Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Debat

Ulasan Awal Debat

Setelah meneliti dengan agak teliti dan menjauhkan prasangka, saya berpendapat YB Menteri Penerangan gagal dalam mempertahankan kerajaan BN dalam debat yang baru berakhir sebentar tadi. Saya kira dalam ketiga-tiga pusingan debat, beliau gagal menerangkan secara objektif rasional kerajaan menaikkan harga minyak secara mendadak selepas beberapa bulan pilihanraya walaupun telah berjanji tidak akan menaikkannya semasa kempen pilihanraya. Sebagaimana yang telah saya ulas pagi tadi bahawa saya menunggu hujah yang meyakinkan dari kedua-dua pendebat. Saya tidak melihat langsung dari kehebatan cara penyampaian tetapi lebih kepada isi. Saya juga berpendapat, YB Menteri Penerangan telah melakukan kesilapan yang teramat besar apabila menyentuh perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan tajuk debat seperti cuba mengungkit kisah-kisah lama yang berbaur politik. Saya dapat melihat ada beberapa orang telah menepuk dahi sambil tersenyum sinis apabila YB Menteri Penerangan mengungkit kisah demontrasi t...

Debat Ditunggu (Jika bukan gari yang menghalang....)

Walaupun ada sedikit keraguan , saya tetap berharap Debat antara DS Anwar Ibrahim dan YB Menteri Penerangan dapat dilansungkan malam ini. Saya sudah menempah tiket kelas pertama untuk mengikutinya dari kaca TV di rumah. Walaupun jarang berkesempatan untuk menonton, saya sebolehnya akan meluangkan masa. Kenapa? Kerana saya hendak mendengar sendiri mekanisma penurunan harga minyak yang diwarwarkan itu. Saya akan cuba melapangkan fikiran dan terbuka hati saya untuk mendengar hujah-hujah bermutu. Dan saya (setakat ini) tidak berpihak kepada mana-mana pendebat (Memang bolehpun sebab saya orang PAS bukan PKR atau BN). Sebetulnya sehingga sekarang saya belum betul-betul mendapat jawapan yang konkrit berkenaan dengan isu minyak. Pihak kerajaan asyik mempertahankan pendiriannya secara membabi buta hatta di Parlimen. Begitu juga pihak pembangkang asyik menyerang sahaja. Jadi saya nak guna betul-betul peluang malam ini untuk menetapkan pemikiran saya tanpa sebarang dorongan kepartian. Setakat in...