pihak mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. Nak kahwin pun kahwinlah walaupun sampai cukup bilangan seperti yang cuba dibuat oleh Abang Mat Nor di Kuala Terengganu.

Soal tak cukup soal kedua, kalau semua pihak sudah redha dengan kehidupan sebegitu. Tambahan pula orang-orang menyebut bahawa kebahagiaan bukan terletak pada harta benda tapi pada hati.

Dalam kehidupan saya, saya sudah banyak bersua dengan kes-kes dan kisah poligami. Pengamalnya terdiri dari berbagai lapisan masyarakat. Ada keluarga ahli keluarga saya sendiri yang berkahwin sampai 16 orang - sentiasa cukup empat dalam satu-satu masa. Kehidupannya tidaklah semewah mana tapi hubungan kekeluargaan antara anak cucu baik saja.

Saya banyak mengendalikan kes-kes berkaitan poligami di mahkamah. Antara mereka orang-orang besar. Terdiri dari kedua-dua parti dominan orang Melayu. Ada kes kerana masalah kahwin tanpa kebenaran dan ada juga kerana masalah perrebutan harta selepas bercerai.

Tapi bagi saya itu biasa. Nak kahwin; kahwinlah. Kalau tidak mahupun itu lebih baik.

Yang menjadikan saya sedikit tidak seronok adalah apabila berkahwin, poligami pula tu; dengan perempuan yang baru masuk Islam dan selepas tu bercerai. Disengsarakan pula dengan fakta muallaf tersebut orang luar negara. Serta dicukupkan dengan ramuan bahawa si suami adalah pemimpin. Gerakan Islam pula tu.

Masya Allah... mengucap panjang saya membaca dan mendengar berita tersebut. Sedangkan kes Siti Fatimah baru selesai di Mahkamah Syariah Pulau Pinang dengan pelbagai reaksi dari orang ramai.

Baiklah, kalau saudara belum jelas. Sebenarnya, keluhan di atas adalah rentetan dari lapuran akhbar dan berita tv berkenaan dengan kisah Adun Melur yang gagal hadir ke Mahkamah Syariah Kota Bharu dalam kes tuntutan (pengesahan?) cerai oleh isteri keduanya yang berasal dari Kemboja.

Sila saudara baca berita di bawah yang saya petik tanpa sebarang edit:

Berita Harian Online

Adun Melor fail cerai isteri kedua

Oleh Betty Subaryati


KOTA BHARU: Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pas Kelantan semalam, mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Rendah Syariah Kota Bharu, untuk mengesahkan lafaz cerai terhadap isteri keduanya yang juga warga Kemboja berketurunan Cina, berusia 24 tahun yang dikahwini sejak lima tahun lalu.


Adun Melor, Wan Ismail Wan Jusoh, 53, selaku defendan, yang tidak hadir di mahkamah semalam, mengemukakan permohonan itu menerusi peguamnya, Mahani Mustafa, atas alasan sudah melafazkan cerai talak satu di rumah sewa isterinya, Siti Aishah Abdullah, 24, dekat Wakaf Mek Zainab, pinggir bandar ini pada 16 April lalu.


Prosiding permohonan mengikut Seksyen 57 Enakmen Keluarga Islam Kelantan 2002 itu berlangsung dalam kamar Hakim Syarie, Nik Najib Che Hassan. Siti Aishah yang diwakili peguam, Mohd Sibri Ismail, hadir mengikuti prosiding itu sambil ditemani bapanya, Kim Ti, 63.


Berikutan ketidakhadiran defendan, Nik Najib menangguhkan prosiding pengesahan lafaz talak itu kepada 2 Julai ini, bagi memberi peluang kepada Wan Ismail hadir di mahkamah untuk memberi keterangan mengenai lafaz cerai terbabit.


Ketika ditemui di luar mahkamah, Siti Aishah yang berkahwin dengan Wan Ismail di Kuala Lumpur pada 2003, berkata beliau diceraikan kira-kira jam 12.30 tengah hari pada 16 April lalu ketika suaminya pulang ke rumah sewa bersama seorang wanita yang identiti tidak dikenalinya, sebelum melafazkan cerai talak satu terhadapnya tanpa memberi sebarang alasan.


�Kejadian itu berlaku ketika saya berada di rumah sewa di Taman Tg Ahmad Panglima, Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu bersama sepasang anak kami berusia antara satu hingga tiga tahun.


�Sebelum melafazkan talak terhadap saya, dia jarang-jarang balik ke rumah menjenguk saya dan anak. Selepas menjatuhkan talak, dia tidak lagi balik ke rumah atau bertanya khabar anak serta tidak memberi nafkah serta mengambil berat mengenai anak, termasuk sewa rumah yang kini saya terpaksa tanggung sendiri,� katanya yang kini membuka perniagaan kecil menjual kain tudung di bandar ini untuk menyara hidup.


Siti Aishah berkata, beliau tidak menyangka akan diceraikan tanpa sebarang sebab oleh suaminya, walaupun sebelum ini seorang wanita pernah menghubungi dan menyuruh saya pulang ke negara asal, Kemboja.


Katanya, walaupun kini terpaksa menempuh dugaan hidup sebagai ibu tunggal bersama dua anak yang masih kecil, beliau bertekad tidak akan meninggalkan Islam yang sudah menjadi pegangan hidupnya sejak 2003.


�Ibu bapa kandung saya cukup marah dengan tindakan suami menceraikan saya tanpa sebab selepas saya berkorban meninggalkan keluarga dan agama asal untuk menjadi isterinya. Mereka meminta saya kembali ke Kemboja, tetapi saya mahu meneruskan kehidupan di sini, sambil menaruh harapan mahkamah memberi keadilan kepada saya,� katanya.

Saya macam nak bersetuju dengan pendapat MSO agar Persatuan Wakil Rakyat Kahwin Lebih (PENSYAHWAT) ditubuhkan. Tidaklah malu sangat dengan Abang Mat Nor.
Blog Widget by LinkWithin