Skip to main content

Snippet Hari Sabtu

Sudah agak lama saya tidak mempunyai masa 'lenang'.

Kebetulan sejak beberapa minggu kebelakangan terlalu banyak program luar. Piihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang, urusan pejabat menyebabkan saya tidak mempunyai masa untuk diri sendiri. Dalam masa 3 minggu terakhir saya hanya berjaya menghabiskan 1 buah novel Jafrey Archer sahaja, itupun mengambil masa teruang sementara menunggu lampu isyarat merah bertukar hijau ataupun ketika jalan agak sesak.

Hari ini (ketika ini sebenarnya) saya agak 'lenang'. Pagi tadi selepas hantar Ummi dan anak-anak ke Pesta Sukan Sri Aman di Padang Sekolah Zainab saya kemudiannya ke Himpunan Belia Sempena Jubli Perak Pemuda PAS Kelantan di Dataran Stadium. Program akan dirasmikan sebentar lagi oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz.

Kalau ikutkan hati, saya sepatutnya bersama anak-anak di pesta sukan. Baru sebentar tadi Ummi melalui telefon maklumkan bahawa Madhi baru saja menang 50 meter berganti-ganti. Dan ada beberapa acara lagi akan disertai oleh Madiha dan Madhi.

Tapi memandangkan kehadiran saya di Dataran Stadium Sultan Muhammad pun wajib juga; dengan status sebagai Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, maka di sinilah saya pada pagi ini. 'Lenang' dalam versi saya.

Apa pun, program hari ini akan diisi dengan beberapa acara. Antaranya persembahan Dikir Barat oleh Jen Endoro (waris ni), Amy Search dan kemuncaknya ucapan perasmian oleh Tok Guru.

Selesainya himpunan ini nanti, saya akan ke pesta sukan pula. Harapnya sempat untuk penyampaian hadiah Madhi dan Madiha.

Begitulah ceritanya saya hari ini...dalam keadaan 'lenang'.

Lapuran beritanya di sini.

Comments

Popular posts from this blog

Nikah Batin

Nikah adalah upacara agama. Ianya adalah sesuatu yang amat suci. Ia adalah permulaan untuk membentuk sebuah keluarga yang sempurna; ayah, ibu dan anak-anak. Lebih besar lagi, persemendaan hasil dari perkahwinan yang sah menjadi asas kepada wujudnya sebuah masyarakat yang berfungsi. Setiap ajaran agama di dunia - lebih-lebih lagi Islam - amat menitikberatkan soal nikah. Tidak cukup dengan pendaftaran sibil, pasangan dinikahkan juga mengikut tradisi masing-masing. Pasangan yang melanggar norma ini, dipandang jelek oleh masyarakat hatta oleh masyarakat barat yang terkenal dengan kemajuan kebendaan. Tapi hari ini, saya dikejutkan dengan berita ini - Nikah Batin - !!! Jika sebelum ini hanya pemberitaan khabar angin tentang nikah batin oleh beberapa ajaran tarikat sesat, tetapi hari ini sudah sampai di mahkamah; bertujuan untuk mengesahkan nikah tersebut. Ringkas sungguh nikahnya. Tidak perlu wali, jurunikah. Hanya bersaksi Allah sahaja. Saya tercari-cari juga dalam kitab-kitab muktabar ber...

Susur Galur Saya

Saya percaya ramai di kalangan kita; apabila ditanya tentang nama-nama nenek moyang hanya dapat menyebut sekadar dua atau tiga lapis sahaja iaitu sekadar tingkatan moyang. Selebihnya? Wallahu a’lam. Bagi kebanyakan orang urusan tersebut tidaklah sepenting mana, tapi bagi sesetengah yang lain susur galur inilah jati diri mereka. Bagi diri saya sendiri, saya bertuah sebenarnya kerana sekurang-kurangnya 13 lapisan saya ketahui iaitu sehingga ke awal abad 17. Senarainya adalah seperti berikut: Nik Bahrum Bin Nik Abdullah bin Raja Ahmad bin Raja Mat bin Raja Abdullah bin Raja Senik bin Raja Kecik bin Raja Mohamad bin Raja Abd Rahman bin Raja Kecil Sulong bin Raja Omar bin Raja Sakti. Manakala di sebelah ibu pula saya adalah anak kepada Nik Syamsiah binti Nik Som bin Raja Senik bin Raja Husin bin Raja Bongsu bin Raja Senik dan seterusnya sebagaimana susur galur sebelah bapa. Setakat ini yang saya belum jelas adalah susur keturunan sebelah Tokku (ibu Nik Abdullah) kerana se...