Skip to main content

Posts

Showing posts with the label MML

Maahad Muhammadi Lelaki

Semalam saya ke Sri Pantai Chalet, Melawi, Bachok kerana memenuhi jemputan Maahad Muhammadi Lelaki untuk menyampaikan ceramah motivasi sempena Program Mukhayyam Qiadah & Tarbiah MML 2008. Program tersebut dianjurkan oleh Maahad di mana pesertanya terdiri daripada pemimpin-pemimpin pelajar Maahad. Saya menerima jemputan tersebut seminggu lebih awal. Tanpa melihat jadual terlebih dahulu dan tanpa berfikir panjang jemputan tersebut terus saya terima dengan berbesar hati. Kalau ada program lainpun akan saya batalkan. Masakan tidak, itulah Maahadku. Tempat saya mengenal ilmu dunia dan akhirat. Tempat saya belajar kira baca. Aah.. tempat ... dari tahun 1985 -1991. Disitulah saya. Apa yang anda kenal saya hari ini. Itulah tempat pembentukan diri saya. Saya masih ingat lagi, semasa itu, tahun-tahun orang memandang rendah Maahad. Sehinggakan saya pernah di momokkan dengan kata-kata "Sekolah Maahad, betulke? Sekolah tu tidak ada masa depan..." semasa saya memohon untuk mendapatkan ...