Skip to main content

Naik Minyak Tapi Berhati-Hati

Saya tidak akan mengulas tentang rasional atau tidak rasionalnya tindakan menaikkan harga minyak sebanyak 78 sen seliter. Pada mulanya saya ingatkan ada satu mekanisma yang menarik untuk menbendung subsidi terlepas kepada rakyat asing. Rupa-rupanya tertipu di petang hari.

Apapun, yang dah diisytihar sudah diisytiharkan. Kesannya esok atau lusa terpaksalah saya dan isteri membayar harga lebih apabila mengisi minyak. Walaupun diganti dengan RM625 bagi sebuah kereta, apalah jumlahnya jika dibandingkan dengan keperluan seharian kami sekeluarga.

Barangkali itulah bahananya kerana rakyat masih mengekalkan kerajaan yang ada. Dan mungkin itulah bahananya kerana Pakatan Rakyat gagal memenangi hati rakyat diseluruh negara dengan satu perancangan yang betul-betul meyakinkan. Dan itulah bahananya akibat terlalu banyak bermain politik.

Apa yang saya hendak ulas di sini adalah tentang beberapa tulisan melalui blog yang mengajak rakyat memprotes pengumuman itu. Saya sokong usaha protes tersebut. Setidak-tidaknya biar penguasa tahu kita tidak suka, kecewa dengan pengumuman itu. Yang kaya mungkin tidak terasa. Bagaimana dengan rakyat bawahan yang surat nama kenderaan merekapun entah di mana.

Proteslah! Tunjukkan kepada mereka kita tidak suka. Tapi dengan satu ingatan. Jangan benarkan mana-mana pihak meragut kembali apa yang telah kita usahakan selama ini. Ingat 5 negeri bukan mudah diperolehi. Jangan kerana 78 sen, kita hilang segalanya. Kerana 78 sen demokrasi berparlimen tidak kita kecapi lagi dibumi tercinta ini.

Itu sahaja. Dengan itu saya menyokong usul protes.

Comments

Popular posts from this blog

Nikah Batin

Nikah adalah upacara agama. Ianya adalah sesuatu yang amat suci. Ia adalah permulaan untuk membentuk sebuah keluarga yang sempurna; ayah, ibu dan anak-anak. Lebih besar lagi, persemendaan hasil dari perkahwinan yang sah menjadi asas kepada wujudnya sebuah masyarakat yang berfungsi. Setiap ajaran agama di dunia - lebih-lebih lagi Islam - amat menitikberatkan soal nikah. Tidak cukup dengan pendaftaran sibil, pasangan dinikahkan juga mengikut tradisi masing-masing. Pasangan yang melanggar norma ini, dipandang jelek oleh masyarakat hatta oleh masyarakat barat yang terkenal dengan kemajuan kebendaan. Tapi hari ini, saya dikejutkan dengan berita ini - Nikah Batin - !!! Jika sebelum ini hanya pemberitaan khabar angin tentang nikah batin oleh beberapa ajaran tarikat sesat, tetapi hari ini sudah sampai di mahkamah; bertujuan untuk mengesahkan nikah tersebut. Ringkas sungguh nikahnya. Tidak perlu wali, jurunikah. Hanya bersaksi Allah sahaja. Saya tercari-cari juga dalam kitab-kitab muktabar ber...

Susur Galur Saya

Saya percaya ramai di kalangan kita; apabila ditanya tentang nama-nama nenek moyang hanya dapat menyebut sekadar dua atau tiga lapis sahaja iaitu sekadar tingkatan moyang. Selebihnya? Wallahu a’lam. Bagi kebanyakan orang urusan tersebut tidaklah sepenting mana, tapi bagi sesetengah yang lain susur galur inilah jati diri mereka. Bagi diri saya sendiri, saya bertuah sebenarnya kerana sekurang-kurangnya 13 lapisan saya ketahui iaitu sehingga ke awal abad 17. Senarainya adalah seperti berikut: Nik Bahrum Bin Nik Abdullah bin Raja Ahmad bin Raja Mat bin Raja Abdullah bin Raja Senik bin Raja Kecik bin Raja Mohamad bin Raja Abd Rahman bin Raja Kecil Sulong bin Raja Omar bin Raja Sakti. Manakala di sebelah ibu pula saya adalah anak kepada Nik Syamsiah binti Nik Som bin Raja Senik bin Raja Husin bin Raja Bongsu bin Raja Senik dan seterusnya sebagaimana susur galur sebelah bapa. Setakat ini yang saya belum jelas adalah susur keturunan sebelah Tokku (ibu Nik Abdullah) kerana se...