Skip to main content

Terima Kasih Pak Lah

Secara umumnya saya menyambut baik ucapan Perdana Menteri yang menyentuh berkenaan dengan reformasi badan kehakiman semasa berucap di Majlis Makan Malam anjuran Majlis Peguam Malaysia malam jumaat baru-baru ini. Usaha pihak kerajaan untuk mereformasikan badan terpenting negara itu, diharap dapat membetulkan apa yang tidak kena selama ini.

Walaupun ucapan maaf yang ditunggu tidak kunjung tiba, sekurang-kurangnya bayaran ex-gratia yang dicadang dapat mengembalikan kewibawaan 5 orang hakim terlibat setelah mereka dihina dan diperlakukan sebegitu rupa sejak 20 tahun lampau.

Adalah diharapkan ucapan tersebut dapat dijadikan sebagai asas bagi badan kehakiman bergerak kehadapan dan mengembalikan semula kegemilangan yang pernah dicapai oleh tokoh-tokoh kehakiman kita sebelum ini.

Terima kasih, Pak Lah.

Comments

Anonymous said…
orang kecek hal BPR letak dibawah parlimen dah ,terima kasih lah pak lah

Popular posts from this blog

Nikah Batin

Nikah adalah upacara agama. Ianya adalah sesuatu yang amat suci. Ia adalah permulaan untuk membentuk sebuah keluarga yang sempurna; ayah, ibu dan anak-anak. Lebih besar lagi, persemendaan hasil dari perkahwinan yang sah menjadi asas kepada wujudnya sebuah masyarakat yang berfungsi. Setiap ajaran agama di dunia - lebih-lebih lagi Islam - amat menitikberatkan soal nikah. Tidak cukup dengan pendaftaran sibil, pasangan dinikahkan juga mengikut tradisi masing-masing. Pasangan yang melanggar norma ini, dipandang jelek oleh masyarakat hatta oleh masyarakat barat yang terkenal dengan kemajuan kebendaan. Tapi hari ini, saya dikejutkan dengan berita ini - Nikah Batin - !!! Jika sebelum ini hanya pemberitaan khabar angin tentang nikah batin oleh beberapa ajaran tarikat sesat, tetapi hari ini sudah sampai di mahkamah; bertujuan untuk mengesahkan nikah tersebut. Ringkas sungguh nikahnya. Tidak perlu wali, jurunikah. Hanya bersaksi Allah sahaja. Saya tercari-cari juga dalam kitab-kitab muktabar ber...

ULASAN RINGKAS LUHAM KELANTAN BERKAIT ISU ‘BEKAS BANDUAN’

1. Isu terkini berkait ‘bekas banduan’ yang dikatakan berpunca daripada ucapan Dato’ Setiausaha Agung PAS di Sandakan yang lebih kurangnya berbunyi “Ada seorang cita-cita jadi perdana menteri sangat. Keluar daripada penjara … Sebagai peguam kita tahu apabila seorang keluar daripada penjara status seumur hidup (nya) adalah (bekas) banduan”. 2. Beberapa individu mengecam ucapan tersebut. Ada yang mengatakan Taqiyuddin ib arat menghina raja. Dan ada pula yang mengatakan Taqiyuddin tidak bertanggungjawab. Malah beberapa laporan polis telah dibuat; kononnya mendesak agar pihak polis menyiasat ucapan tersebut. 3. Tidak jelas repot tersebut untuk apa. Mungkin sekadar laporan untuk pihak polis membuat siasatan yang mengaitkan presiden PKR dengan status bekas banduan (Utusan Online 13 Mei 2019). 4. Tetapi ulasan yang kelihatan agak profesional sedikit adalah bila ada yang mengaitkan ucapan itu dengan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kuasa pengampunan oleh Yang Di-...