Skip to main content

Tahniah YB Kak Wan Ubaidah

Buat pertama kalinya dalam tempoh 18 tahun pemerintahan PAS Kelantan, seorang wanita dilantik sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan. Adun Kijang yang baru YB Wan Ubaidah telah mengangkat sumpah dan sekilas kata-kata awalnya "Perlantikan itu adalah sebagai mewakili semua golongan wanita negeri kelantan".

Sebenarnya ramai yang tidak tahu ranjau yang perlu ditempohi oleh YB Kak Ubai. Ranjau tersebut amat berbahaya yang memungkinkan Kak Ubai tidak bertanding dalam pilihanraya lepas.

Ceritanya adalah pada petang Sabtu sebelum hari penamaan calon, dalam keadaan semua borang telah diisi dan ditandatangani dan semua calon telah berbai'ah di PUTIK, saya telah terbaca satu artikel tulisan Roger Tan dalam NST yang dipetik oleh laman Malaysian Bar berkenaan dengan kelayakan untuk menjadi calon pilihanraya khususnya peruntukan Artikel 49 Perlembagaan Persekutuan.

Ulasan Roger Tan dalam NST tersebut memberi gambaran bahawa Kak Ubai tidak boleh bertanding kerana belum meletakkan jawatan sebagai Senator.

Manakala Perkara 49 Perlembagaantersebut berbunyi seperti berikut:
"Seseorang tidak boleh menjadi ahli kedua-dua Majlis Perlimen pada suatu masa dan juga tidak boleh dipilih bagi Dewan Rakyat untuk mewakili lebih daripada satu bahagian Pilihanraya atau bagi Dewan Negara untuk mewakili lebih daripada satu Negeri, dan juga tidak boleh menjadi ahli yang dipilih dan dilantik keduanya sekali bagi Dewan Negara"

Saya terus menghubungi Cikgu Hassan, Setiausaha Pas Kawasan Pengkalan Chepa yang kemudiannya terus menghubungi YB Nik Amar, YB Dato' Halim dan beberapa orang lagi untuk perbincangan segera di mana saya telah membentangkan situasi ketika itu. Turut hadir adalah Kak Ubai.

Beberapa alternatif telah dibincangkan termasuklah menyediakan seorang calon gantian (belum ditentukan siapa). Akhirnya selepas membentangkan pemahaman dan hujah, saya berpendapat bahawa Kak Ubai layak untuk bertanding meskipun tidak meletakkan jawatan Senator berdasarkan peruntukan Artikel 49 Perlembagaan Persekutuan sendiri.

Secara mudah kerusi yang akan ditandingi oleh Kak Ubai adalah kerusi DUN. Lain halnya jika kerusi Parlimen yang menjadi taruhan. Bagi kes Kak Ubai tidak ada satu halanganpun dalam perkara 49 tersebut.

Atas alasan tersebut, saya tegaskan saya bersedia menghadapi apa sahaja kemungkinan pada hari penamaan calon keesokannya.

Sebenarnya ramai juga yang tidak tahu bahawa perkara tersebut telah dijadikan antara alasan bantahan terhadap pencalonan Kak Ubai oleh calon BN. Bantahan tersebut telah ditolak oleh ARO bertugas.

Sebab itulah saya merasakan bahawa sudah selayaknya Kak Ubai berada di jawatan tersebut setelah menempuh gelora sebelum pencalunan. Satu perkara yang saya perhatikan; Kak Ubai tidaklah gelabah mana menghadapi suasana itu.

Selamat berkhidmat. Tahniah.

Comments

Asma' Abbas said…
SALAM. Terima kasih atas maklumat yang disiar dalam al-khazaain.Saya baru sahaja baca 'sakni'. Saya telah melakukan kesalahan dengan menulis berita dalam sebuah akhbar kecil menyebut fakta bahawa YB Ubaidah telah meletak jawatan sebagai senator atas kefahaman saya bahawa itu praktis yang dilakukan apabila seorang senator mahu bertanding dalam pilihan raya (RUJUK WASILAH Bil 53 tajuk Suara Rakyat Bergema di Dewan Negara)Jadi blunder besar telah terjadi. Akan diperbetulkan dengan merujuk YB Ubaidah selepas ini.Terima kasih sekali lg.
Terima kasih kerana mengunjungi blog saya. Sebenarnya kalau setakat 'kesalahan' itu tidaklah besar sangat. Yang besarnya ada berita menyatakan Tok Guru berkompromi untuk membenarkan Dr Nik Zin bertanding juga walaupun tidak tandatangan borang pencalonan.

Popular posts from this blog

Nikah Batin

Nikah adalah upacara agama. Ianya adalah sesuatu yang amat suci. Ia adalah permulaan untuk membentuk sebuah keluarga yang sempurna; ayah, ibu dan anak-anak. Lebih besar lagi, persemendaan hasil dari perkahwinan yang sah menjadi asas kepada wujudnya sebuah masyarakat yang berfungsi. Setiap ajaran agama di dunia - lebih-lebih lagi Islam - amat menitikberatkan soal nikah. Tidak cukup dengan pendaftaran sibil, pasangan dinikahkan juga mengikut tradisi masing-masing. Pasangan yang melanggar norma ini, dipandang jelek oleh masyarakat hatta oleh masyarakat barat yang terkenal dengan kemajuan kebendaan. Tapi hari ini, saya dikejutkan dengan berita ini - Nikah Batin - !!! Jika sebelum ini hanya pemberitaan khabar angin tentang nikah batin oleh beberapa ajaran tarikat sesat, tetapi hari ini sudah sampai di mahkamah; bertujuan untuk mengesahkan nikah tersebut. Ringkas sungguh nikahnya. Tidak perlu wali, jurunikah. Hanya bersaksi Allah sahaja. Saya tercari-cari juga dalam kitab-kitab muktabar ber

Kronologi Pemecatan Tun Salleh Abbas

• Tun Salleh Abbas di lantik sebagai Peguamcara Negara pada tahun 1963. • Semasa berumur 50, beliau dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan. • Ketua Hakim Negara Tun Suffian Hashim bersara pada tahun 1982 and beliau telah digantikan oleh Raja Azlan Shah. Raja Azlan kemudiannya dilantik sebagai Sultan Perak dua tahun kemudia. Tun Salleh kemudiannya dilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada tahun 1984. • In 1987, pemilihan Agung Umno telah dijalankandan Tengku Razaleigh Hamzah telah mencabar Presiden Umno /Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad (sekarang Tun) sebagai Presiden. Beliau dijangkakan akan memenangi pertandingan tersebut. Begaimanapun, Dr Mahathir telah menang dan mengekalkan jawatan tersebut. • Kalangan penyokong Tengku Razaleigh tidak berpuas hati dengan kekalahan tersebut. Mereka membawanya ke Mahkamah untuk mendapatkan perintah bagi pemilihan semula. • Pada masa yang sama, Tun Salleh telah menegaskan dalam satu kenyataan umum berkenaan dengan hasrat untuk m

ULASAN RINGKAS LUHAM KELANTAN BERKAIT ISU ‘BEKAS BANDUAN’

1. Isu terkini berkait ‘bekas banduan’ yang dikatakan berpunca daripada ucapan Dato’ Setiausaha Agung PAS di Sandakan yang lebih kurangnya berbunyi “Ada seorang cita-cita jadi perdana menteri sangat. Keluar daripada penjara … Sebagai peguam kita tahu apabila seorang keluar daripada penjara status seumur hidup (nya) adalah (bekas) banduan”. 2. Beberapa individu mengecam ucapan tersebut. Ada yang mengatakan Taqiyuddin ib arat menghina raja. Dan ada pula yang mengatakan Taqiyuddin tidak bertanggungjawab. Malah beberapa laporan polis telah dibuat; kononnya mendesak agar pihak polis menyiasat ucapan tersebut. 3. Tidak jelas repot tersebut untuk apa. Mungkin sekadar laporan untuk pihak polis membuat siasatan yang mengaitkan presiden PKR dengan status bekas banduan (Utusan Online 13 Mei 2019). 4. Tetapi ulasan yang kelihatan agak profesional sedikit adalah bila ada yang mengaitkan ucapan itu dengan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kuasa pengampunan oleh Yang Di-