Seingat saya sebelum ni, Ketua Pengarah JAKIM sendiri pernah mengesyorkan untuk meminda peruntukan '356' sebagaimana yang pernah saya ulas di sini. Tunggu punya tunggu, tidak ada apa-apa perkembangan melainkan cadangan seorang menteri baru untuk melakukan perkara yang sama.
Atau apakah ini hanya retorik untuk merasmikan sesuatu persidangan semata?
Selanjutnya saya berpendapat, disamping cadangan untuk meningkatkan hukuman, ada baiknya juga sekiranya peruntukan yang ada buat pada masa sekarang ini digunakan semaksimum mungkin. Sekiranya satu-satu kesalahan memperuntukkan denda dan sebat sebagai hukuman, maka denda dan sebatlah dikenakan. Bukan semata denda yang 'secuit' itu sahaja.


0 comments:
Post a Comment