Skip to main content

Ceramah Kesedaran Undang-Undang

Banyak perkara yang boleh diulas hari ini sebenarnya dengan majlis sumpah ahli Parlimen dan DUN Kelantan. Tapi saya tidak akan menulis tentang perkara-perkara tersebut. Apa yang akan saya tulis kali ini adalah berkenaan tentang perkara jatuh bangunnya anak bangsa pemimpin akan datang.

Sebetulnya separuh hari ini saya telah habiskan di Sek Men Keroh Kuala Krai kerana menerima jenputan menyampaikan ceramah kesedaran undang-undang oleh Pusat Bantuan Guaman Jawatankuasa Peguam Negeri Kelantan. Saya adalah penceramah yang kedua selepas ceramah bertajuk penyalahgunaan dadah disampaikan oleh pegawai AADK.

Menarik programnya. Dengan kehadiran pelajar tingkatan 4 dan 5, program dimulakan dengan pentomen ringkas dari peguam pelatih diikuti dengan ceramah dadah. Banyak juga yang saya pelajari. Antaranya (yang baru saya tahu) rupanya tanaman tembakau tidak perlu dipagar kerana tidak ada binatang termasuk kambing atau lembu yang akan meragut daunnya serta ramai penanam tembakau yang sakit kerana terkena titisan embun pada daun tembakau.

Dari gejala merokok inilah membawa kepada penagihan dadah yang akhirnya memudaratkan seluruh sistem masyarakat. Mengikut statistik hampir 80% penagih dadah yang ditahan di pusat-pusat serenti mengakui bahawa mereka bermula dengan sebatang rokok.

Sebab itulah saya tergelak keseorangan apabila salah seorang pelajar bertanya, jika begitu bahayanya rokok, kenapa kerajaan terus membenarkan ia dijual di negara kita?

Dalam ceramah yang saya sampaikan itu saya menyentuh kepada beberapa perkara asas berkenaan dengan undang-undang. Saya katakan bahawa walau siapapun kita, kita tidak dapat lari dari undang-undang; bermula dari saat berada dalam perut ibu, lahir ke dunia sehinggalah mati pun memerlukan undang-undang.

Saya katakan walau sebebas manapun kita perjuangkan, kita tetap perlukan undang-undang untuk mengikat kita. Seumpama layang-layang bebas ditiup angin di udara. Naiknya ia adalah disebabkan tali yang mengikatnya. Tanpa tali layang-layang akan jatuh atau mungkin tidak dapat dinaikkan.

Oleh itu, jangan merungut kerana ada undang-undang. Cuma perlu cari jalan bagaimana untuk menggunakan undang-undang ke arah kebaikan.

Saya juga menyentuh berkenaan dengan beberapa kesalahan jenayah yang lahir dari penyalahgunaan dadah seperti kesalahan curi, rompak, pecah rumah, bunuh, rogol, cabul dan sebagainya termasuk kesalahan-kesalahan syariah seperti zina, khalwat, bersekedudukan, kahwin lari dan sebagainya. Kesemua kesalahan tersebut boleh mengakibatkan kesan yang tidak baik kepada generasi pelajar. Dalam konteks bawah umur, mereka boleh di hantar menjalani pemulihan di sekolah-sekolah pemulihan.

Itu belum lagi dikira hukuman oleh masyarakat sekeliling yang seolahnya meletakkan 'seseorang didapati bersalah apabila seseorang ditangkap polis'.

Perkara ketiga yang saya ketengahkan adalah berkenaan dengan hak mereka jika ditangkap polis sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Malaysia iaitu hak mereka untuk diberitahu alasan tangkapan, hak mereka untuk mendapatkan dan memilih peguam serta kewajipan pihak polis membawa mereka di hadapan majistret dalam masa 24 jam.

Pendek kata jenuhlah juga untuk menjawab persoalan-persoalan yang dikemukakan oleh pelajar-pelajar tersebut. Sesetengah soalan yang dikemukakan itu adalah soalan-soalan yang saya tidak pernah terfikir semasa seusia dengan mereka.

Diharapkan program tersebut dapat memenuhi objektifnya iaitu mendidik mereka agar menghormati undang-udang sebagaimana kehendak kata-kata cendekiawan "sekiranya anda ingin melihat taraf kemajuan bangsa di masa hadapan, lihatkan kepada perhormatan generasi sekarang terhadap peraturan dan undang-undang".

Apapun, saya puas hati dapat bersyarah!!!!!

Comments

Popular posts from this blog

Nikah Batin

Nikah adalah upacara agama. Ianya adalah sesuatu yang amat suci. Ia adalah permulaan untuk membentuk sebuah keluarga yang sempurna; ayah, ibu dan anak-anak. Lebih besar lagi, persemendaan hasil dari perkahwinan yang sah menjadi asas kepada wujudnya sebuah masyarakat yang berfungsi. Setiap ajaran agama di dunia - lebih-lebih lagi Islam - amat menitikberatkan soal nikah. Tidak cukup dengan pendaftaran sibil, pasangan dinikahkan juga mengikut tradisi masing-masing. Pasangan yang melanggar norma ini, dipandang jelek oleh masyarakat hatta oleh masyarakat barat yang terkenal dengan kemajuan kebendaan. Tapi hari ini, saya dikejutkan dengan berita ini - Nikah Batin - !!! Jika sebelum ini hanya pemberitaan khabar angin tentang nikah batin oleh beberapa ajaran tarikat sesat, tetapi hari ini sudah sampai di mahkamah; bertujuan untuk mengesahkan nikah tersebut. Ringkas sungguh nikahnya. Tidak perlu wali, jurunikah. Hanya bersaksi Allah sahaja. Saya tercari-cari juga dalam kitab-kitab muktabar ber

Kronologi Pemecatan Tun Salleh Abbas

• Tun Salleh Abbas di lantik sebagai Peguamcara Negara pada tahun 1963. • Semasa berumur 50, beliau dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan. • Ketua Hakim Negara Tun Suffian Hashim bersara pada tahun 1982 and beliau telah digantikan oleh Raja Azlan Shah. Raja Azlan kemudiannya dilantik sebagai Sultan Perak dua tahun kemudia. Tun Salleh kemudiannya dilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada tahun 1984. • In 1987, pemilihan Agung Umno telah dijalankandan Tengku Razaleigh Hamzah telah mencabar Presiden Umno /Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad (sekarang Tun) sebagai Presiden. Beliau dijangkakan akan memenangi pertandingan tersebut. Begaimanapun, Dr Mahathir telah menang dan mengekalkan jawatan tersebut. • Kalangan penyokong Tengku Razaleigh tidak berpuas hati dengan kekalahan tersebut. Mereka membawanya ke Mahkamah untuk mendapatkan perintah bagi pemilihan semula. • Pada masa yang sama, Tun Salleh telah menegaskan dalam satu kenyataan umum berkenaan dengan hasrat untuk m

ULASAN RINGKAS LUHAM KELANTAN BERKAIT ISU ‘BEKAS BANDUAN’

1. Isu terkini berkait ‘bekas banduan’ yang dikatakan berpunca daripada ucapan Dato’ Setiausaha Agung PAS di Sandakan yang lebih kurangnya berbunyi “Ada seorang cita-cita jadi perdana menteri sangat. Keluar daripada penjara … Sebagai peguam kita tahu apabila seorang keluar daripada penjara status seumur hidup (nya) adalah (bekas) banduan”. 2. Beberapa individu mengecam ucapan tersebut. Ada yang mengatakan Taqiyuddin ib arat menghina raja. Dan ada pula yang mengatakan Taqiyuddin tidak bertanggungjawab. Malah beberapa laporan polis telah dibuat; kononnya mendesak agar pihak polis menyiasat ucapan tersebut. 3. Tidak jelas repot tersebut untuk apa. Mungkin sekadar laporan untuk pihak polis membuat siasatan yang mengaitkan presiden PKR dengan status bekas banduan (Utusan Online 13 Mei 2019). 4. Tetapi ulasan yang kelihatan agak profesional sedikit adalah bila ada yang mengaitkan ucapan itu dengan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kuasa pengampunan oleh Yang Di-