Skip to main content

Isu Teknikal vs. Isu pokok

Aturan mesyuarat mesti diikuti untuk kelansungan perjalanan mesyuarat. Aturan mesyuarat ada yang bertulis dan ada tidak. tetapi mengikut peraturannya setiap isu berkenaan dengan aturan mesyuarat, pengerusi mempunyai kuasa mutlak samada menerima ataupun tidak sesuatu bantahan.

Ahli mesyuarat boleh menimbulkan bantahan atau menarik perhatian pengerusi terhadap perjalanan mesyuarat. Pengerusi kemudiannya akan membuat keputusan berdasarkan merit terhadap teguran tersebut. Setiap ahli harus menerima keputusan tersebut. Dan mesyuarat boleh diteruskan dengan perbincangan pokok.

Barulah mesyuarat boleh mencapai matlamatnya.

Kerana itulah saya bersetuju dengan teguran Dato Ibrahim Ali dalam Parlimen tengahari tadi yang menegur ahli-ahli pembangkang yang keluar dewan kerana tidak bersetuju dengan keputusan YDP Dewan membenarkan Datuk Seri Najib meneruskan ucapan. Saya menganggap tindakan keluar dewan tidak seharusnya berlaku kerana ia hanya melibatkan perkara teknikal sedangkan isu pokoknya langsung tidak timbul.

Kenapa perlu bergaduh dengan YDP Dewan? sedangkan beliau tetatp akan berada di situ mempengerusikan mesyuarat. Tidakkah boleh berpada-pada dengan aturan mesyuarat? Sedangkan aturan mesyuarat tersebut digubal untuk kelancaran mesyuarat.

Sebab itu saya menyokong penggantungan MP Puchong selama 2 hari. Kadang-kadang perlu diajar juga.

Comments

Popular posts from this blog

Nikah Batin

Nikah adalah upacara agama. Ianya adalah sesuatu yang amat suci. Ia adalah permulaan untuk membentuk sebuah keluarga yang sempurna; ayah, ibu dan anak-anak. Lebih besar lagi, persemendaan hasil dari perkahwinan yang sah menjadi asas kepada wujudnya sebuah masyarakat yang berfungsi. Setiap ajaran agama di dunia - lebih-lebih lagi Islam - amat menitikberatkan soal nikah. Tidak cukup dengan pendaftaran sibil, pasangan dinikahkan juga mengikut tradisi masing-masing. Pasangan yang melanggar norma ini, dipandang jelek oleh masyarakat hatta oleh masyarakat barat yang terkenal dengan kemajuan kebendaan. Tapi hari ini, saya dikejutkan dengan berita ini - Nikah Batin - !!! Jika sebelum ini hanya pemberitaan khabar angin tentang nikah batin oleh beberapa ajaran tarikat sesat, tetapi hari ini sudah sampai di mahkamah; bertujuan untuk mengesahkan nikah tersebut. Ringkas sungguh nikahnya. Tidak perlu wali, jurunikah. Hanya bersaksi Allah sahaja. Saya tercari-cari juga dalam kitab-kitab muktabar ber...

Susur Galur Saya

Saya percaya ramai di kalangan kita; apabila ditanya tentang nama-nama nenek moyang hanya dapat menyebut sekadar dua atau tiga lapis sahaja iaitu sekadar tingkatan moyang. Selebihnya? Wallahu a’lam. Bagi kebanyakan orang urusan tersebut tidaklah sepenting mana, tapi bagi sesetengah yang lain susur galur inilah jati diri mereka. Bagi diri saya sendiri, saya bertuah sebenarnya kerana sekurang-kurangnya 13 lapisan saya ketahui iaitu sehingga ke awal abad 17. Senarainya adalah seperti berikut: Nik Bahrum Bin Nik Abdullah bin Raja Ahmad bin Raja Mat bin Raja Abdullah bin Raja Senik bin Raja Kecik bin Raja Mohamad bin Raja Abd Rahman bin Raja Kecil Sulong bin Raja Omar bin Raja Sakti. Manakala di sebelah ibu pula saya adalah anak kepada Nik Syamsiah binti Nik Som bin Raja Senik bin Raja Husin bin Raja Bongsu bin Raja Senik dan seterusnya sebagaimana susur galur sebelah bapa. Setakat ini yang saya belum jelas adalah susur keturunan sebelah Tokku (ibu Nik Abdullah) kerana se...