Saya menyambut baik ucapan serta sokongan oleh YAM Raja Nazrin Syah dalam ucap utamanya di Persidangan Hakim Malaysia di Putrajaya pukul 10.30 pagi tadi.yang antara lainnya menekankan tentang keluhuran perlembagaan dan betapa pentingnya mempertahan doktrin pemisahan kuasa pemerintahan. Penegasan Baginda tersebut adalah tepat dengan masa dan ketikanya di mana rata-rata masyarakat di Negara kita bercakap berkenaan dengan pemurniaan semula badan kehakiman. Antara lain baginda bertitah “We are now at a critical time in our nation's history, one where the institutions of state - indeed, the foundations of our democracy - which we have built up since Independence, are under scrutiny”. Betapa tidak. krisis kehakiman Negara yang terjadi hampir 20 tahun lampau, belum juga selesai walaupun sudah beberapa menteri silih berganti. Walaupun ada cadangan untuk penyelesaian, nampaknya usaha tersebut setakat itulah sahaja. Adakah mereka ini menanti pilihanraya ke 13? Titah ...
Seorang anak kepada ayah dan ibu, suami kepada seorang isteri, ayah kepada 4 orang anak, rakan kongsi kepada sebuah firma guaman dan antara penghuni Al-Khazaain. Nik Abdullah, Nik Syamsiah, Khairiah, Noriah, Nik Madiha, Nik Madhi, Nik Majida, Nik Majdi, Nik Mariha, Nik Maher, Nik Mursyida dan Nik Musliha adalah antara sumber inspirasi. Al-Khazaain ditujukan kepada mereka. Juga untuk sesiapa sahaja yang sudi menatap dan terbuka untuk menegur dan ditegur. Semoga diberkati Allah selamanya.