Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Parlimen

Isu Teknikal vs. Isu pokok

Aturan mesyuarat mesti diikuti untuk kelansungan perjalanan mesyuarat. Aturan mesyuarat ada yang bertulis dan ada tidak. tetapi mengikut peraturannya setiap isu berkenaan dengan aturan mesyuarat, pengerusi mempunyai kuasa mutlak samada menerima ataupun tidak sesuatu bantahan. Ahli mesyuarat boleh menimbulkan bantahan atau menarik perhatian pengerusi terhadap perjalanan mesyuarat. Pengerusi kemudiannya akan membuat keputusan berdasarkan merit terhadap teguran tersebut. Setiap ahli harus menerima keputusan tersebut. Dan mesyuarat boleh diteruskan dengan perbincangan pokok. Barulah mesyuarat boleh mencapai matlamatnya. Kerana itulah saya bersetuju dengan teguran Dato Ibrahim Ali dalam Parlimen tengahari tadi yang menegur ahli-ahli pembangkang yang keluar dewan kerana tidak bersetuju dengan keputusan YDP Dewan membenarkan Datuk Seri Najib meneruskan ucapan. Saya menganggap tindakan keluar dewan tidak seharusnya berlaku kerana ia hanya melibatkan perkara teknikal sedangkan isu pokoknya lang...

Siaran Langsung Parlimen II

Sekali lagi saya mengikuti siaran langsung sesi Parlimen pagi ini. Secara ringkasnya dapat saya simpulkan bahawa ahli parlimen kita tidaklah seteruk yang dilabelkan sebelum ini dengan perkataan 'sarkas',' zoo' dan sebagainya. Walaupun ahli-ajli parlimen berebut bangun untuk bertanyakan soalan tambahan, tidal kedengaran pula perkataan-perkataan yang kurang manis diluahkan. Begitu juga dengan korum mesyuarat; ruang duduk ahli parlimen hampir penuh. Atas alasan tersebut saya percaya ahli parlimen kita adalah wakil yang matang. Mereka tahu ketika masa untuk beradab dan masa untuk bertegas. Atas alasan tersebut juga saya mencadangkan masa tambahan diberikan kepada RTM atau mana-mana saluran lain untuk menyiarkan sepenuhnya sesi persidangan tersebut. Cuma sedikit yang saya lihat adalah betapa jawapan agak panjang diberikan oleh menteri-menteri yang berkaitan berbanding isu yang ditanya. Seharusnya ahli politik kita dapat belajar memaksimumkan maksud dengan meminimumkan perkat...

Siaran Langsung Parlimen

Saya sempat mengikuti siaran langsung persidangan Parlimen pagi tadi. Tepat sebagaimana agakan, YB-YB kita telah menggunakan peluang tersebut untuk menunjukkan belang masing-masing. Maklumlah masuk TV. Ditambah pula dengan minyak yang dicurahkan oleh YDP Dewan yang tidak membenarkan soalan tambahan ditanya, bertambah maraklah apinya. Memang nampak sangat seolah-olah YB veteran seperti mahu menguji kewibawaan YDP baru. Manakala YB baru ada juga yang cuba-cuba tumpang sekaki. Seolah-olah semua YB yang ada terlupa ingatan Tuanku semalam yang meminta YB menjaga tingkah laku semasa berbahas. Apa yang ingin saya bincangkan di sini sebenarnya adalah rentetan daripada peristiwa tersebut bilamana Menteri Penerangan yang mulanya mencadngkan siaran langsung tersebut telah mengugut untuk membatalkannya pula, atas alasan bimbang rakyat dapat melihat betapa buruknya perangai YB-YB kita. Aik!!! Macamtu pula? Adakah YB Menteri semasa mencadangkan siarang langsung tersebut menjangkakan YB-YB akan berso...