Kita telah meninggalkan perang PRU12 lebih kurang 4 bulan yang lalu. Kalau tidak ada aral bahaya, mengikut kiraan perlembagaan, dalam 4 tahun setengah lagi kita akan berhadapan pula dengan PRU 13. Mungkin ramai yang melihat ianya masih jauh. Suasana sekarang adalah untuk meraikan kemenangan. Atau untuk bermain politik. Sehingga kita lupa 4 tahun setengah tetap akan datang. Pejam celik pejam celik, kita sudah tidak mempunyai masa yang cukup lagi. Apa yang ingin saya sentuh adalah berkenaan dengan berita ini . Saya tidak nampak di mana-mana hatta sebaran rasmi parti pun menyentuh perkara ini. Sedangkan isu daftar pemilih adalah isu yang penting. Dan antara yang terpenting. Jika sebelum ini kita sanggup menghabiskan wang yang bukan sedikit untuk urusan daftar dan bantah; dan kita telah berjaya dalam PRU 12 lantaran itu. Apakah kita tidak mengambil pengajaran PRU11, sehingga kerajaan Islam Kelantan dibezakan dengan 1 kerusi sahaja antara memerintah dan tidak, baru kita termengadah? Lebih d...
Seorang anak kepada ayah dan ibu, suami kepada seorang isteri, ayah kepada 4 orang anak, rakan kongsi kepada sebuah firma guaman dan antara penghuni Al-Khazaain. Nik Abdullah, Nik Syamsiah, Khairiah, Noriah, Nik Madiha, Nik Madhi, Nik Majida, Nik Majdi, Nik Mariha, Nik Maher, Nik Mursyida dan Nik Musliha adalah antara sumber inspirasi. Al-Khazaain ditujukan kepada mereka. Juga untuk sesiapa sahaja yang sudi menatap dan terbuka untuk menegur dan ditegur. Semoga diberkati Allah selamanya.