Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Tambah Nilai

Reformasi Badan Kehakiman Malaysia

Sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi; sistem pemerintahan Malaysia secara khususnya boleh dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu: Bidangkuasa eksekutif sebagaimana yang diperuntukan oleh Fasal 39 Perlembagaan Persekutuan. Kuasa Pemerintahan Persekutuan ini boleh dijalankan oleh Yang diPertuan Agong atau oleh Jemaah Menteri atau juga oleh mana-mana menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri. Bidangkuasa Perundangan sebagaimana peruntukan Fasal 44 Perlembagaan Persekutuan. Fasal tersebut menyatakan bahawa kuasa membuat undang-undang persekutuan adalah terletak pada ahli-ahli parlimen dikedua-dua buah dewan. Bidangkuasa kehakiman sebagaimana peruntukan Fasal 121 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan penubuhan mahkamah-mahkamah di Malaysia serta mempunyai kuasa untuk mendengar dan memutuskan pertikaian dalam suatu perkara. Mengikut hukum teorinya, setiap cabang kuasa akan hanya berkuasa dalam cabangnya s...