Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2008

Musim Bekwoh

Orang kata ada dua perkara yang pasti dalam hidup; cukai dan mati. Saya nak tambah satu lagi iaitu 'bekwoh' atau kenduri pada musim cuti sekolah. Hari ini saja ada 5 jemputan kenduri kahwin tidak termasuk satu 'makan seratus hari'. Tak nak pergi tak boleh kerana selain orang-orang sekampung ada juga dari kalangan keluarga. Makan pun setakat ala kadar saja. Dan pernah di setengah tempat hanya minum air sirap untuk memenuhi jemputan. Ialah... kalau setiap tempat nak makan, alamatnya pecah perut nanti. Walaubagaimanapun saya tak kisah dengan jemputan yang banyak itu. Itu tandanya orang ingat dekat kita dan kita pun ada peluang untuk bertemu dengan masyarakat sekampung dan keluarga di majlis tersebut. Cuma satu yang saya agak terkilan adalah berkenaan dengan aspek penyediaan makanan sahaja. Kebersihan bahan makanan dan cara penyediaan perlulah diambil berat untuk mengelakkan masalah yang tidak sepatutnya berlaku. Sepanjang ingatan saya, setiap kali musim bekwoh, setiap kali

Ayah Zik, Ustaz Mat dan Dato' Husam

Saya mengucapkan selamat jalan kepada Ayah Zik - Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan- yang berangkat ke Mekah semalam bagi mengerjakan Ziarah dan Umrah selama lebih kurang 15 hari. Semoga perjalanan Ayah Zik selamat, ibadah diterima dan pulang juga dalam keadaan diberkati Allah hendaknya. Saya juga mendoakan agar kesihatan Ustaz Mat - YB Dato' Timbalan Menteri Besar Kelantan bertambah baik. Mungkin itu adalah peluang yang diberikan Allah untuk Ustaz berehat sebentar. Akhirnya setinggi tahniah kepada Dato' Hj. Husam bin Musa yang memangku jawatan Menteri Besar Kelantan sepanjang Ayah Zik berada di Kota Mekah.

Keputusan Pulau Batu Puteh oleh ICJ

Saya adalah antara (mungkin) jutaan rakyat Malaysia yang mengikuti siaran langsung RTM dari Mahkamah Keadilan Antarabangsa petang ini. Dengan keputusan 12-4 secara sahnya Pulau Batu Puteh menjadi milik sah Singapura manakala Midle Rock menjadi milik Malaysia dengan undian 15-1. Sementara sebuah pulau lagi South Ledge kurang pasti pula saya kepada siapa dianugerahkan kerana keputusan tidak menyebut negara mana yang berhak. Keputusan tersebut seoalah-olah mengambil jalan tengah agar tidak ada sesiapa yang berkecil hati. Walaubagaimanapun, sepanjang saya mendengar fakta yang dibaca oleh Naib Presiden ICJ seolah-olahnya dari asal Pulau Batu Puteh adalah terletak di bawah penguasaan Johor (Malaysia) dari segi sejarahnya. Begitu juga fakta kedudukan pulau-pulau tersebut yang lebih dekat dengan pantai Johor. Tetapi memandangkan penguasaan oleh Singapura terutamanya dengan pembinaan Rumah Api Honsburgh dan tiadanya usaha oleh kerajaan Malaysia mempertikaikan pembinaan dan penguasaan tersebut m

Mesyuarat Agung Dewan Pemuda Pengkalan Chepa ke 30

Sejak mengundurkan diri dari sebarang jawatan di peringkat pemuda kawasan Pengkalan Chepa hampir setahun, malam semalam adalah kali pertama saya hadir ke dalam program rasminya iaitu Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda PAS Kawasan Pengkalan Chepa kali ke 30 di PUTIK. Kehadiran saya kali ini adalah sebagai perwakilan pemuda cawangan Tebing Tinggi Mungkin suasana pilihanraya masih terasa menyebabkan kehadiran perwakilan dan pemerhati agak ramai. Saya difahamkan hanya beberapa cawangan sahaja yang gagal menghantar perwakilan tidak seperti pada tahun-tahun lepas. Mesyuarat telah dirasmikan oleh YB Che Abdullah bin Mat Nawi, ahli mesyuarat kerajaan yang baru. Saya kira ini adalah meneruskan tradisi DPPPC mengundang wakil rakyat baru sebagai perasmi. Mungkin untuk melihat apakah perancangan serta pemikiran yang cuba di bawa oleh beliau. Mungkin juga untuk menentukan sikap DPPPC terhadap kepimpinan beliau pada masa hadapan. Mesyuarat berlangsung selama '2 hari'. Ianya bermula pukul 1

Melawat Muzium Negeri

Hari ini saya menunaikan janji dengan Madiha dan Madhi untuk membawa mereka melawat Muzium Negeri Kelantan. Sebetulnya setiap kali kami melalui perkarangan muzium setiap kali itulah janji di tuntut. Jadi sempena dengan peluang cuti yang ada ini dari pagi lagi kami sekeluarga sampai di situ. Kami juga dituruti oleh keluarga Din dan Hasniah bersama anak-anak. Semua sekali 16 orang dengan 2 buah kenderaan. Pendekkata macam rombongan sekolah. Kami memulakan lawatan ke Muzium Negeri, diikuti dengan Muzium Istana Jahar dan Muzium Bank Kerapu. Lawatan berakhir pada tengaharinya dengan makan nasi ulam budu Cekgu.

Mahathir Keluar UMNO

Betullah kata P. Ramlee. Alif, Mim, Nun, Wau bacanya sarkas. Bukan UMNO. Memang betul. Kalau bukan sarkas masakan dari empat perdana menteri setakat ini hanya seorang sahaja yang matinya dalam UMNO iaitu Tun Abdul Razak. Yang lain seperti Tunku dan Tun Hussin meninggal dalam keadaan tidak redha kepada UMNO. Yang mengejutkan saya hari ini adalah kisah Tun Mahathir. Tanpa sebarang amaran tiba-tiba mengisytiharkan keluar UMNO di Alor Setar petang tadi. Walaupun tidak masuk mana-mana parti lain, tapi pada masa yang sama mengesyorkan ahli yang lain juga keluar parti. Elok sangatlah tu. Tindakan Tun sebenarnya memudahkan kerja Pak Lah. Tidaklah perlu dibuat pengesyoran untuk memecat Tun, kerana sepanjang pemerhatian saya dalam 2 tahun ini, sememangnya tindakan dan ucapan Tun sebenarnya adalah umpama gunting dalam lipatan. Apapun Tun, saya percaya Tun tentu telah berfikir sejuta kali sebelum membuat keputusan tersebut. Pahit maung Tun berjuang dalam UMNO tentu tidak begitu senang Tun mahu lup

Poligami

Saya tertarik hati membaca kisah Mohamed Nor Bin Awang yang membuat permohonan berpoligami di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu minggu lepas. Permohonannya bukan sebarang permohonan kerana beliau sudahpun mempunyai isteri seramai 3 orang. Kata orang nak cukupkan kouta. Saya ucapkan syabas kepada Mohamed. Tapi bukan kerana berjaya kahwin 3 dalam satu masa dan bercadang untuk tambah satu lagi. Bukan!!! Ucapan syabas dan tahniah kepada beliau adalah kerana beliau percaya serta menyerahkan diri kepada bidangkuasa mahkamah yang akan menentukan samada beliau layak atau tidak untuk berkahwin lagi. Bukan macam sesetengah orang lain yang berkahwin macam pencuri sahaja. Sebenarnya isu poligami termasuk di bawah bidangkuasa mahakamah syariah di negeri masing-masing. Bertentangan dengan kefahaman awam, tandatangan isteri sedia ada bukanlah pra-syarat untuk berkahwin lagi. Mahkamah akan melihat kepada berbagai faktor lain. Umpamanya di negeri Kelantan, permohonan untuk berpoligami mengikut s

Selamat Hari Guru

Saya mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru khususnya yang pernah hadir dalam hidup saya. Ada antaranya yang masih saya ingat. Malangnya ramai juga yang saya tidak ingat hata rupanya. Namun jasa-jasa guru tidak terbalas, hanya doa dan pengharapan bahawa ilmu yang guru curahkan tidak terputus sekalipun guru-guru sudah tiada lagi di dunia ini. Guru-guru rasmi di institusi berikut: Sebelum 1979 - Pusat Asuhan Islam Pondok Hutan Palas 1979 - 1980 - Sek Rendah Tengku Bendahara, Kodiang Kedah 1980 -1984 - Sek Ren Ismail Petra Kota Bharu 1985 -1991 - Sek Men Agama Maahad Muhammadi Lelaki 1991 - 1998 - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di samping guru-guru tidak rasmi sehingga ke hari ini. Terima kasih semua. Berburu ke padang datar, Dapat rusa belang kaki, Berguru kepalang ajar, Ibarat bunga kembang tak jadi. (Dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta) Nukilan SN Dato Usman Awang Dialah pemberi paling setia Tiap akar ilmu miliknya Pelita dan lampu segala Untuk manusia sebelu

Isu Wang Ehsan Terengganu

Jika betullah Petronas telah membayar sebanyak RM7.3 bilion sebagai wang ehsan kepada Terengganu dan jika betullah kenyataan MB Terangganu bahawa hanya RM4 billion yang diterima, maka ke manakah RM3 bilion lagi menghilang? Saya andaikan kedua-dua persoalan di atas adalah betul kerana ianya adalah jawapan rasmi YB Menteri di Parlimen dan ianya adalah kenyataan YB Menteri Besar yang menjaga negeri. Mungkin kalau kenyataan tersebut dari YB lain, akan saya periksa sepenuh hati sebelum membuat sebarang ulasan. Ianya timbul kerana RM7.3 bilion dan RM3 bilion adalah merupakan satu jumlah yang amat besar. Cukup untuk perbelanjaan negeri Kelantan bagi 10 tahun(?). Atau cukup untuk menyediakan prasarana rakyat jelata yang begitu tertekan dengan kenaikan segala harga barang sekarang ini. Atas andaian jumlah tersebut betul, dengan jumlah wang yang sebegitu banyak; kenapa negeri Terengganu menduduki antara kedudukan paling tinggi dalam carta rakyat paling miskin di negara kita. Berkedudukan lebih k

Ummiku Sayang

Saya terdengar Madhi menyanyi lagu ini sebentar tadi. Saya minta liriknya. Saya paparkan di sini sempena Hari Ibu esok. Memancar sang suria menyinar cahayanya begitulah berseri wajah ummiku sayang Aku sayang ummi ummiku sayang ummi sayang sayang ummi ummiku sayang Walaupun ummi letih mengasuh kami ini namun masih tersenyum menyejukkan hati Bila pulang sekolah ummi sambut kami sembahyang sama ummi Alhamdulillah Ummiku sayang kaulah serikandi berkorban selalu untuk kami ummiku sayang kau ibu mithali semoga Allah kan berkati Memancar sang suria menyinar cahayanya begitulah berseri wajah ummiku sayang p/s : Saya dedikasikan gambar pertama dalam Al-Khazaain dengan gambar Ummi.

Pengajaran Dari Cerita Muallaf Siti Fatimah (sambungan)

Antara agenda yang timbul dalam fikiran saya sebagai natijah dari kes Siti Fatimah adalah betapa perlunya kepada undang-undang murtad segera digubal samada di peringkat parlimen mahupun negeri. Betapa tidak ada sebuah negeripun kecuali Negeri Sembilan yang mewartakan murtad sebagai jenayah adalah satu perkara yang amat menyedihkan, sedangkan Islam adalah merupakan agama persekutuan. Undang-undang murtad tersebut,sebenarnya tidak sesekali menggangu hak asasi beragama rakyat. Islam tidak pernah memaksa mana-mana rakyat untuk memeluknya. Tapi sekali Islam dipeluk - atas apa alasan sekalipun- tidak ada orang yang boleh meninggalkannya tanpa sebarang akibat. Tanpa undang-undang murtad tersebut, agama akan jadi tidak terkawal lagi, nak kahwin masuk Islam , bercerai keluar pula. Nak masuk Islam masuk sahaja, nak keluar tiada siapa yang larang. Islam bukan begitu kerana ia ada peraturanya yang tersendiri yang tidak ada pada agama lain. Kerana itulah barangkali nada beberapa pemimpin bukan Isla

Cerita Muallaf Nak Keluar Islam - Pengajaran Kes Siti Fatimah

Walaupun sedih, saya menyambut baik keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang yang membenarkan seorang Muallaf – Siti Fatimah – untuk keluar Islam atas alasan dia tidak pernah mengamalkan ajaran Islam. Semoga dengan keputusan tersebut, tidak akan terjadi lagi peristiwa perebutan mayat untuk pengkebumian di mana sebelum ini telah terjadi beberapa peristiwa yang sampai sekarang belum dimuktamadkan seperti kes wira Everest kita. Sebenarnya kejadian-kejadian seperti itu tidak sepatutnya berlaku. Apabila seseorang sudah terbukti samada diisytiharkan ataupun tidak sebagai seorang Islam, sepatutnya ia mestilah dianggap sebagai seorang Islam sehinggalah dibuktikan sebaliknya. Kalau sudah ada dokumen yang menunjukkan seseorang pernah memeluk Islam maka bidangkuasa yang layak untuknya adalah bidangkuasa Mahkamah Syariah. Soal samada dia mengamalkan Islam atau tidak, sebenarnya tidak relevan kerana ramai dikalangan yang asal Islam pun tidak mengamalkan Islam. Kerana itulah apab

Isu Dakwat PRU 12 (lagi-lagi)

Jawapan Menteri Dalam Negeri terhadap soalan Ahli Parlimen Batu Gajah amat mengejutkan. Betapa tidak, setelah 2 bulan berlalu selepas PRU 12, tiba-tiba kita didedahkan hari ini dengan satu pengumuman bahawa pembatalan penggunaan dakwat hanyalah berdasarkan khabar-khabar angin. Ianya terjadi selepas kerajaan telah membelanjakan berjuta ringgit wang rakyat mengimport dakwat tersebut. Ianya terjadi beberapa hari sebelum rakyat berpeluang menggunakannya. Ianya dibatalkan pula oleh 3 penjawat awam yang diberi amanah untuk menjalankan tugasnya; Pengerusi SPR, Peguam Negara dan Ketua Polis Negara. Semuanya tanpa sebarang kerut di dahi. Sebagai rakyat biasa (yang membayar cukai) saya percaya kita semua tidak bersetuju dan mengutuk perbuatan bacul tersebut. Saya secara peribadi mendesak ketiga-tiga pihak yang terlibat tersebut bertanggungjawab terhadap kesulitan ditimbulkan termasuk kegagalan PAS menguasai negeri Terengganu. Entah apa lagi barangkali yang akan terdedah sepanjang sesi parlimen i

Siaran Langsung Parlimen II

Sekali lagi saya mengikuti siaran langsung sesi Parlimen pagi ini. Secara ringkasnya dapat saya simpulkan bahawa ahli parlimen kita tidaklah seteruk yang dilabelkan sebelum ini dengan perkataan 'sarkas',' zoo' dan sebagainya. Walaupun ahli-ajli parlimen berebut bangun untuk bertanyakan soalan tambahan, tidal kedengaran pula perkataan-perkataan yang kurang manis diluahkan. Begitu juga dengan korum mesyuarat; ruang duduk ahli parlimen hampir penuh. Atas alasan tersebut saya percaya ahli parlimen kita adalah wakil yang matang. Mereka tahu ketika masa untuk beradab dan masa untuk bertegas. Atas alasan tersebut juga saya mencadangkan masa tambahan diberikan kepada RTM atau mana-mana saluran lain untuk menyiarkan sepenuhnya sesi persidangan tersebut. Cuma sedikit yang saya lihat adalah betapa jawapan agak panjang diberikan oleh menteri-menteri yang berkaitan berbanding isu yang ditanya. Seharusnya ahli politik kita dapat belajar memaksimumkan maksud dengan meminimumkan perkat

Perjumpaan Tahunan Ibu Bapa PASTI Al-Ahmadi

Hari ini saya, Ummi dan AJK Pasti Al-Ahmadi agak sibuk sedikit. Saya menulis inipun dicelah program Perjumpaan Tahunan Ibu Bapa Pasti Al-Ahmadi 2008. Program bermula sejak pukul 9.00 pagi lagi dengan pendaftaran ibu-bapa, diikuti dengan sesi dialog yang saya sendiri kendalikan. Banyak isu yang dikemukan samada oleh pihak pengurusan Pasti dan juga ibu-bapa. Yang paling menarik perhatian saya adalah kenyataan seorang ibu yang hadir menyatakan bahawa dia menghantar anaknya ke sini adalah kerana cabaran seorang rakan yang menyatakan anak-anak Pasti tidak boleh membaca dan menulis. Tapi selepas 3 bulan sahaja, beliau menyatakan bahawa anaknya sekarang sudah boleh membaca dan menulis secara mudah. Ditambah pula dengan bacaan doa, bacaan al-Quran dan Hadis. Saya percaya kenyataan tersebut akan menaikkan lagi semangat guru-guru Pasti Al-Ahmadi untuk terus berkhidmat. Majlis seterusnya diteruskan dengan ceramah Motivasi Kekeluargaan oleh YB Senator Hjh. Mumtaz Mohd Nawi. Beliau menyentuh berke

Seminar EOS Experience di Kota Bharu

Sehari suntuk saya di Renaisance Hotel semalam untuk mengikuti Seminar EOS Experience anjuran Canon (M) Sdn. Bhd. Program yang bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 6 petang tersebut diisi dengan penerangan-penerangan menarik berkaitan dengan dunia fotografi moden. Jika sebelumnya dunia fotografi menyentuh berkenaan dengan komposisi, apature, shutter, cahaya dan sebagainya tapi dalam seminar semalam peserta didedahkan dengan dunia digital untuk mencantikkan gambar. Ianya dimungkinkan dengan penggunaan software dan alat cetak yang semakin hari semakin canggih tapi lebih murah. Saya sebetulnya sejak sekolah lagi berminat dengan dunia fotografi. Seingat saya semasa berumur 13 tahun saya sudah mempunyai kamera 35 mm yang pertama. Dan semasa dunia persekolahan lagi entah sudah banyak wang dibelanjakan untuk hobi tersebut. Dan kemuncaknya ketika itu ketika berumur 17 tahun saya sudah menggunakan kamera SLR. Saya kemudiannya memasuki alam pekerjaan. Saya tidak berkesempatan meneruskan minat ter