Jika betullah Petronas telah membayar sebanyak RM7.3 bilion sebagai wang ehsan kepada Terengganu dan jika betullah kenyataan MB Terangganu bahawa hanya RM4 billion yang diterima, maka ke manakah RM3 bilion lagi menghilang? Saya andaikan kedua-dua persoalan di atas adalah betul kerana ianya adalah jawapan rasmi YB Menteri di Parlimen dan ianya adalah kenyataan YB Menteri Besar yang menjaga negeri. Mungkin kalau kenyataan tersebut dari YB lain, akan saya periksa sepenuh hati sebelum membuat sebarang ulasan. Ianya timbul kerana RM7.3 bilion dan RM3 bilion adalah merupakan satu jumlah yang amat besar. Cukup untuk perbelanjaan negeri Kelantan bagi 10 tahun(?). Atau cukup untuk menyediakan prasarana rakyat jelata yang begitu tertekan dengan kenaikan segala harga barang sekarang ini. Atas andaian jumlah tersebut betul, dengan jumlah wang yang sebegitu banyak; kenapa negeri Terengganu menduduki antara kedudukan paling tinggi dalam carta rakyat paling miskin di negara kita. Berkedudukan lebih k...
Seorang anak kepada ayah dan ibu, suami kepada seorang isteri, ayah kepada 4 orang anak, rakan kongsi kepada sebuah firma guaman dan antara penghuni Al-Khazaain. Nik Abdullah, Nik Syamsiah, Khairiah, Noriah, Nik Madiha, Nik Madhi, Nik Majida, Nik Majdi, Nik Mariha, Nik Maher, Nik Mursyida dan Nik Musliha adalah antara sumber inspirasi. Al-Khazaain ditujukan kepada mereka. Juga untuk sesiapa sahaja yang sudi menatap dan terbuka untuk menegur dan ditegur. Semoga diberkati Allah selamanya.