Alhamdulillah dan syukur lillah Saya dan Ummi telah selamat kembali ke tanah air pada pagi 24 Disember yang lalu. Terima kasih di atas doa kalian semua; membantu memudah urusan kami di sana. Bermula dari Madinah al-Munawwarah sehinggalah ke Kota Mekah, belum pernah semudah dan setenang ini perjalanan yang saya lalui. Sedikit sebanyak mengalami batuk dan selsema adalah asam garam perjalanan di samping kafarah tuhan terhadap hambanya. Alhamdulillah, tidak sesekali rasa tidak selesa tersebut dijadikan alasan untuk bermalas-malasan ke al-Haram. Perjalanan itu juga menemukan saya dengan beberapa orang yang boleh dijadikan sahabat (di samping beberapa orang yang mungkin hanya sekadar kenalan). Tapi itulah beberapa hakikat kehidupan yang saya temui di sana. Tidak semua yang bertalbiah bersama kita, berkongsi cita rasa yang sama dengan kita termasuk dalam urusan ke al-Haram. Dan saya bersyukur mempunyai Ummi yang memberi semangat kepada saya ketika saya lemah dan memimpin saya ke arah kebaika...
Seorang anak kepada ayah dan ibu, suami kepada seorang isteri, ayah kepada 4 orang anak, rakan kongsi kepada sebuah firma guaman dan antara penghuni Al-Khazaain. Nik Abdullah, Nik Syamsiah, Khairiah, Noriah, Nik Madiha, Nik Madhi, Nik Majida, Nik Majdi, Nik Mariha, Nik Maher, Nik Mursyida dan Nik Musliha adalah antara sumber inspirasi. Al-Khazaain ditujukan kepada mereka. Juga untuk sesiapa sahaja yang sudi menatap dan terbuka untuk menegur dan ditegur. Semoga diberkati Allah selamanya.