Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2009

Iktiraf Israel (?) (.) (!)

1. Kadang-kadang saya tertanya-tanya; setakat mana kita dapat menerima realiti? Apakah kerana kita tidak mengiktiraf sesuatu perkara dan kita menentangnya, sedangkan perkara tersebut wujud dan aktif di sekeliling kita; atas dasar prinsip kita seakan-akan tidak mempedulikannya langsung? 2. Malah lebih teruk lagi, perkara tersebut memudaratkan kita. Dan perkara yang memudaratkan itu sentiasa menjadi bahan cemuhan kita pada setiap perhimpunan yang berkaitan. Kita sentiasa membincangkan perkara tersebut; betapa bencinya kita terhadap perkara tersebut. 3. Hakikatnya, kita tidak mengiktiraf perkara tersebut tapi ianya sentiasa bermain di tutur mulut kita. 4. Apa kata saudara? 5. Kalau saya menjadi anggota perhimpunan tadi atau mungkin sebagai pengerusi perhimpunan mungkin, soalan pertama yang akan saya ajukan kepada orang yang menimbulkannya adalah; adakah kamu mengiktiraf perkara tersebut? Kalau tidak jangan sibuk-sibuk nak bercakap tentang perkara yang kamu tidak iktiraf....buang masa saja

Cadangan Pelaksanaan Jenayah Syariah

Saya berharap agar cadangan Datuk Jamil Khir Baharom untuk meningkatkan pelaksanaan hukuman Jenayah Syariah betul-betul terjadi. Sebenarnya sudah terlalu banyak kertas kerja, cadangan, gesaan serta harapan dari berbagai pihak telah diajukan agar kerajaan berusaha ke arah itu, tapi nampaknya al-hasil balik asal. Pi Mai Pi Mai tang tu juga. Seingat saya sebelum ni, Ketua Pengarah JAKIM sendiri pernah mengesyorkan untuk meminda peruntukan '356' sebagaimana yang pernah saya ulas di sini . Tunggu punya tunggu, tidak ada apa-apa perkembangan melainkan cadangan seorang menteri baru untuk melakukan perkara yang sama.  Atau apakah ini hanya retorik untuk merasmikan sesuatu persidangan semata? Selanjutnya saya berpendapat, disamping cadangan untuk meningkatkan hukuman, ada baiknya juga sekiranya peruntukan yang ada buat pada masa sekarang ini digunakan semaksimum mungkin. Sekiranya satu-satu kesalahan memperuntukkan denda dan sebat sebagai hukuman, maka denda dan sebatlah dikenakan. Buk

Snippet Hari Rabu

Ada dua perkara yang saya ingin ulas hari ini: 1. Betapa tidak terbukanya diplomat-diplomat Barat yang keluar dewan semasa Presiden Iran Ahmadenejad sedang menyampaikan ucapan di Persidangan Anti Perkauman anjuran PBB semalam. Saya menyangka 'barat' amat terbuka dalam menerima pendapat dan bersedia untuk membuat ucapan balas. Tapi sangkaan saya meleset kerana nampaknya mereka tidak bersedia dengan hujah. 2. Saya semakin meluat dengan teknik lapuran media sekarang yang tidak mempedulikan maruah dan aib orang. Bagi saya laporan berkenaan dengan isu rumahtangga tidak sepatutnya diperincikan sebegitu rupa sehingga menjejaskan maruah pihak-pihak yang terlibat. Biarkan verbetim terperinci sebegitu menjadi rekod mahkamah. Saya percaya pihak-pihak yang terlibat masih mempunyai keluarga; ayah, ibu adik beradik yang sepatutnya dipelihara maruah mereka bersama.

Tahniah Untuk Ummi

kerana memenangi jawatan Pengerusi Tetap Dewan Muslimat PAS Kawasan Pengkalan Chepa hari ini. Ini adalah penggal kedua Ummi menjawat jawatan tersebut. Sebetulnya Ummi amat sibuk kebelakangan ini. Sejak balik dari Mekah akhir tahun lepas hingga ke tarikh ini sibuk Ummi masih tidakberkurang. Setiap hari pukul enam baru sampai di rumah sedangkan masa rasmi pejabat pukul 4.45 petang. Kadang-kadang sampai 5 mesyuarat terpaksa dihadiri dalam satu hari. Belum di kira fail-fail yang terpaksa dibawa balik ke rumah. Dua hari lepas, Setiausaha Dewan Muslimat PAS Kawasan Pengkalan Chepa menghubungi Ummi. Bertanyakan kesanggupan menerima pencalonan untuk bertanding sebagai ahli jawatankuasa. Ada sentimen dari pimpinan untuk Ummi masuk ke dalam jawatankuasa. Saya tidak menghalang, tapi saya bimbang Ummi tidak berdaya untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut. Saya lebih memilih jika Ummi hanya kekal sebagai Pengerusi Tetap. Ummi akur. Dan jawatan Pengerusi Tetap itu kekal miliknya untuk sepenggal la

PAS For All

Saya percaya dengan sesungguhnya Parti Islam Semalaysia (PAS) sedang memasuki kerangka baru politik Malaysia. Dengan slogan PAS For All / PAS Untuk semua; PAS mengajak kesemua lapisan masyarakat negara ini untuk bersama PAS. PAS bukan lagi untuk golongan lebai, ustaz dan tuan guru semata. Ataupun untuk pemuda-pemuda yang secara lahiriahnya berpendidikan sekular tetapi lantaran suka kepada PAS terpaksa meniru perwatakan ustaz, tok lebai dan tuan guru. Sejak kebelakangan ini, tidak pelik melihat orang PAS yang mula memakai topi menggantikan kopiah, atau seluar jeans menggantikan kain. Malah kalau lebih ekstrem lagi hidangan halwa telingan bukan lagi nasyid atau alunan zikir semata. Amy Search; Renggo Arrow pun sudah mula dijemput ke majlis anjuran PAS. Memang sejak dari dulu, saya tidak melihat isu-isu itu sebagai 'kemungkaran'. Lagu-lagu pop, keroncong, rock, nasyid dan sebagainya sentiasa menjadi halwa telinga saya, sejak kecil. Pendek kata kalau nak bertanding dalam "Jang

Snippet Hari Sabtu

Sudah agak lama saya tidak mempunyai masa 'lenang'. Kebetulan sejak beberapa minggu kebelakangan terlalu banyak program luar. Piihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang, urusan pejabat menyebabkan saya tidak mempunyai masa untuk diri sendiri. Dalam masa 3 minggu terakhir saya hanya berjaya menghabiskan 1 buah novel Jafrey Archer sahaja, itupun mengambil masa teruang sementara menunggu lampu isyarat merah bertukar hijau ataupun ketika jalan agak sesak. Hari ini (ketika ini sebenarnya) saya agak 'lenang'. Pagi tadi selepas hantar Ummi dan anak-anak ke Pesta Sukan Sri Aman di Padang Sekolah Zainab saya kemudiannya ke Himpunan Belia Sempena Jubli Perak Pemuda PAS Kelantan di Dataran Stadium. Program akan dirasmikan sebentar lagi oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz. Kalau ikutkan hati, saya sepatutnya bersama anak-anak di pesta sukan. Baru sebentar tadi Ummi melalui telefon maklumkan bahawa Madhi baru saja menang 50 meter berganti-ganti. Dan ada beberapa acara lagi akan dis

2789; Dan Rakyat Memberi Restu

Saya berbangga menjadi sebahagian dari sejarah yang tercipta di Bukit Gantang semalam. Kira-kira 30 orang peguam dari serata negeri bergabung sebagai pasukan membantu sepanjang tempoh kempen. Komitmen yang diberikan cukup tinggi walaupun ada yang kali pertama bertugas. Sesungguhnya pengalaman itu amat berharga dan satu dari pengalaman itu ada tercatat di sini , di sini di sini , di sini , di sini , dan sini (empat yang terakhir terjemah/baca sendiri, saya tak reti). * Gambar kenangan sebelum YB Nizar ke Dewan Perbandaran Taiping untuk pengisytiharan rasmi keputusan pilihanraya kecil Bukit Gantang. Yang lain-lain akan dimasukkan nanti.

Selamat Masuk Pejabat Dato' Seri Najib

Samada saya suka ataupun tidak, sudah termaktub dalam sejarah bahawa saya menerima seorang perdana menteri baru semalam. Dengan bersumpahnya YAB Dato' Seri Najb Tun Razak untuk memegang jawatan tersebut maka bertambahlah seorang lagi perdana menteri dalam hidup saya. Ia...beliau adalah perdana menteri saya...dan juga perdana menteri seluruh rakyat Malaysia. Soal samada saya suka atau tidak..ataupun samada anda menyokong atau menentang...dan juga samada tahap integritinya diragui, beliau sememangnya perdana menteri Malaysia yang ke enam. Cuma satu hakikat lain yang perlu dijelaskan juga...bahawa beliau bukan presiden parti saya...yang akan saya tentang dari sudut itu. Maka sebagai perdana menteri, saya amat berharap agar beliau benar-benar bertindak sebagai perdana menteri Malaysia dan bukannya sebagai presiden UMNO. Tindakan beliau bukan sekadar harus berkisar tentang penarikan balik larangan penerbitan 2 akhbar ataupun membebaskan 13 orang tahanan ISA sahaja tetapi lebih dari itu.