Skip to main content

Reformasi Badan Kehakiman Malaysia

Sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi; sistem pemerintahan Malaysia secara khususnya boleh dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu:

  1. Bidangkuasa eksekutif sebagaimana yang diperuntukan oleh Fasal 39 Perlembagaan Persekutuan. Kuasa Pemerintahan Persekutuan ini boleh dijalankan oleh Yang diPertuan Agong atau oleh Jemaah Menteri atau juga oleh mana-mana menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri.

  1. Bidangkuasa Perundangan sebagaimana peruntukan Fasal 44 Perlembagaan Persekutuan. Fasal tersebut menyatakan bahawa kuasa membuat undang-undang persekutuan adalah terletak pada ahli-ahli parlimen dikedua-dua buah dewan.

  1. Bidangkuasa kehakiman sebagaimana peruntukan Fasal 121 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan penubuhan mahkamah-mahkamah di Malaysia serta mempunyai kuasa untuk mendengar dan memutuskan pertikaian dalam suatu perkara.

Mengikut hukum teorinya, setiap cabang kuasa akan hanya berkuasa dalam cabangnya sahaja di mana eksekutif tidak masuk campur bidang kehakiman dan sebaliknya. Sekiranya campur tangan berlaku, secara teorinya juga akan berlaku kacau bilau dan tiada kestabilan dalam sistem pemerintahan Negara.

Dalam hal ini, saya berpendapat Perlembagaan Persekutuan adalah pengikat mutlak bagi ketiga-tiga badan tersebut di mana pertikaian yang timbul seharusnya diselesaikan oleh peruntukan perlembagaan Persekutuan.

Pada masa yang sama, saya juga berpendapat (kemungkinan ada yang tidak bersetuju) bahawa Bidangkuasa Kehakiman sebenarnya lebih berkuasa daripada kuasa yang diperuntukkan kepada Bidangkuasa Eksekutif dan Bidangkuasa Perundangan. Saya berpendapat demikian kerana terdapat sekurang-kurangnya empat kuasa besar bidangkuasa kehakiman:

1. Mahkamah berkuasa untuk mentafsir perlembagaan

2. Mahkamah berkuasa untuk mentafsir mana-mana undang-undang

3. Mahkamah boleh mengisytiharkan mana-mana undang-undang samada peringkat persekutuan ataupun negeri sebagai tidak sah; dan

4. Mahkamah boleh mengisytiharkan mana-mana tindakan kerajaan sebagai bertentangan dengan undang-undang.

Selain daripada itu, badan kehakiman juga tidak tertakluk kepada peruntukan di bawah Fasal 132(2A) Perlembagaan Persekutuan di mana Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi tidak memegang jawatan selama yang diperkenankan oleh Yang diPertuan Agong.

Hakim-Hakim hanya boleh dipecat melalui peruntukan Fasal 125 (3) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa dia boleh dipecat “… oleh kerana kelakuannya tidak baik atau oleh kerana ia tidak berupaya, oleh sebab kelemahan tubuh atau otak atau apa-apa sebab lain, menyempurnakan tugas jawatannya dengan sepatutnya…”.

Itupun hanya atas syor satu tribunal khas yang mengandungi sekurang-kurangnya 5 orang panel sebagaimana peruntukan Fasal 125 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Atas alasan-alasan tersebut di atas, saya amat bersetuju dengan sebarang langkah/pengisytiharan untuk mereformasi badan kehakiman Negara. Sekurang-kurang langkah permulaan yang dicadangkan oleh Dato’ Zaid Ibrahim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang baru sewajarnya dipertimbangkan. Saya percaya kestabilan negara sebenarnya berpaksi di atas kebebasan badan kehakiman.

Saya tertunggu-tunggu lapuran Suruhanjaya DiRaja Pita Video Linggam.

Comments

Popular posts from this blog

Nikah Batin

Nikah adalah upacara agama. Ianya adalah sesuatu yang amat suci. Ia adalah permulaan untuk membentuk sebuah keluarga yang sempurna; ayah, ibu dan anak-anak. Lebih besar lagi, persemendaan hasil dari perkahwinan yang sah menjadi asas kepada wujudnya sebuah masyarakat yang berfungsi. Setiap ajaran agama di dunia - lebih-lebih lagi Islam - amat menitikberatkan soal nikah. Tidak cukup dengan pendaftaran sibil, pasangan dinikahkan juga mengikut tradisi masing-masing. Pasangan yang melanggar norma ini, dipandang jelek oleh masyarakat hatta oleh masyarakat barat yang terkenal dengan kemajuan kebendaan. Tapi hari ini, saya dikejutkan dengan berita ini - Nikah Batin - !!! Jika sebelum ini hanya pemberitaan khabar angin tentang nikah batin oleh beberapa ajaran tarikat sesat, tetapi hari ini sudah sampai di mahkamah; bertujuan untuk mengesahkan nikah tersebut. Ringkas sungguh nikahnya. Tidak perlu wali, jurunikah. Hanya bersaksi Allah sahaja. Saya tercari-cari juga dalam kitab-kitab muktabar ber

Kronologi Pemecatan Tun Salleh Abbas

• Tun Salleh Abbas di lantik sebagai Peguamcara Negara pada tahun 1963. • Semasa berumur 50, beliau dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan. • Ketua Hakim Negara Tun Suffian Hashim bersara pada tahun 1982 and beliau telah digantikan oleh Raja Azlan Shah. Raja Azlan kemudiannya dilantik sebagai Sultan Perak dua tahun kemudia. Tun Salleh kemudiannya dilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada tahun 1984. • In 1987, pemilihan Agung Umno telah dijalankandan Tengku Razaleigh Hamzah telah mencabar Presiden Umno /Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad (sekarang Tun) sebagai Presiden. Beliau dijangkakan akan memenangi pertandingan tersebut. Begaimanapun, Dr Mahathir telah menang dan mengekalkan jawatan tersebut. • Kalangan penyokong Tengku Razaleigh tidak berpuas hati dengan kekalahan tersebut. Mereka membawanya ke Mahkamah untuk mendapatkan perintah bagi pemilihan semula. • Pada masa yang sama, Tun Salleh telah menegaskan dalam satu kenyataan umum berkenaan dengan hasrat untuk m

ULASAN RINGKAS LUHAM KELANTAN BERKAIT ISU ‘BEKAS BANDUAN’

1. Isu terkini berkait ‘bekas banduan’ yang dikatakan berpunca daripada ucapan Dato’ Setiausaha Agung PAS di Sandakan yang lebih kurangnya berbunyi “Ada seorang cita-cita jadi perdana menteri sangat. Keluar daripada penjara … Sebagai peguam kita tahu apabila seorang keluar daripada penjara status seumur hidup (nya) adalah (bekas) banduan”. 2. Beberapa individu mengecam ucapan tersebut. Ada yang mengatakan Taqiyuddin ib arat menghina raja. Dan ada pula yang mengatakan Taqiyuddin tidak bertanggungjawab. Malah beberapa laporan polis telah dibuat; kononnya mendesak agar pihak polis menyiasat ucapan tersebut. 3. Tidak jelas repot tersebut untuk apa. Mungkin sekadar laporan untuk pihak polis membuat siasatan yang mengaitkan presiden PKR dengan status bekas banduan (Utusan Online 13 Mei 2019). 4. Tetapi ulasan yang kelihatan agak profesional sedikit adalah bila ada yang mengaitkan ucapan itu dengan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kuasa pengampunan oleh Yang Di-