24.4.08

Bekas Menteri Cabul?

Saya tertarik dengan berita seorang bekas menteri yang di dakwa mencabul seorang pelayan di sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur. Bukan sebab perbuatan bekas menteri tersebut mencabul ataupun lapuran yang dibuat dan kemudiannya ditarik balik. Saya lebih tertarik dengan satu cabang rukun negara; kedaulatan undang-undang.

Kenapa begitu?

Bagi saya dakwaan mencabul, itu adalah urusan pihak polis membuat siasatan. Ada kes, tidak ada kes itu terserah kepada hasil siasatan. Apa yang saya musykilkan adalah berkenaan dengan lapuran akhbar yang menyatakan bahawa kejadian tersebut berlaku ketika bekas menteri tersebut dalam keadaan mabuk. Mabuk kerana minum arak. Di tempat awam. Dan pelayannya juga saya percaya Melayu (Islam?).

Kenapa tidak ada sebarang siasatan dari aspek tersebut? Adakah kerana yang terlibat 'orang besar'? Maka penguatkuasa agama tidak berani bertindak! Kalau begitulah kesudahannya. kes ini akan berakhir sebagaimana kes Norita dan Hanif juga. Selesai dengan penghakiman mahkamah jenayah tanpa sebarang pendakwaan di Mahkamah Syariah.

Buang ajelah rukun negara tu.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin