29.5.09

Perkataan Haram

Seksyen 9 Enakmen Kawalan Dan Sekatan Pengembangan Ugama Bukan Islam 1981 telah menyenaraikan dalam Jadual (Bahagian I dan II) beberapa perkataan dan perbahasaan yang tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam.

Perkataan-perkataan yang tidak boleh digunakan adalah: Allah, Qadhi, Haji, Khalifah, Firman Allah, Ilahi, Mufti, Wali, Ulama', Wahyu, Rasul, Fatwa, Hadis, Mubaligh, Imam, Iman, Ibadat, Syariat, Dakwah, Nabi, Ka'bah, Qiblat, Solat dan Sheikh.

Manakala perbahasaan-perbahasan yang tidak boleh digunakan adalah: Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Walillahilhamd, Allahu Akbar, Insya Allah, Astaghfirullahalazim, Tabarakallah, Masya Allah dan Lahaulawalaquwwata illabillahilazim.

Perkataan dan perbahasaan tersebut (contohnya bagi negeri Kelantan) telah diluluskan pada 1/12/1981.

Seksyen 9(3) memperuntukkan bahawa orang bukan Islam yang melakukan kesalahan menggunakan perkataan dan perbahasaan itu (kecuali untuk rujukan atau petikan) boleh dikenakan denda sebanyak RM1000.00.

Walaubagaimanapun sepanjang wujudnya enakmen tersebut, tidak pernah ada satu kes di bawah seksyen ini telah dibawa ke Mahkamah untuk pendakwaan. Malah lebih teruk lagi peruntukan berikutnya dalam seksyen 10; di mana pentauliahan seorang pegawai untuk menjalankan kuasa enakmen tidak pernah dibuat.

Kalau tidak isu Herald saman KDN tidak akan timbul dari awal lagi.

26.5.09

Snippet - Pre Muktamar 2009

Setinggi tahniah dan syabas saya ucapkan kepada calon-calon kepimpinan tertinggi Dewan Pemuda PAS Pusat. Sebagaimana pegumuman pagi tadi, tiada pertandingan bagi jawatan tertinggi dewan memandangkan ada calon-calon yang menarik diri. Dan tentunya penerimaan dan penolakan terhadap pencalonan jawatan dibuat dengan hati yang penuh ikhlas dan bermatlamatkan untuk perjuangan.

Sekurang-kurangnya, pemuda boleh berbangga dengan 'dasar terbuka hati' tersebut walaupun hampir setiap hari dimomokkan dengan berita, lapuran serta analisis dari pelbagai media tanah air.

Yang paling menyakitkan hati saya adalah label yang dikenakan ke atas calon yang bertanding. Si anu dikatakan golongan "Erdogan" manakala si Anu lain adalah proksi "Muqabalah". Sedangkan saya percaya hampir semua analisis yang melabel tersebut ditulis oleh orang luar parti. Dan mungkin ada di kalangan mereka merupakan 'agent provocateur' yang bertujuan memecahkan perpaduan parti.

Dan tentunya, tumpuan sekarang adalah kepada pertandingan utama bagi di peringkat timbalan dan naib presiden. Semoga pertandingan tersebut (kalau berlaku juga nanti) adalah sebagai azam untuk berlumba mengerjakan kebajikan.

Antara berita yang menggembirakan saya juga adalah penerimaan pencalonan DS Nizar ke jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Walaupun ada pencalonan yang mencukupi dan jika diteruskan pun mungkin menang selesa, beliau telah menolak pencalonan untuk Naib Presiden. Saya percaya sebagaimana yang pernah saya tulis sebelum ini, Dato' Seri Nizar masih mempunyai masa depan yang panjang dalam perjuangan. Beliau tidak perlu gelojoh!!.

Ibarat kata Dato' Pa, pemimpin PAS tidak perlu terlalu menonjolkan diri; orang PAS pandai menilai pemimpin.

24.5.09

Saya Lebih Rela Menunggu

Apabila berhadapan dengan ketidaktentuan,
saya berfikir untuk menanti keputusan terakhir.

16.5.09

BAR's Resolution on Friday

Whereas on the night of 7 May 2009, five members of the Kuala Lumpur Legal Aid Centre, Fadiah Nadwa binti Fikri (Secretary), Murnie Hidayah binti Anuar, Puspawati binti Rosman, Ravinder Singh Dhalliwal (Chairperson) and Syuhaini binti Safwan (collectively known as the “LAC Lawyers”), in their capacity as Advocates & Solicitors, had requested the police at the Brickfields Police Station for access to the detained persons who were arrested that same night whilst holding a candlelight vigil at the same Police Station over the recent arrest of political scientist Wong Chin Huat.

Whereas Article 5(3) of the Federal Constitution entrenches the fundamental right of a person to consult and be defended by the legal practitioner of his/her choice. Further, sub-sections 28A(2) to (7) of the Criminal Procedure Code (“CPC”) set out in detail the rights of arrested persons including their right to communicate and consult with a legal practitioner of their choice.

Whereas the Police denied the LAC Lawyers access to the detained persons, the Police, without any reasonable grounds, proceeded to arrest the LAC Lawyers and only released them on police bail the following day at around 3 p.m., notwithstanding the repeated requests by other lawyers for their immediate release.

NOW IT IS HEREBY RESOLVED THAT THE MALAYSIAN BAR:

1. Strongly condemns and denounces the wrongful arrest, detention and interrogation of the LAC Lawyers.

2. Strongly condemns and denounces the blatant transgression of the rule of law and the constitutional right of every person to counsel and access to justice.

3. Strongly condemns the unnecessary arrest and detention of those exercising their constitutional right to assemble peaceably.

4. Strongly condemns the arbitrary, improper and frequent resort by the Police to section 28A(8) of the Criminal Procedure Code, thus denying an arrested person access to counsel and making the right provided under section 28A(3) meaningless.

5. Strongly condemns and denounces the appalling treatment of the LAC lawyers and all those held in custody, including compelling them to wear lock up uniforms and unnecessarily handcuffing them.

6. Strongly condemns and denounces the Police for deliberately refusing to disclose to their family or their lawyers any information in relation to the LAC lawyers after their arrest, including their location and their next course of action.

7. Demands the resignation of the Minister for Home Affairs, the Inspector-General of Police, OCPD ACP Wan Abdul Bari bin Wan Abdul Khalid and DSP Jude Pereira of the Brickfields police station over this shameful incident.

8. Condemns the gross abuse of police powers and demands that the Government offer an unconditional apology to the LAC Lawyers.

9. Demands that the Government commit to and uphold the Rule of Law as enshrined in the Federal Constitution.

10. Reiterates its previous calls on the Government to establish the Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC) in its original form to serve as an independent external oversight mechanism.

11. Demands that the Government uphold and defend the fundamental rights of advocates and solicitors to discharge their responsibilities to their clients in an environment free from threats and intimidation and unhindered by law enforcement agencies.


Proposed by: Ragunath Kesavan
Dated: 8 May 2009

The motion, as amended, was unanimously carried.


NOW!!! Lets walk the talk

15.5.09

Kata-Kata Tok Guru Berkenaan Rokok

Kata-kata sebelum ini: "Orang yang hisap rokok ni macam lembu".Petikan kuliah hari ini: "Orang yang hisap rokok serupa setan". Tambahan di hujungnya "Tak reti-reti gak, tak payah mari laa....".

Ehmmm..... saya setuju 100%.

12.5.09

Snippet : Keputusan Mahkamah Tinggi Kes Nizar

Alhamdulillah!!! Kiranya dalam ramai-ramai manusia yang bergembira dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan DS Nizar sebagai menteri besar Perak yang sah adalah saya. Saya kira walaupun perjalanan pengiystiharan tersebut masih panjang - mahkamah rayuan dan mahkamah persekutuan - tapi sebagai permulaannya keputusan tersebut adalah penyejuk hati.

Masakan tidak! Apabila tercetusnya krisis perlembagaan Perak 3 bulan yang lampau, saya telah dijemput untuk berceramah atas kapasiti sebagai peguam berkenaan dengan isu tersebut. Lalu berceramahlah saya, berdasarkan kes Stephen Kalong Ningkan, dengan semangat perlembagaan Persekutuan dan Negeri Perak. Saya memberitahu khalayak bahawa MB DS Nizar masih lagi menteri besarnya. Beliau tidak meletak jawatan, DUN belum dibubarkan dan beliau juga tidak pernah di undi percaya di dalam DUN.

Hiduplah saya dengan kenyataan tersebut. Sehingga kemudiannya beberapa saman difailkan dengan kenyataan yang berbagai-bagai. Ada yang pro dan ada yang anti. Malah kemuncaknya adalah kenyataan dan hujah yang diberikan oleh peguam negara sendiri sebagai pencelah yang memihak kepada UBN.

Khalayak mula bertanya dan ada yang memandang bahawa penerangan yang saya berikan terdahulu tidak tepat. Salah. Kerana yang berhujah adalah peguam negara yang katanya lebih 'cerdik' dari saya.

Apa yang boleh saya katakan. Melainkan gomelan sendiri. Sejak itu apabila ada yang cuba mendapat penjelasan dari saya berkenaan dengan isu tersebut, sambil menundukkan kepada saya berkata "Tak reti nak jawab, tunggu keputusan mahkamah"!

Lalu keputusan mahkamahlah yang saya tunggu semalam. Dan Alhamdulillah, keputusan tersebut sama dengan apa yang telah saya dan peguam-peguam lain belajar dan beramal. Keputusan tersebut membolehkan saya mengangkat kembali muka ini tanpa rasa bersalah.

Nanti kalau ada soalan lagi berkenaan dengan peguam negara? Saya akan jawab "Dok ambil kira orang bodoh....mencelah kerana nak belah".

7.5.09

Syeikh Dr. Yusuf Al Qaradhawi

"Saya hanya mempunyai satu sahaja cita-cita sebelum dipanggil Ilahi".

"Saya amat teringin mahu ke Ghaza di bumi Palestin. Di sana saya ingin menemui tentera rejim Israel la'natullah, dan saya ingin sangat menembak mati mereka seramai yang mungkin".

"Saya tidak takut sekiranya pesawat canggih rejim Israel datang dan mengebom saya hingga berkecai, kerana saya terlalu ingin berjumpa ALLAH dalam keadaan syahid".

"Saya amat cemburu terhadap sahabat-sahabat saya Almarhum As-syahid Syeikh Hassan Al Banna, As-syahid Syeikh Yaasin, As-syahid Syeikh Ahmad Rantissi. Mereka semuanya dapat bertemu ALLAH dalam keadaan badan berkecai kerana syahid di tangan musuh-musuh ALLAH".

"Moga ALLAH mengabulkan doa dan impian saya yang terakhir ini".


Tidakkah ini cita-cita kita juga?

3.5.09

Mesyuarat Agung PAS Kawasan Pengkalan Chepa ke 37

Alhamdulillah , semalam telah berlangsung dengan jayanya Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Pengkalan Chepa kali ke 37 di Dewan Pak Nik Lah, Kompleks Purnama. Mesyuarat tersebut yang dirasmikan pembukaannya oleh YAB Dato' Seri Ir Nizar Jamaludin turut sama dihadiri oleh YB Dato' Halim Abdul Rahman, Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, saf kepimpinan serta perwakilan dan pemerhati dari 67 cawangan PAS Kawasan Pengkalan Chepa.

Agenda pemilihan telah menyaksikan gabungan muka lama dan muka baru menawarkan diri sebagai calon ahli jawatankuasa PAS kawasan. Dan berdasarkan trend tersebut, 16 ahli jawatankuasa yang terpilih tersebut adalah merupakan kombinasi mantap gabungan tersebut. Ianya juga menggambarkan kehendak ahli dan pimpinan yang amat meletakkan kepentingan pengalaman golongan lama dan tenaga golongan baru sebagai asas pemilihan pada tahun ini.

Nota saya:

1. Ini adalah kali pertama saya menyaksikan secara live ucapan Dato' Seri Nizar. Saya menggambarkan beliau sebagai seorang fighter dan teguh pendirian. Seorang yang amat yakin tetapi lembut percakapannya. Beliau seorang yang boleh jadi pemimpin yang baik dan tidak hairanlah jika beliau adalah antara calon favourite Naib Presiden PAS.

2. Cuma saya bimbang - dan bimbang saya ada asasnya - Dato' Seri kelihatan naik terlalu cepat. Dari seorang yang agak kurang dikenali setahun lepas, tiba-tiba; sekiranya jika Dato' Seri bertanding Presiden pun berkemungkinan mendapat undi, peluang untuk jatuh cepat pun terbuka luas juga.

3. Ada banyak kemungkinan faktor kejatuhan. Mungkin ahli bawahan yang tidak tahu apa-apa menyokong sekadarnya ataupun kerana'pembantu-pembantu sesat' yang mengharapkan balasan atas kejayaan menarik diri kerana tidak ketemu apa yang mereka kehendaki.

4. Oh yaa... dalam pemilihan AJK semalam, saya mendapat undi tertinggi ke 8. Ini adalah kali pertama saya 'termasuk' dalam senarai AJK selepas lebih 15 tahun terlibat secara aktif dalam politik di Pengkalan Chepa.... slow-slow kan.....!!!!
Blog Widget by LinkWithin