26.4.08

Selamat Datang Blogger Baru Kelantan

Sekurang-kurangnya 40 bloggers baru muncul hari ini bilamana pemuda-pemuda dari seluruh Kelantan hadir ke Kursus Expresi Membina Blog di Bangunan PAS Negeri Kelantan. Kursus tersebut adalah anjuran DPPNK di bawah Lajnah Penerangan dan ICT.

Walaupun saya sudah ada blog sendiri, tapi memandangkan kursus ini adalah julung-julung kali diadakan saya gagahkan juga menhadirinya walaupun ada beberapa program lain. Tambahan pula antara pengisiannya adalah dialog bersama blogger terkenal Kickdefella dan pengarang Harakah Sdr. Lutfi. Sekurang-kurangnya dapat juga ilmu untuk beristiqamah dalam mengisi blog.

Saya dapat melihat berbagai nama dan konsep dirangka bagi blog-blog baru tersebut. Ada yang berbentuk peribadi dan ada juga berkonsepkan maklumat bagi DUN dan cawangan. Dan ada juga yang merancang untuk gambar sahaja. Jawapannya mudah 'aku tak reti menulis'.

Apapun, saya ucapkan selamat datang dan yang paling penting ISTIQAMAH dalam membuat pengisian. Nanti sama-samalah kita menyilau blog masing-masing.

1 comment:

tupa_jakik2002 said...

liahtlah blog ku..ahah...http://lot1066.blogspot.com..ahahaha

Blog Widget by LinkWithin