Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Mahkamah Syariah

Minta Maaf Sebagai Jalan Pertama

Saya percaya sudah sampai masanya Jabatan Kehakiman Syariah Pahang meminta maaf terhadap kecelaruan yang timbul dari kes Puan Kartika. Secara khususnya terhadap Puan Kartika sendiri yang diperlakukan seperti bola - ditendang ke sana ke sini- dan juga secara amnya terhadap seluruh umat Islam yang perihatin terhadap perlaksaaan undang-undang syariah di negara ini. Saya katakan begini kerana saya percaya dengan sepenuh hati kebolehan syariat Islam mengawal kemaslahatan rakyat. Bagi saya Syariat Islam yang diturunkan Allah adalah untuk menjaga sekurang-kurangnya lima kemaslahatan umat; agama, nyawa, kemulian, keturunan dan harta. Dalam menjaga kemaslahatan tersebut, disamping tarbiah yang berbentuk pengajaran, Nabi Muhammad SAW juga mentarbiah ummat secara hukuman. Samada pengajaran atau hukuman dijadikan cara pertama atau yang terakhir, apa yang penting juga adalah tanggungjawan pihak berkuasa untuk 'sadd azzaraaig', iaitu proses mencegah daripada berluasanya perkara yang tidak e...

Cadangan Pelaksanaan Jenayah Syariah

Saya berharap agar cadangan Datuk Jamil Khir Baharom untuk meningkatkan pelaksanaan hukuman Jenayah Syariah betul-betul terjadi. Sebenarnya sudah terlalu banyak kertas kerja, cadangan, gesaan serta harapan dari berbagai pihak telah diajukan agar kerajaan berusaha ke arah itu, tapi nampaknya al-hasil balik asal. Pi Mai Pi Mai tang tu juga. Seingat saya sebelum ni, Ketua Pengarah JAKIM sendiri pernah mengesyorkan untuk meminda peruntukan '356' sebagaimana yang pernah saya ulas di sini . Tunggu punya tunggu, tidak ada apa-apa perkembangan melainkan cadangan seorang menteri baru untuk melakukan perkara yang sama.  Atau apakah ini hanya retorik untuk merasmikan sesuatu persidangan semata? Selanjutnya saya berpendapat, disamping cadangan untuk meningkatkan hukuman, ada baiknya juga sekiranya peruntukan yang ada buat pada masa sekarang ini digunakan semaksimum mungkin. Sekiranya satu-satu kesalahan memperuntukkan denda dan sebat sebagai hukuman, maka denda dan sebatlah dikenakan. Buk...

Poligami Dan Harta Sepencarian

Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2002 (Negeri Kelantan) Seksyen 23 (10) -Poligami Tiap-tiap Mahkamah yang memberi kebenaran atau memerintahkan supaya perkahwinan itu didaftarkan di bawah seksyen ini, hendaklah mempunyai kuasa atas permohonan mana-mana pihak kepada perkahwinan - (a) ... (b) untuk memerintahkan supaya apa-apa aset yang telah diperolehi oleh pihak-pihak itu dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama mereka dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagikan. 1. Secara ringkasnya seksyen ini menerangkan berkenaan dengan harta sepencarian. Di mana mahkamah yang mendengar permohonan poligami oleh suami mempunyai kuasa (atas permintaan pihak-pihak) untuk membuat perintah bahawa segala harta sepencarian terlebih dahulu dibahagi antara suami dan isteri berkenaan. Maksudnya perintah terhadap harta sepencarian tersebut boleh dibuat serentak dengan kebenaran untuk berpoligami terhadap suami. 2. Tujuannya adalah untuk menjaga maslahat ...

2 Tahun Majdi

Semalam 1 Mac 2009, Nik Ahmad Majdi cukup umur 2 tahun. Tidak ada majlis hari jadi; meniup lilin dan nyanyian ulang tahun untuk merayakannya, sebagaimana tradisi untuk kakak-kakak dan abangnya sebelum ini. Cuma kerana kebetulan ayah dan ummi ada masa - Ummi menggoreng meehun dan ayah rasa nak makan cheese cake - dapatlah merasa sedikit seorang. 2 tahun adalah waktu yang singkat sahaja. Mengikut syariat, 2 tahun adalah sekurang-kurangnya waktu anak-anak menyusui ibu. Wajib seorang ayah menyediakan nafkah untuk susu itu; samada dari tubuh ibunya, upah ataupun susu tin. Jelasnya, syariat meletakkan tanggungjawab itu ke atas si ayah walaupun jagaan anak berada di tangan ibu. Mungkin saudara merasa pelik dengan catatan saya kali ini. Masakan seorang ayah akan mengabaikan tanggungjawab itu...sedemikian rupa... ? Hakikatnya, tuntutan nafkah anaklah antara tuntutan yang paling banyak di mahkamah syariah di seluruh negara selepas berlakunya perceraian. Ramai yang beranggapan apabila putus hubun...

Makan Dalam Bulan Ramadhan

1. Seksyen 26 Qanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan memperuntukkan "Sesiapa yang tidak harus berbuka puasa pada hukum syara' didapati makan atau minum atau menghisap sebarang tembakau atau seumpamanya pada siang hari dalam bulan Ramadhan adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM500 atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga bulan dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya denda tidak melebihi RM1000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya." 2. Seksyen tersebut mempunyai beberapa intipati iaitu: Seseorang yang tidak harus berbuka puasa pada hukum syara' didapati makan/minum/ menghisap rokok dan seumpamanya pada siang hari dalam bulan Ramadhan 3. Jelas di sini pada intipati pertama, hukum syara' memainkan peranan yang utama yang memerlukan pendakwa membuktikan individu tersebut tidak diharuskan oleh syara' untuk tidak berpuasa. Antara sebab syara' un...

Pindaan Undang-Undang Syariah

Saya menyambut baik saranan yang dikemukakan oleh Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Wan Muhammad Sheikh Abdul Aziz sebagaimana yang dilapurkan hari ini dalam Berita Harian Online , yang antara lain menyebut bahawa Undang-Undang Syariah negara termasuk di negeri-negeri perlu dipinda semula berikutan kadar hukuman serta penaltinya yang dianggap sudah lapuk serta tidak dapat mencegah berlaku pelbagai salah laku dan perlu kepada perubahan Saya menulis ini dengan menyedari hakikat bahawa Undang-Undang Syariah yang ada itu di atas formula '356' adalah bertentangan dengan hukuman sebenar syariah di bawah hukum hudud, qisas dan ta'zir. Tetapi sebagaimana yang dapat difahami dari kaedah "sesuatu yang tidak boleh diperolehi semuanya, janganlah ditinggalkan semuanya', saya amat-amat bersetuju dengan saranan tersebut. Kita boleh bayangkan betapa ketinggalannya undang-undang Syariah yang dienakmenkan dalam memenuhi objektif hukuman iaitu untuk memberi pengajaran kepada pesalah dan ju...

Nafkah Ibu Bapa

Boleh atau tidak dituntut terhadap anak yang mengabaikannya? Saya berpendapat ibu bapa boleh menuntut nafkah mereka dari anak-anak di mahkamah syariah berdasarkan perintah Allah agar anak-anak berbuat ehsan kepada ibu bapa dan kerana ada peruntukan sedemikian di dalam enakmen keluarga Islam negeri-negeri. Cuma setakat ini saya tidak berjumpa lagi dengan kes sedemikian di bawa ke mahkamah kecuali satu kes di Negeri Sembilan yang mana mahkamah membenarkannya. Apakata jika peguam-peguam syarie seluruh Malaysia cuba membawa kes-kes seperti ini? Kalau selama ini tuntutan hanya dibuat oleh isteri terhadap suami bagi tuntutan nafkah, nafkah edah, nafkah kebelakangan, mut'ah, harta sepencarian dan nafkah anak-anak, kita meriahkan pula mahkamah syariah dengan tuntutan nafkah ibu bapa pula. Saya percaya yang arif hakim-hakim akan banyak menolong. Nota: Cadangan ini lahir dari lontaran pertanyaan seorang pakcik semasa Forum Pelaksanaan Undang-Undang Syariah di Mahkamah Syariah sempena Majlis ...

Ditipu? Tertipu? Atau....

Saya tidak tahulah samada Aishah di tipu, tertipu atau telah menjadi mangsa sindiket nikah kahwin. Tidak pasal-pasal menjadi mangsa keadaan yang mungkin berpunca dari kejahilannya sendiri serta tidak mendapat nasihat yang secukupnya. Isu sekarang bukan berkenaan dengan sah atau tidak lafaz talak yang dikeluarkan oleh Defendan, tetapi lebih dari itu adalah tentang status sah perkahwinan terlebih dahulu. Atas alasan tersebut mahkamah sebenarnya tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes. Lapuran Berita Harian Online pagi ini menjelaskan segalanya. Aishah berkemungkinan besar bukan sekadar akan terpinga-pinga dengan status pengesahan lafaz talaknya. Tetapi lebih dari itu, beliau berkemungkinan besar akan kehilangan hak untuk menuntut nafkah edah, nafkah kebelakangan, mut'ah, harta sepencarian serta hak penjagaan anak. Sebabnya? Hanya satu iaitu status perkahwinannya yang tidak didaftarkan dan besar kemungkinannya melibatkan isu pemalsuan dokumen perkahwinan. Jalan terbaik? Mena...

Tahniah Abang Mat

di atas keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu semalam yang membenarkan permohonan Abang Mat untuk berpoligami 4 serentak. Tahniah tersebut bukan kerana Abang Mat berjaya dalam permohonan dan boleh tambah isteri. Bukan, tetapi kerana Abang Mat percaya kepada sistem perundangan Islam yang ada. Bak kata Hakim Syari'e yang memutuskannya, kesungguhan Abang Mat begitu ketara sekali kerana sanggup hadir sampai empat kali ke mahkamah. Bukan calang orang boleh buat begitu. Berita selanjutnya boleh diikuti di sini . Catatan saya sebelum ini di sini dan di sini . Bila nak makan nasi minyaknya?

Pengajaran Dari Cerita Muallaf Siti Fatimah (sambungan)

Antara agenda yang timbul dalam fikiran saya sebagai natijah dari kes Siti Fatimah adalah betapa perlunya kepada undang-undang murtad segera digubal samada di peringkat parlimen mahupun negeri. Betapa tidak ada sebuah negeripun kecuali Negeri Sembilan yang mewartakan murtad sebagai jenayah adalah satu perkara yang amat menyedihkan, sedangkan Islam adalah merupakan agama persekutuan. Undang-undang murtad tersebut,sebenarnya tidak sesekali menggangu hak asasi beragama rakyat. Islam tidak pernah memaksa mana-mana rakyat untuk memeluknya. Tapi sekali Islam dipeluk - atas apa alasan sekalipun- tidak ada orang yang boleh meninggalkannya tanpa sebarang akibat. Tanpa undang-undang murtad tersebut, agama akan jadi tidak terkawal lagi, nak kahwin masuk Islam , bercerai keluar pula. Nak masuk Islam masuk sahaja, nak keluar tiada siapa yang larang. Islam bukan begitu kerana ia ada peraturanya yang tersendiri yang tidak ada pada agama lain. Kerana itulah barangkali nada beberapa pemimpin bukan Isla...

Cerita Muallaf Nak Keluar Islam - Pengajaran Kes Siti Fatimah

Walaupun sedih, saya menyambut baik keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang yang membenarkan seorang Muallaf – Siti Fatimah – untuk keluar Islam atas alasan dia tidak pernah mengamalkan ajaran Islam. Semoga dengan keputusan tersebut, tidak akan terjadi lagi peristiwa perebutan mayat untuk pengkebumian di mana sebelum ini telah terjadi beberapa peristiwa yang sampai sekarang belum dimuktamadkan seperti kes wira Everest kita. Sebenarnya kejadian-kejadian seperti itu tidak sepatutnya berlaku. Apabila seseorang sudah terbukti samada diisytiharkan ataupun tidak sebagai seorang Islam, sepatutnya ia mestilah dianggap sebagai seorang Islam sehinggalah dibuktikan sebaliknya. Kalau sudah ada dokumen yang menunjukkan seseorang pernah memeluk Islam maka bidangkuasa yang layak untuknya adalah bidangkuasa Mahkamah Syariah. Soal samada dia mengamalkan Islam atau tidak, sebenarnya tidak relevan kerana ramai dikalangan yang asal Islam pun tidak mengamalkan Islam. Kerana itulah apab...