12.4.09

PAS For All

Saya percaya dengan sesungguhnya Parti Islam Semalaysia (PAS) sedang memasuki kerangka baru politik Malaysia. Dengan slogan PAS For All / PAS Untuk semua; PAS mengajak kesemua lapisan masyarakat negara ini untuk bersama PAS. PAS bukan lagi untuk golongan lebai, ustaz dan tuan guru semata. Ataupun untuk pemuda-pemuda yang secara lahiriahnya berpendidikan sekular tetapi lantaran suka kepada PAS terpaksa meniru perwatakan ustaz, tok lebai dan tuan guru.

Sejak kebelakangan ini, tidak pelik melihat orang PAS yang mula memakai topi menggantikan kopiah, atau seluar jeans menggantikan kain. Malah kalau lebih ekstrem lagi hidangan halwa telingan bukan lagi nasyid atau alunan zikir semata. Amy Search; Renggo Arrow pun sudah mula dijemput ke majlis anjuran PAS.


Memang sejak dari dulu, saya tidak melihat isu-isu itu sebagai 'kemungkaran'. Lagu-lagu pop, keroncong, rock, nasyid dan sebagainya sentiasa menjadi halwa telinga saya, sejak kecil. Pendek kata kalau nak bertanding dalam "Jangan Lupa Lirik' senang-senang saya boleh masuk akhir (tapi lagu melayu ajelah).


Tidak pelik juga sekarang ini, pemimpin PAS bersama di atas satu pentas dengan pemimpin wanita DAP atau PKR. Dan kadang-kadang berbisik sesuatu dengan jarak yang agak rapat. Pendekkata, kita sudah masuk ke satu tahap baru yang kemungkinannya hanya bersalam atau berpeluk yang tidak mungkin terjadi.

Saya juga melihat terutamanya sejak siri pilihanraya kecil yang berakhir di Bukit Gantang minggu lepas. Betapa hubungan kaum dan agama tidak lagi menjadi halangan untuk bekerjasama. Cina boleh memakai topi PAS dan berbaju T Tok Guru, dan pemuda PAS membawa bendera DAP di keretanya.

Saya tidak melihat perubahan itu sebagai hipokrit. Perubahan tersebut adalah satu perubahan yang benar. Bukanlah bermaksud orang dahulu kolot, tetapi lebih kepada pendekatan berhati-hati sebenarnya. Dan mungkin juga untuk mengelakkan proses tarbiyah bercampur aduk.

Apapun, saya harapkan PAS sentiasa mendahului zaman dalam segala tindakannya tanpa memprejudiskan Islam.

3 comments:

nik fathi said...

visit my blog..hehehe

niQ AdA niQ AbDuLLaH said...

be..bakpo adow gambar abe sini nih...

http://syaomel85.blogspot.com/2009/04/srikandi-pkr-dicabul-dalam-bilik.html

Nik Bahrum Bin Nik Abdullah said...

Baca 2789;dan rakyat memberi restu

Blog Widget by LinkWithin