Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Tok Guru Haji Hadi

Saya Sokong 100%

Saya percaya tidak ada apa lagi yang perlu saya tambah dan ulas, kerana jawapan-jawapan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam wawancara dengan Harakahdaily yang saya petik di bawah saya sokong 100%. Dan pernah sipi-sipi saya ulas sebelum ini. Memantapkan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat Harakahdaily Fri | Jul 11, 08 | 12:40:09 pm MYT HARAKAH: Apa penjelasan Tuan Guru mengenai dakwaan PAS ada perbincangan dengan Umno yang disensasikan media baru-baru ini? USTAZ HADI: PAS adalah parti yang menegakkan Islam dengan makna yang menyeluruh. Sasaran Islam ialah seluruh manusia bukan sahaja tertumpu kepada ahli PAS. Kita harus sampaikan mesej kepada pihak yang lain, sebagaimana yang diajar Nabi Muhammad. Bukan sahaja bergerak dalam skop di Semenanjung Tanah Arab bahkan Baginda menghantar surat kepada raja-raja. PAS juga wajib meneruskan mesej itu dalam konteks negara kita. Kita jumpa dengan raja-raja dan tidak salah juga kita berjumpa dengan Umno untuk menyampaikan mesej kita. Kalau tidak jum...