Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2009

Law & Society

Antara matapelajaran di universiti yang melekat dalam benak saya sehingga sekarang adalah Law & Society. Entah kenapa saya begitu teruja dengan subjek tersebut. Mungkin kerana pengajarnya; Datuk Nik Abdul Rashid yang pandai mengajar atau kerana ia adalah satu-satunya subjek yang tidak perlu membaca buku teks? Wallahu a'lam. Tapi hakikatnya dalam setiap kesempatan yang saya ada, gagasan me'rakyat'kan undang-undang sentiasa menjadi agenda saya. Misalnya dalam kelas Psikologi Forensik USM; semenjak lima tahun lepas, syarahan saya sentiasa berkisar dalam gagasan tersebut. Begitu juga dalam jemputan untuk menyampaikan syarahan berkenaan dengan undang-undang kepada massa; selain isi syarahan yang menyentuh topik yang diberikan, tumpuan saya adalah bagaimana untuk menjadikan subjek undang-undang itu dapat dihayati dengan mudah hatta oleh makcik-makcik di kampung. Saya sedar, subjek undang-undang agak susah untuk dibincangkan dengan massa. Ada sahaja cabarannya. Syarahan yang s

Snippet - Untuk Adik-Adik Peguam Pelatih

Antara tanggungjawab saya sebagai Ahli Jawatankuasa Peguam Negeri Kelantan adalah menerima kunjungan hormat dari peguam pelatih. Bertujuan untuk memperkenal diri serta mendapat beberapa nasihat awal dari peguam senior, kadangkala ianya juga dapat memberi gambaran awal calon-calon yang boleh ditimbang untuk pekerjaan. Kerana itulah, walaupun kunjungan hormat tersebut adalah dalam keadaan santai dan tidak formal ia harus digunakan sepenuhnya oleh peguam pelatih tersebut untuk menjual dirinya kepada bakal majikan. Janganlah kerana diwajibkan, kunjungan hormat itu seolah-olah menjadi satu beban yang teramat berat. Sekurang-kurang tunjukkan muka yang ikhlas walaupun terpaksa berlakun. Saya nyatakan hal ini, kerana itulah reliti yang terjadi. Dalam 5 kunjungan yang saya terima, sekurang-kurangnya 2 kunjungan seperti tidak 'ikhlas'. Dan ianya boleh memberi gambaran awal yang tidak elok (kepada saya). Saya juga selalu memberi gambaran bahawa tempoh sembilan bulan sebagai peguam pelatih

Jangan Terlalu Bersedih untuk Perak...

Dengan demikian, apa yang telah berlaku seharusnya dijadikan pengajaran. Allah telah mentakdirkan segalanya. Dan semestinya hikmah yang besar Allah sediakan. Dan sabagai orang Islam yang percaya dengan ketentuan itu; percayalah bahawa Allah berkuasa atas segalanya. Janganlah terlalu bersedih dan berdukacita, sehinggakan matlamat perjuangan tergelincir. Ingatlah!!! Baginda Nabi Muhammad SAW pernah diambil dari sisinya isteri dan penolong kesayangannya Khadijah RA; bapa saudara dan kecintaannya Abu Talib ketika saat-saat kesedihannya memuncak. Perjuangan untuk menegakkan Islam mesti diteruskan. Lantaran Nabi SAW sendiri tidak terhenti dengan kewafatan serta kematian dua orang kesayangan. Nescaya perjuangan Islam tidak meninggalkan apa pun kecuali kejayaan. Begitu juga dalam kesedihan, meratapi kehilangan tapak perjuangan itu; telah ada sebelum ini contoh lebih besar. Betapa Sultan Abdul Hamid dari kerajaan Islam Othmaniah lebih rela dibunuh dari menyerahkan bumi Islam tercarik. Percayala

Doa Kami...

Ya Allah, Tunjukkan kami jalan yang lurus. Jalan Yang engkau kehendaki. Jalan orang-orang yang terdahulu yang engkau redhai. Selesaikan kemelut politik ini. Jauhkan dari kami golongan yang menyusahkan masyarakat. Golongan yang bertindak atas kepentingan sendiri. Engkaulah tuhan yang mengampun segala dosa dan Engkaulah tempat pengaduan bagi kami. Amin.