1. Selain dari peristiwa-peristiwa dalam negeri yang berlaku seminggu dua ini, peristiwa-peristiwa luar negara juga tidak kurang hebatnya. Antaranya adalah pergaduhan yang tidak pernah reda di Pakistan dan juga isu waran tangkap ke atas Presiden Sudan oleh ICJ. 2. Pergolakan terbaru di Pakistan adalah ekoran hukuman penjara-kediaman-terhad terhadap Nawas Syarif 25 Febuari lepas. Beliau dan peyokongnya membantah hukuman tersebu. 3. Tahu-tahulah saja kalau rakyat Pakistan membantah sesuatu perkara!!! Bukan setakat batu malah bom juga dilontar-lontar. 4. Sedangkan isu yang sebenar iaitu keganasan, kemiskinan dan ketidakstabilan politik seakan tidak dipedulikan oleh pemimpin. Atau lambat bertindak. Janji pilihanraya Presiden untuk mengembalikan jawatan ketua hakim negara juga belum dilaksanakan sedangkan sebulan sudah berlalu. 5. Dalam negara yang sebegitu sensitif macam-macam boleh berlaku. Mungkin juga dicetuskan oleh negara jiran yang cuba bermusuh!!!? 6. Tidak dapat tidak kehidupan rak...
Seorang anak kepada ayah dan ibu, suami kepada seorang isteri, ayah kepada 4 orang anak, rakan kongsi kepada sebuah firma guaman dan antara penghuni Al-Khazaain. Nik Abdullah, Nik Syamsiah, Khairiah, Noriah, Nik Madiha, Nik Madhi, Nik Majida, Nik Majdi, Nik Mariha, Nik Maher, Nik Mursyida dan Nik Musliha adalah antara sumber inspirasi. Al-Khazaain ditujukan kepada mereka. Juga untuk sesiapa sahaja yang sudi menatap dan terbuka untuk menegur dan ditegur. Semoga diberkati Allah selamanya.