Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2008

Kronologi Pemecatan Tun Salleh Abbas

• Tun Salleh Abbas di lantik sebagai Peguamcara Negara pada tahun 1963. • Semasa berumur 50, beliau dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan. • Ketua Hakim Negara Tun Suffian Hashim bersara pada tahun 1982 and beliau telah digantikan oleh Raja Azlan Shah. Raja Azlan kemudiannya dilantik sebagai Sultan Perak dua tahun kemudia. Tun Salleh kemudiannya dilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada tahun 1984. • In 1987, pemilihan Agung Umno telah dijalankandan Tengku Razaleigh Hamzah telah mencabar Presiden Umno /Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad (sekarang Tun) sebagai Presiden. Beliau dijangkakan akan memenangi pertandingan tersebut. Begaimanapun, Dr Mahathir telah menang dan mengekalkan jawatan tersebut. • Kalangan penyokong Tengku Razaleigh tidak berpuas hati dengan kekalahan tersebut. Mereka membawanya ke Mahkamah untuk mendapatkan perintah bagi pemilihan semula. • Pada masa yang sama, Tun Salleh telah menegaskan dalam satu kenyataan umum berkenaan dengan hasrat untuk m

Catatan Santai

Sebenarnya sejak dari semalam lagi saya berhasrat untuk melayari blog ini, tapi tak berkesempatan. Di sini saya catatkan beberapa perkara yang berlaku: 1. Isu handphone dan nombornya sudah diselesaikan hari Rabu lagi. Alhamdulillah saya dapat mengekalkan nombor lama. Cuma nombor kawan-kawan dan isi di dalamnya lesap. Handphone pun dah digantikan baru pada hari Khamis. 2. Semalam, hari Jumaat pada sebelah pagi, sesi membeli-belah bulanan. Saya percaya amalan itu sudah menjadi rutin dan sebagaimana yang saya catatkan sebelum ini, pengurusan kewangan agak lebih teratur. 3. Selepas sembahyang Jumaat, menghadiri jemputan majlis Maulidurrasul di Wakaf Tok Kasim, dekat aje dengan rumah. Kadang-kadang makanan kampung ni (siap dengan kerabu) memang menyelerakan. 3 kali tambah. 4. Kemudiaannya, terus sambung dengan Mesyuarat Pasti Al-Ahmadi di mana saya adalah pengerusinya. Antara agenda adalah berkenaan dengan keceriaan Pasti. Untuk sesi ini Pasti Al-Ahmadi mempunyai pelajar seramai 87 orang ti

Dato Zaid Ibrahim

Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan tahniah di atas perlantikan Dato’ Zaid Ibrahim sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang baru. Dato’ telah menunjukkan kepada saya satu bukti hidup bahawa takdir sebenarnyaa melebihi perancangan manusia. Apapun syabas juga kerana kenyataan awal Dato’ untuk memperbaiki sistem kehakiman dengan cadangan agar kerajaan meminta maaf kepada Tun Salleh Abas dan juga cadangan untuk meminda undang-undang anti lompat – agak berani. Walaupun saya difahamkan kemudiannya cadangan Dato’ tersebut telah dibakulsampahkan oleh kawan-kawan Dato’ sekabinet. Sekurang-kurangnya Dato akan lebih bijak berpolitik selepas ini. S aya teringat satu petikan akhbar New Straits Time bertarikh 6/11/2001 yang memetik kata-kata Dato’ Zaid dalam mengkritik keputusan Bar Counsil meluluskan undi tidak percaya ke atas Tun Hamid bertarikh 9/7/1988. Petikan sebahagiannya adalah sebagaimana berikut: "Lawyers get their practising certificates signed by Tun

Handphone Hilang

Betullah kata-kata orang "Malang tidak berbau". Apabila dah ditakdirkan kita kehilangan sesuatu, buat macammana pun akan hilang juga. Itulah yang saya alami hari ini. Sebenarnya sekarang ini, saya sedang berada di KLIA untuk menanti penerbangan pulang ke Kota Bharu jam 10.35 nanti. Baru sampai pagi tadi kerana ada perbincangan fail kes dengan anak guam. Setelah selesai perbincangan, saya kemudiannya melencong ke Mid Valley sambil-sambil melihat kamera baru. Jam lebih kurang pukul 6 petang, saya menyelesaikan urusan di situ dan menaiki komuter menuju ke KL Sentral. Sebetulnya saya memang dah 'beringat', tambahan pula beberapa kali pengumuman dibuat agar berhati-hati dengan penyeluk saku. Sekejap-sekejap saya sentuh beg duit di poket belakang. Takut-takut lesap dengan penumpang pula penuh sendat dalam komuter. Sesampainya saya di KL Sentral, selepas 5-6 langkah keluar dari pintu komuter saya rasa lain dalam poket depan kanan. Rasa ringan sahaja. Sah!! 'Handphone'

Tok Guru Haji Lah Lubuk Tapah

Tok Guru Haji Lah Lubuk Tapah (Abdullah Bin Abdul Rahman) meninggal dunia jam 7:10 pagi semalam. Saya mendapat khabar tersebut jam lebih kurang 10.00 pagi semasa berada di Mahkamah Kota Bharu. Saya sekeluarga mengucapkan takziah kepada seluruh anggota keluarga Tok Guru. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ilmu peninggalannya akan terus menjadi amalan yang tidak putus-putus. Al-Fatihah. Saya sebetulnya tidak mengenali Tok Guru Haji Lah secara peribadi. Seingat saya hanya satu atau dua kali dalam hidup saya berpeluang melihat dengan mata lendir batang tubuh Tok Guru. Itupun sekejap sahaja di rumah Che Noh Bunut Payong, emak saudara Ummi. Paling 'rapat' hubungan saya dengan keluarga Tok Guru pun adalah kerana hubungan kekeluargaan antara Ummi dengan anak Che Noh; sepupunya Che Ma yang berkahwin dengan anak Tok Guru, Dr Luqman. Kira-kiranya adalah hubungan juga walaupun 'sabit' sahaja. Kedua-duanya adalah pensyarah di UM. Antara tempat Ummi 'ngatur' dalam nak menyiapk

Petikan dari Laman Dr. Maza

Saya siarkan untuk renungan bersama: Pandangan Dr Mohd Asri Zainul Abidin Tentang Kerajaan-Kerajaan Pembangkang Yang Baru Dibentuk SOALAN : Apakah pandangan Dr. tentang kerajaan-kerajaan baru yang dibentuk oleh pembangkang; khususnya Kelantan, Kedah, Perak dan Selangor? JAWAPAN : “Melihat kepada senario politik yang sedang berlaku dalam negara ini, maka beberapa perkara –setakat ini- mungkin boleh saya ulas seperti berikut: 1) Rakyat patut memuji kepimpinan Kerajaan dan rakyat Kelantan. Mereka terkenal dengan kematangan politik. Walaupun media yang bongkak menghina mereka sebelum pilihanraya berlaku, namun mereka telah berjaya merentasi pilihanraya dengan jayanya –alhamdulillah-. Di kala negeri-negeri lain masih dalam kekalutan, Kelantan tenang dan damai dengan keputusan yang dibuat oleh rakyatnya. Mudah-mudahan itu sebagai tanda bahawa Islam yang dilaungkan di Kelantan benar-benar mendapat keberkatan Allah. Bumi Kelantan adalah antara benteng-bentang umat Islam di negara

Senarai Pengerusi Jawatankuasa Kelantan

Jawatankuasa Tanah, Perhutanan dan Sumber Asli Pengerusi: Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Pembangunan Tanah dan Wilayah Pengerusi: Dato' Ahmad Yaacob Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Pengerusi: Dato' Husam Musa Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Pepaduan Masyarakat Pengerusi: Dato' Annuar Tan Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Pengerusi: Dato' Takiyuddin Hassan Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Pengerusi: Nik Mohd Amar Nik Abdullah Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar Pengerusi: Mejar (B) Md Anizam Abd Rahman Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Pengerusi: Abdul Fattah Mahmood Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknolgi Pengerusi: Che Abdullah Mat Nawi Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Pengerusi: Wan Ubaidah Omar Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Pengerusi: Dr Mohd Fadhli Dato'

Tahniah YB Kak Wan Ubaidah

Buat pertama kalinya dalam tempoh 18 tahun pemerintahan PAS Kelantan, seorang wanita dilantik sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan. Adun Kijang yang baru YB Wan Ubaidah telah mengangkat sumpah dan sekilas kata-kata awalnya "Perlantikan itu adalah sebagai mewakili semua golongan wanita negeri kelantan". Sebenarnya ramai yang tidak tahu ranjau yang perlu ditempohi oleh YB Kak Ubai. Ranjau tersebut amat berbahaya yang memungkinkan Kak Ubai tidak bertanding dalam pilihanraya lepas. Ceritanya adalah pada petang Sabtu sebelum hari penamaan calon, dalam keadaan semua borang telah diisi dan ditandatangani dan semua calon telah berbai'ah di PUTIK, saya telah terbaca satu artikel tulisan Roger Tan dalam NST yang dipetik oleh laman Malaysian Bar berkenaan dengan kelayakan untuk menjadi calon pilihanraya khususnya peruntukan Artikel 49 Perlembagaan Persekutuan. Ulasan Roger Tan dalam NST tersebut memberi gambaran bahawa Kak Ubai tidak boleh bertanding kerana belum meletakkan jawatan seb

SMS Menarik PRU 12

"Kesan PRU ke 12: SV benar-benar jadi sami di Batu Caves KT akan pamerkan di pameran hantu sebagai Toyol paling ganas ZM jadi jaga di Pasaraya Mydin KSK menjadi penjual buah sukun celup tepung SJ o.k. lah dapat tender cuci jamban di Bukit Jalil AA bunyi khabar bawak tasbih besar pakai kot dengan kain sarung mengatib MBMBMBMBMB.... tidak tahu bila nak berhenti." "Gurindam Pak Lah Panas ku sangka hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari, Kelantan kusangka mudah ditawam, Rupanya ku hilang 5 negeri. Sungguh malang nasibku ini, tiada kampung dan tiada negeri, Penang negeriku ditawan DAP, taktau ke mana nak bawa diri. Ada baiknya ku undur diri, bagi peluang kepada Khairy, sambil ku tumpu kepada isteri, manalah tahu kot dapat baby." "Sesiapa ada terjumpa seorang rakyat Selangor, berambut putih, berlagak handsome, bangsa Jawa, rendah-rendah, bawa penyapu; sila hubungi balai polis berhampiran. Kunci pejabat MB ada kat dia"

Tahniah & Terima Kasih

Alhamdulillah, sebagaimana yang diketahui umum, PAS telah berjaya mengekalkan Kelantan dengan majoriti lebih besar, menguasai Kedah serta mendapat beberapa kerusi di negeri-negeri lain di samping berpeluang menduduki kerusi MB negeri Perak. Tidak lain dan tidak bukan adalah atas hasil usaha dan kesungguhan yang telah ditunjukkan oleh semua petugas serta doa dan titisan airmata rakyat. Terima kasih. Saya telah abaikankan blog ini sejak hari Khamis lagi. Hajat dihati mahu membuat ulasan awal tentang haru pengundian, tapi tak terdaya. Sebetulnya, hari Ahad lepas (sehari selepas hari mengundi) saya bercuti. Tak ke tempat kerja. Terlalu banyak urusan yang perlu diselesaikan. Menjemput anak-anak yang ditinggalkan sejak hari Jumaat di rumah Cek di Kubang Kerian; Menyapu dan membersihkan debu-debu dan sampah sarap di Al-Khazaain; Membasuh dan menyidai pakaian Dan lain-lain lagi yang sewaktu dengannya. Sebetulnya, bukan saya seorang yang mengabaikan rumah. Ummi pun terlibat sama. Beliau telah b

Undi Pos

Sejak awal minggu lagi petugas-petugas pilihanraya bagi undi pos sudah bekerja. Bermula dengan pengeluaran kertas undi di pejabat-pejabat tanah serta pemerhatian ke atas pelaksanaan pengundian pos di kem-kem tentera dan polis. Bermacam-macam ragam cara pelaksanaannya. Maklumlah bukan semua orang yang berpeluang mengundi pos. Malah yang namanya tersenarai pun, kadang-kadang mendakwa tak pernah mengundi. Ada dua perkara menarik berkenaan dengan undi pos: Pengundi boleh memilih samada hendak mengundi di bilik yang disediakan ataupun boleh juga membawa keluar sampul undi untuk mengundi secara bersendirian di mana sahaja yang dia suka dengan syarat sampul undi tersebut mesti sampai ke bahagian pilihanrayanya sebelum waktu pengundian ditutup. Setiap pengundi pos perlu mengisi dan menyertakan Borang 2 di dalam sampul yang dikembalikan berserta kertas undi. Borang 2 tersebut bertulis antaranya "Saya dengan ini mengisytiharkan bahawa saya telah menerima kertas undi yang bernombor seperti

Dakwat Terpadam Sebelum Dipadam

Berita mengejutkan tapi masih dalam jangkaan saya adalah pengumuman oleh pengerusi SPR petang semalam berkenaan dengan penggunaan dakwat jari ke atas pengundi. Tidak ada angin dan tidak ada goyangan tiba-tiba penggunaannya dibatalkan atas alasan mengelirukan pengundi terutamanya pengundi di kawasan pendalaman. Juga dikatakan terdapat khabar angin ada pihak-pihak tertentu yang telah mendapat bekalan bahan kimia untuk menghilangkan tanda dakwat. Reaksi saya: "Poorah", bodoh punya alasan!!! Dan nampaknya rakyat sekali lagi ditipu hidup-hidup. Sebenarnya, tatacara penggunaan dakwat ini telahpun dimasukkan ke dalam silibus kursus petugas SPR dimana bahagian kuku jari telunjuk akan dicalit sedikit dakwat sehingga kena sedikit kulit. Petugas SPR terutamanya kerani pengundian dan Ketua Tempat Mengundi telah sedia maklum tentang tatacara tersebut. Sehingga peringkat itu semua menganggap dakwat akan digunakan. Sehingga di mana-mana sahaja kursus PACA yang saya sampaikan itulah antara

Selamat Ulang Tahun Pertama Nik Ahmad Majdi

Semalam 1/3/2008 adalah ulang tahun pertama kelahiran Nik Ahmad Majdi. Kasihan dia, Ayah dengan Umi tak sempat buat majlis. Semoga terus membesar dalam iman dan amal. Semalam juga, Nik Asma Madiha menerima hadiah kecemerlangan akademik dari SRI Aman atas kejayaan memperolehi 11A ke atas semasa tahun satu dahulu. Che Kah dan Che Su mewakili Ayah dan Umi di majlis penyampaian tersebut. Sorry, nanti Ayah dan Umi tebus.

Pensyarah di USM

Alhamdulillah dalam kesibukan pilihanraya ke 12 ini, pada pagi tadi saya telah menyelesaikan jemputan menyampaikan syarahan kepada pelajar-pelajar tahun akhir Sains Forensik USM. Tajuk syarahannya berkisar berkenaan dengan asas undang-undang termasuk tatacara memberi keterangan di mahkamah dan perkara yang berkaitan dengannya. Tujuannya adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar tersebut bagi menyediakan mereka menjadi saksi pakar di mahkamah. Nanti tidaklah terkial-kial di kandang saksi. Tahun ini adalah tahun ke 4 saya menjadi pensyarah jemputan. Tambahan dari tahun-tahun lepas, kali ini saya diminta untuk mengajar selama 10 jam yang dipecahkan kepada 5 sesi. Jadi ke sanalah saya pada 17/2, 19/2, 26/22, 27/2 dan hari ini 2/3/2008 jam 9-11 pagi. Sebenarnya mengajar adalah cita-cita utama saya; lebih dari menjadi peguam. Barangkali rezeki saya bukan dalam bidang tersebut. Lalu menjadi peguamlah saya. Oleh kerana itulah dalam setiap kesempatan untuk menyampaikan kertas k

Kelantan Bar Committee 2008

Sebagaimana yang telah saya tulis pada 3.2.2008 yang lepas, saya telah terpilih sebagai salah seorang ahli jawatankuasa Jawatankuasa Peguam Negeri Kelantan bagi sesi 2008/2009. Hari ini dalam mesyuarat pertamanya, saya telah dipertanggungjawabkan sebagai pengerusi Jawatankuasa Syariah; kesinambungan dari sesi lepas. Senarai ahli jawatankuasa adalah seperti berikut: 1. Dato’ Sukri B. Hj. Mohamed 2. Nik Bahrum Bin Nik Abdullah 3. Mohd Alami B. Lazin 4. Nor Erini Bt Mustapha Kamal 5. Maziana Bt Hussin 6. Norah Bt Abu Bakar 7. Muhammad Hasif B Hasan 8. Andrew Yeap Kuang Wei 9. Mohd Allaudin b Mat Nor 10. Krishman Ramiah 11. Aziz b Haniff 12. Benedict Cheang Chu Yong