Skip to main content

Posts

Showing posts from 2009

Balasungkawa : Gus Dur

KIYAI Haji Abdurrahman Wahid yang mesra disapa Gus Dur telah meninggalkan Indonesia dengan segala sejarahnya. Beliau terkenal sebagai salah seorang tokoh nasional yang banyak mewarnai perjalanan bangsa Indonesia pelbagai kaum. Bukan saja Gus Dur membawa idea luar biasa tapi tokoh agama ini juga pernah menimbulkan kontroversi ketika beliau bergelar Presiden apabila ideanya membuka hubungan diplomatik dengan Israel. Hal ini menjadi salah satu gagasan yang membuat beliau dikritik hebat oleh sekelompok pertubuhan Islam di Indonesia. Cucu ulama besar KH Hasyim Asy'ari ini juga pernah disifatkan sebagai 'wali' dan dilantik menjadi Ketua Nahdlatul Ulama dan menubuhkan Parti Kebangkitan Bangsa atau PKB pada era reformasi. Kini telah pulang ke rahmatullah tokoh politik yang disayangi jutaan rakyat Indonesia. Gus Dur meninggal dunia pada Rabu (30/12/2009) sekitar pukul 6.45 petang (waktu Jakarta), 7.45 petang (waktu Malaysia) di Rumah Sakit Cipto Mangunkusumo (RSCM) setelah semp

Nikah Batin

Nikah adalah upacara agama. Ianya adalah sesuatu yang amat suci. Ia adalah permulaan untuk membentuk sebuah keluarga yang sempurna; ayah, ibu dan anak-anak. Lebih besar lagi, persemendaan hasil dari perkahwinan yang sah menjadi asas kepada wujudnya sebuah masyarakat yang berfungsi. Setiap ajaran agama di dunia - lebih-lebih lagi Islam - amat menitikberatkan soal nikah. Tidak cukup dengan pendaftaran sibil, pasangan dinikahkan juga mengikut tradisi masing-masing. Pasangan yang melanggar norma ini, dipandang jelek oleh masyarakat hatta oleh masyarakat barat yang terkenal dengan kemajuan kebendaan. Tapi hari ini, saya dikejutkan dengan berita ini - Nikah Batin - !!! Jika sebelum ini hanya pemberitaan khabar angin tentang nikah batin oleh beberapa ajaran tarikat sesat, tetapi hari ini sudah sampai di mahkamah; bertujuan untuk mengesahkan nikah tersebut. Ringkas sungguh nikahnya. Tidak perlu wali, jurunikah. Hanya bersaksi Allah sahaja. Saya tercari-cari juga dalam kitab-kitab muktabar ber

Minta Maaf Sebagai Jalan Pertama

Saya percaya sudah sampai masanya Jabatan Kehakiman Syariah Pahang meminta maaf terhadap kecelaruan yang timbul dari kes Puan Kartika. Secara khususnya terhadap Puan Kartika sendiri yang diperlakukan seperti bola - ditendang ke sana ke sini- dan juga secara amnya terhadap seluruh umat Islam yang perihatin terhadap perlaksaaan undang-undang syariah di negara ini. Saya katakan begini kerana saya percaya dengan sepenuh hati kebolehan syariat Islam mengawal kemaslahatan rakyat. Bagi saya Syariat Islam yang diturunkan Allah adalah untuk menjaga sekurang-kurangnya lima kemaslahatan umat; agama, nyawa, kemulian, keturunan dan harta. Dalam menjaga kemaslahatan tersebut, disamping tarbiah yang berbentuk pengajaran, Nabi Muhammad SAW juga mentarbiah ummat secara hukuman. Samada pengajaran atau hukuman dijadikan cara pertama atau yang terakhir, apa yang penting juga adalah tanggungjawan pihak berkuasa untuk 'sadd azzaraaig', iaitu proses mencegah daripada berluasanya perkara yang tidak e

ISA - Kenangan 49 Tahun Yang Lampau

BERIKUT adalah sedutan ucapan Ahli Parlimen Bachok yang juga Timbalan Yang Dipertua Agung PAS, Prof Dr Zulkiflee Muhammad ketika bangun membahaskan Rang Undang-undang Keselamatan Dalam Negeri di Dewan Rakyat pada 21 Jun 1960. Tuan Yang Dipertua, di hadapan kita ini ada satu Rang Undang-undang yang bertujuan hendak memerangi subversif, dan di-dalam Undang-undang ini ada beberapa peraturan yang ditujukan kapada maksud itu. Tuan Yang Dipertua, saya bangun di sini menyokong undang-undang ini. Tetapi saya hendak menceritakan beberapa perkara yang ada di-dalam Undang-undang ini yang pada fikiran saya akan boleh menimbulkan kepayahan dan kesusahan dan akan boleh digunakan bagi maksud yang lain daripada maksud yang asal Undang-undang ini. Tadi, Timbalan Perdana Menteri (Tun Abdul Razak Hussain) sudah memberikan fikirannya dan di dalam ucapannya yang panjang itu dia telah memberi satu tegasan mengatakan bahawa Undang-undang ini tidak dimaksudkan untuk mencengkam kebebasan dan demokrasi di d

Hati-Hati Dr. Lo' Lo' Dan Sharizat

Saya menyambut baik ketegasan hakim-hakim Syar'i Negeri Pahang yang nampaknya mendahului rakan-rakan sejawat mereka seluruh negara dalam menjatuhkan hukuman. Kalau sebelum ini negeri Pahang telah mendahului dalam pendakwaan satu kes di bawah Enakmen Pengawalan Pengembangan Ugama Bukan Islam; nampaknya kali ini mereka akan mencatat sejarah sebagai negeri pertama yang menjalankan hukuman sebat ke atas pesalah wanita. Kartika Sari Dewi Shukarno bersedia menerima hukuman tersebut di mana beliau tidak berhasrat untuk merayu terhadap hukuman. Walaupun hukumannya adalah sekadar enam sebatan dan jauh bilangannya dari sebatan syara', saya berpendapat ianya lebih baik dari tiada langsung. Dan sebagaimana yang pernah saya tuliskan sebelum daripada ini, sekurang-kurangnya hakim syar'ei dapat berlatih untuk memikul tanggungjawab yang lebih besar dari segi perundangan syara'. Cumanya saya sedikit terkesan dengan kenyataan Datuk Seri Sharizat dan Dr. Lo' Lo' yang saya faham da

"65 pun 65 lah...asalkan menang"

Saya bergerak pulang dari UPU Chuchoh Puteri lebih kurang jam 6.00 pada 14 Julai yang lepas. Hati saya ketika itu gundah gulana memikirkan peratus pengundian yang teramat tinggi. 87%. "Something wrong", perkataan yang sentiasa bermain difikiran saya. Mengikut rekod, kelaziman peratusan keluar mengundi dalam pilihanraya adalah dalam sekitar 78% - 80%. Ini sampai 87%. Masakan hati tidak bimbang dan pada ketika itu, hati sudah memujuk-mujuk untuk menerima berita kekalahan. Kemudiannya, secara bertalu-talu berbagai makluman dan panggilan mengesahkan kebimbangan saya. Pas kalah di 5 peti undi; dan yang paling mengejutkan adalah kekalahan di UPU Manek Urai Lama dan Baru tambah mengesahkan teori saya. Sehinggalah akhirnya panggilan dari Saudara Aznam yang mememetik sumber rasmi tapi belum disahkan bahawa PAS menang dengan majoriti 65 undi. Saya menyatakan "65 pun 65 lah...asalkan menang". Serentak dengan itu keputusan yang diambil adalah untuk meminta peguam yang masih ber

Hati Sudah Dihala Ke Manek Urai

Alhamdulillah, nampaknya hasrat saya untuk bersama teman-teman peguam lain bertugas di Manek Urai esok dikabulkan tuhan. Insya Allah jika tidak ada aral melintang, petang ini bertolaklah saya ke sana. Saya dijadualkan bertugas di UPU Chuchoh Puteri. Dan kebetulan pada hari Sabtu lepas semasa bertugas, kes pertama melibatkan isu 'kepolisian' dan orang kampung terjadi di situ. Sekurang-kurangnya memudahkan saya mengenali kepala-kepala di situ. Ummi akan turut serta. Dan dijangkakan buat kali pertama beberapa peguam muslimat juga akan turut serta. Memang tepatlah kalau dikatakan PRU ini dijadikan medan praktikal peguam berhadapan dengan masyakat (masih ingat Law & Society?). Sebenarnya kalau mengikut perancangan asal saya saya tidak mungkin dapat ke MU esok sebagaimana alasan dalam tulisan sebelum ini. Ditakdirkan tuhan, atas sebab-sebab yang tidak terjangkau dek kudrat manusia, kes hanya dijalankan sehari sahaja; kelmarin. Tuan Abdul Razak, pendakwa yang mengendalikan kes sem

Hati Saya Di Tempat Lain...

Maafkan saya kerana tidak mengemaskini blog ini. Hati saya di tempat lain. Antara PRK Manek Urai, kerja dan minoriti Muslim Uighur di Xinjiang; saya perlu mengutamakan yang sepatutnya. Saya hadir ke Manek Urai. Dan di antara jam 10.00 ke 11.00 pagi hari Isnin lepas saya kemukakan satu bantahan. Sebagaimana semua tahu, bantahan tersebut di tolak dan pemilihan akan dibuat pada 14 haribulan nanti. Saya doakan 14 haribulan nanti tiada masalah besar yang berbangkit. Insya Allah bulan akan mengambang penuh. 14 haribulan nanti, saya tidak dapat ke Manek Urai. Kes melibatkan hukuman mati di Mahkamah Tinggi Kota Bharu tidak mungkin dapat ditangguhkan lagi. Dalam keadaan pihak hakim dan mahkamah mementingkan statistik, saya tidak sampai hati memohon penangguhan. Kerana bimbang ditolak mentah-mentah. Dalam pada itu juga, tanpa angin bergoyang tiba-tiba keluar berita rusuhan di Xinjiang antara Komunis Han dan minoroti Islam Uighur. Saya belum mendapat gambaran menyuluruh tentang kejadian tersebut.

We Are The World

There comes a time when we heed a certain call When the world must come together as one There are people dying And its time to lend a hand to life The greatest gift of all We cant go on pretending day by day That someone, somewhere will soon make a change We are all part of gods great big family And the truth, you know, love is all we need We are the world, we are the children We are the ones who make a brighter day So lets start giving Theres a choice were making Were saving our own lives Its true well make a better day Just you and me Send them your heart So theyll know that someone cares And their lives will be stronger and free As God has shown us by turning stones to bread So we all must lend a helping hand We are the world, we are the children We are the ones who make a brighter day So lets start giving Theres a choice were making Were saving our own lives Its true well make a better day Just you and me When youre down and out, there seems no hope at all But if you just believe t

Berpegang Dengan Tali Allah

Saya Protes Tindakan DS Nizar

Walau apapun tanggapan orang terhadap tindakan DS Nizar di Parlimen semalam ; saya menyokong langkah yang diambil oleh Yang Dipertua Dewan. Perilaku sebegitu memang sepatutnya tidak berlaku di sebuah dewan yang mulia dan pelakunya wajar dihukum. Adapun kewajaran gantung sehari, dua hari atau setahun adalah hal yang lain. Yang penting keharmonian Parlimen sewajarnya dipertahankan. Dan yang dipertanggungjawab untuk menjaganya adalah Yang DiPertua Dewan. Dewan persidangan adalah tempat yang mulia. Ada protokol tertentu yang mesti diikuti. Tidak boleh sewenang-wenangnya membuat sesuatu yang diluar peraturan. Jika tidak ada peraturan atau peraturan tidak diikuti jadilah macam persidangan kedai kopi. Sesiapapun boleh bercakap, hentak meja atau sambil-sambil main dam. Nak mencarut pun boleh. Parlimen bukan kedai kopi. Justeru tindakan hukuman oleh speaker adalah wajar dan patut dipuji. Ia ibarat mahkamah. Walaupujn tidak setuju dengan hukuman atau perintah hakim, peguam masih lagi mengucapkan

Snippet - Post Muktamar 2009

Beberapa orang rakan bertanyakan perihal blog saya yang tidak dikemas kini sejak seminggu lepas. Sebetulnya sejak Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat tempoh hari. Saya pun sedar bahawa saya tidak menulis apa-apa tentang natijah daripada muktamar-muktamar PAS pusat. Bagi saya cukup sebenarnya dengan apa yang diucapkan oleh pimpinan semasa sesi penggulungan masing-masing. Bagi saya apapun natijah ucapan atau arah aliran sekalipun; itu hanyalah strategi untuk memajukan parti. Yang penting bagi saya adalah dasar PAS tidak pernah berubah sebagaimana kehendak perlembagaan iaitu Islam. Bagi saya apabila pasal tersebut kekal utuh, maka datanglah apapun strategi atau aliran pemimpinnya; silakan. Cuma bersedialah untuk dipertanggungjawab pada muktamar akan datang. Bagi saya, apapun selogan yang digagaskan samada berbentuk 'muqabalah', 'muzakarah', 'kerajaan perpaduan' dan seumpama dengannya hanyalah sebuah strategi untuk memungkinkan keunggulan Islam. Selagi gagasan tersebut

Mempersada Perjuangan Sempena Muktamar DPPP

"Pemuda dan Pemudilah termometer turun naik sesuatu bangsa. Angkatan tua berpusing turun, angkatan muda berpusing naik. Angkatan tua amanah panduan, angkatan muda harapan perjuangan. Angkatan tua banyak pengalaman dan kebijaksanaan, angkatan muda penuh semangan dan keberanian berkorban. Angkatan tua berfikir cermat dan menimbang, angkatan muda cergas dan nekad maju mekar mengembang. Tua memperkayakan khidmat dan menghargai masa. Tua menghadapi akhirat, pemuda menghadapi dunia dengan penuh harap. Pemudalah yang menyambung dan meneruskan cita-cita perjuangan pesaka orang tua kita. Dunia ini nikmatnya untuk rebutan pemuda yang penuh dengan harapan dan kepercayaan kosong dan hampa hidupnya. Harapan dan kepercayaan pemuda itu adalah ideologinya yang hak dan adil." Prof Dr. Burhanuddin al-Helmy pada Kongres Dewan Pemuda PAS Pusat Kedua di Madrasah al-Ulum as-Syariah, Bagan Datoh pada 13 dan 14 Disember 1957.

Mangsa Yang Rela

Saya melihat peratusan indeks jenayah negara semakin naik. Banyak kejadian jenayah yang berlaku sekarang adalah sesuatu yang tidak kita jangka boleh terjadi. Selama ini kita didedahkan dengan jenayah yang terjadi secara tiba-tiba. Jarang jenayah yang berlaku di negara kita terlibat secara teratur ('organised'). Kalau adapun ianya berakhir dengan berlakunya jenayah tersebut sahaja seperti bunuh, rogol, pukul, curi dan sebagainya. Tetapi akhir-akhir ini, jenayah yang di hadapkan kepada kita lebih berbentuk 'teratur'. Ada ketua, orang kanan serta komrad-komrad yang ditentukan tugasnya. Contoh yang paling dekat dengan kita adalah kisah penemuan beberapa orang peminjam yang dipenjara oleh Ah Long. Dengan tertangkapnya beberapa ahli geng, polis kini menjalankan gerakan besar-besaran untuk menangkap ketua mereka. Walaubagaimanapun, bukan kisah Ah Long atau ahli geng yang saya ingin sentuh hari ini. Tetapi lebih kepada 'mangsa". Yang ditambat, dipukul dan sebagainya

Perkataan Haram

Seksyen 9 Enakmen Kawalan Dan Sekatan Pengembangan Ugama Bukan Islam 1981 telah menyenaraikan dalam Jadual (Bahagian I dan II) beberapa perkataan dan perbahasaan yang tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam. Perkataan-perkataan yang tidak boleh digunakan adalah: Allah, Qadhi, Haji, Khalifah, Firman Allah, Ilahi, Mufti, Wali, Ulama', Wahyu, Rasul, Fatwa, Hadis, Mubaligh, Imam, Iman, Ibadat, Syariat, Dakwah, Nabi, Ka'bah, Qiblat, Solat dan Sheikh . Manakala perbahasaan-perbahasan yang tidak boleh digunakan adalah: Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Walillahilhamd, Allahu Akbar, Insya Allah, Astaghfirullahalazim, Tabarakallah, Masya Allah dan Lahaulawalaquwwata illabillahilazim . Perkataan dan perbahasaan tersebut (contohnya bagi negeri Kelantan) telah diluluskan pada 1/12/1981. Seksyen 9(3) memperuntukkan bahawa orang bukan Islam yang melakukan kesalahan menggunakan perkataan dan perbahasaan itu (kecuali untuk rujukan atau petikan) boleh dikenakan denda sebanyak RM

Snippet - Pre Muktamar 2009

Setinggi tahniah dan syabas saya ucapkan kepada calon-calon kepimpinan tertinggi Dewan Pemuda PAS Pusat. Sebagaimana pegumuman pagi tadi, tiada pertandingan bagi jawatan tertinggi dewan memandangkan ada calon-calon yang menarik diri. Dan tentunya penerimaan dan penolakan terhadap pencalonan jawatan dibuat dengan hati yang penuh ikhlas dan bermatlamatkan untuk perjuangan. Sekurang-kurangnya, pemuda boleh berbangga dengan 'dasar terbuka hati' tersebut walaupun hampir setiap hari dimomokkan dengan berita, lapuran serta analisis dari pelbagai media tanah air. Yang paling menyakitkan hati saya adalah label yang dikenakan ke atas calon yang bertanding. Si anu dikatakan golongan "Erdogan" manakala si Anu lain adalah proksi "Muqabalah". Sedangkan saya percaya hampir semua analisis yang melabel tersebut ditulis oleh orang luar parti. Dan mungkin ada di kalangan mereka merupakan 'agent provocateur' yang bertujuan memecahkan perpaduan parti. Dan tentunya, tumpu

BAR's Resolution on Friday

Whereas on the night of 7 May 2009, five members of the Kuala Lumpur Legal Aid Centre, Fadiah Nadwa binti Fikri (Secretary), Murnie Hidayah binti Anuar, Puspawati binti Rosman, Ravinder Singh Dhalliwal (Chairperson) and Syuhaini binti Safwan (collectively known as the “LAC Lawyers”), in their capacity as Advocates & Solicitors, had requested the police at the Brickfields Police Station for access to the detained persons who were arrested that same night whilst holding a candlelight vigil at the same Police Station over the recent arrest of political scientist Wong Chin Huat. Whereas Article 5(3) of the Federal Constitution entrenches the fundamental right of a person to consult and be defended by the legal practitioner of his/her choice. Further, sub-sections 28A(2) to (7) of the Criminal Procedure Code (“CPC”) set out in detail the rights of arrested persons including their right to communicate and consult with a legal practitioner of their choice. Whereas the Police denied the LA

Kata-Kata Tok Guru Berkenaan Rokok

Kata-kata sebelum ini: "Orang yang hisap rokok ni macam lembu". Petikan kuliah hari ini: "Orang yang hisap rokok serupa setan". Tambahan di hujungnya "Tak reti-reti gak, tak payah mari laa....". Ehmmm..... saya setuju 100%.

Snippet : Keputusan Mahkamah Tinggi Kes Nizar

Alhamdulillah!!! Kiranya dalam ramai-ramai manusia yang bergembira dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan DS Nizar sebagai menteri besar Perak yang sah adalah saya. Saya kira walaupun perjalanan pengiystiharan tersebut masih panjang - mahkamah rayuan dan mahkamah persekutuan - tapi sebagai permulaannya keputusan tersebut adalah penyejuk hati. Masakan tidak! Apabila tercetusnya krisis perlembagaan Perak 3 bulan yang lampau, saya telah dijemput untuk berceramah atas kapasiti sebagai peguam berkenaan dengan isu tersebut. Lalu berceramahlah saya, berdasarkan kes Stephen Kalong Ningkan, dengan semangat perlembagaan Persekutuan dan Negeri Perak. Saya memberitahu khalayak bahawa MB DS Nizar masih lagi menteri besarnya. Beliau tidak meletak jawatan, DUN belum dibubarkan dan beliau juga tidak pernah di undi percaya di dalam DUN. Hiduplah saya dengan kenyataan tersebut. Sehingga kemudiannya beberapa saman difailkan dengan kenyataan yang berbagai-bagai. Ada yang pro da

Syeikh Dr. Yusuf Al Qaradhawi

"Saya hanya mempunyai satu sahaja cita-cita sebelum dipanggil Ilahi". "Saya amat teringin mahu ke Ghaza di bumi Palestin. Di sana saya ingin menemui tentera rejim Israel la'natullah, dan saya ingin sangat menembak mati mereka seramai yang mungkin". "Saya tidak takut sekiranya pesawat canggih rejim Israel datang dan mengebom saya hingga berkecai, kerana saya terlalu ingin berjumpa ALLAH dalam keadaan syahid". "Saya amat cemburu terhadap sahabat-sahabat saya Almarhum As-syahid Syeikh Hassan Al Banna, As-syahid Syeikh Yaasin, As-syahid Syeikh Ahmad Rantissi. Mereka semuanya dapat bertemu ALLAH dalam keadaan badan berkecai kerana syahid di tangan musuh-musuh ALLAH". "Moga ALLAH mengabulkan doa dan impian saya yang terakhir ini". Tidakkah ini cita-cita kita juga?

Mesyuarat Agung PAS Kawasan Pengkalan Chepa ke 37

Alhamdulillah , semalam telah berlangsung dengan jayanya Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Pengkalan Chepa kali ke 37 di Dewan Pak Nik Lah, Kompleks Purnama . Mesyuarat tersebut yang dirasmikan pembukaannya oleh YAB Dato' Seri Ir Nizar Jamaludin turut sama dihadiri oleh YB Dato' Halim Abdul Rahman, Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, saf kepimpinan serta perwakilan dan pemerhati dari 67 cawangan PAS Kawasan Pengkalan Chepa. Agenda pemilihan telah menyaksikan gabungan muka lama dan muka baru menawarkan diri sebagai calon ahli jawatankuasa PAS kawasan. Dan berdasarkan trend tersebut, 16 ahli jawatankuasa yang terpilih tersebut adalah merupakan kombinasi mantap gabungan tersebut. Ianya juga menggambarkan kehendak ahli dan pimpinan yang amat meletakkan kepentingan pengalaman golongan lama dan tenaga golongan baru sebagai asas pemilihan pada tahun ini. Nota saya: 1. Ini adalah kali pertama saya menyaksikan secara live ucapan Dato' Seri Nizar. Saya menggambarkan beliau sebagai seora

Iktiraf Israel (?) (.) (!)

1. Kadang-kadang saya tertanya-tanya; setakat mana kita dapat menerima realiti? Apakah kerana kita tidak mengiktiraf sesuatu perkara dan kita menentangnya, sedangkan perkara tersebut wujud dan aktif di sekeliling kita; atas dasar prinsip kita seakan-akan tidak mempedulikannya langsung? 2. Malah lebih teruk lagi, perkara tersebut memudaratkan kita. Dan perkara yang memudaratkan itu sentiasa menjadi bahan cemuhan kita pada setiap perhimpunan yang berkaitan. Kita sentiasa membincangkan perkara tersebut; betapa bencinya kita terhadap perkara tersebut. 3. Hakikatnya, kita tidak mengiktiraf perkara tersebut tapi ianya sentiasa bermain di tutur mulut kita. 4. Apa kata saudara? 5. Kalau saya menjadi anggota perhimpunan tadi atau mungkin sebagai pengerusi perhimpunan mungkin, soalan pertama yang akan saya ajukan kepada orang yang menimbulkannya adalah; adakah kamu mengiktiraf perkara tersebut? Kalau tidak jangan sibuk-sibuk nak bercakap tentang perkara yang kamu tidak iktiraf....buang masa saja

Cadangan Pelaksanaan Jenayah Syariah

Saya berharap agar cadangan Datuk Jamil Khir Baharom untuk meningkatkan pelaksanaan hukuman Jenayah Syariah betul-betul terjadi. Sebenarnya sudah terlalu banyak kertas kerja, cadangan, gesaan serta harapan dari berbagai pihak telah diajukan agar kerajaan berusaha ke arah itu, tapi nampaknya al-hasil balik asal. Pi Mai Pi Mai tang tu juga. Seingat saya sebelum ni, Ketua Pengarah JAKIM sendiri pernah mengesyorkan untuk meminda peruntukan '356' sebagaimana yang pernah saya ulas di sini . Tunggu punya tunggu, tidak ada apa-apa perkembangan melainkan cadangan seorang menteri baru untuk melakukan perkara yang sama.  Atau apakah ini hanya retorik untuk merasmikan sesuatu persidangan semata? Selanjutnya saya berpendapat, disamping cadangan untuk meningkatkan hukuman, ada baiknya juga sekiranya peruntukan yang ada buat pada masa sekarang ini digunakan semaksimum mungkin. Sekiranya satu-satu kesalahan memperuntukkan denda dan sebat sebagai hukuman, maka denda dan sebatlah dikenakan. Buk

Snippet Hari Rabu

Ada dua perkara yang saya ingin ulas hari ini: 1. Betapa tidak terbukanya diplomat-diplomat Barat yang keluar dewan semasa Presiden Iran Ahmadenejad sedang menyampaikan ucapan di Persidangan Anti Perkauman anjuran PBB semalam. Saya menyangka 'barat' amat terbuka dalam menerima pendapat dan bersedia untuk membuat ucapan balas. Tapi sangkaan saya meleset kerana nampaknya mereka tidak bersedia dengan hujah. 2. Saya semakin meluat dengan teknik lapuran media sekarang yang tidak mempedulikan maruah dan aib orang. Bagi saya laporan berkenaan dengan isu rumahtangga tidak sepatutnya diperincikan sebegitu rupa sehingga menjejaskan maruah pihak-pihak yang terlibat. Biarkan verbetim terperinci sebegitu menjadi rekod mahkamah. Saya percaya pihak-pihak yang terlibat masih mempunyai keluarga; ayah, ibu adik beradik yang sepatutnya dipelihara maruah mereka bersama.

Tahniah Untuk Ummi

kerana memenangi jawatan Pengerusi Tetap Dewan Muslimat PAS Kawasan Pengkalan Chepa hari ini. Ini adalah penggal kedua Ummi menjawat jawatan tersebut. Sebetulnya Ummi amat sibuk kebelakangan ini. Sejak balik dari Mekah akhir tahun lepas hingga ke tarikh ini sibuk Ummi masih tidakberkurang. Setiap hari pukul enam baru sampai di rumah sedangkan masa rasmi pejabat pukul 4.45 petang. Kadang-kadang sampai 5 mesyuarat terpaksa dihadiri dalam satu hari. Belum di kira fail-fail yang terpaksa dibawa balik ke rumah. Dua hari lepas, Setiausaha Dewan Muslimat PAS Kawasan Pengkalan Chepa menghubungi Ummi. Bertanyakan kesanggupan menerima pencalonan untuk bertanding sebagai ahli jawatankuasa. Ada sentimen dari pimpinan untuk Ummi masuk ke dalam jawatankuasa. Saya tidak menghalang, tapi saya bimbang Ummi tidak berdaya untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut. Saya lebih memilih jika Ummi hanya kekal sebagai Pengerusi Tetap. Ummi akur. Dan jawatan Pengerusi Tetap itu kekal miliknya untuk sepenggal la

PAS For All

Saya percaya dengan sesungguhnya Parti Islam Semalaysia (PAS) sedang memasuki kerangka baru politik Malaysia. Dengan slogan PAS For All / PAS Untuk semua; PAS mengajak kesemua lapisan masyarakat negara ini untuk bersama PAS. PAS bukan lagi untuk golongan lebai, ustaz dan tuan guru semata. Ataupun untuk pemuda-pemuda yang secara lahiriahnya berpendidikan sekular tetapi lantaran suka kepada PAS terpaksa meniru perwatakan ustaz, tok lebai dan tuan guru. Sejak kebelakangan ini, tidak pelik melihat orang PAS yang mula memakai topi menggantikan kopiah, atau seluar jeans menggantikan kain. Malah kalau lebih ekstrem lagi hidangan halwa telingan bukan lagi nasyid atau alunan zikir semata. Amy Search; Renggo Arrow pun sudah mula dijemput ke majlis anjuran PAS. Memang sejak dari dulu, saya tidak melihat isu-isu itu sebagai 'kemungkaran'. Lagu-lagu pop, keroncong, rock, nasyid dan sebagainya sentiasa menjadi halwa telinga saya, sejak kecil. Pendek kata kalau nak bertanding dalam "Jang

Snippet Hari Sabtu

Sudah agak lama saya tidak mempunyai masa 'lenang'. Kebetulan sejak beberapa minggu kebelakangan terlalu banyak program luar. Piihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang, urusan pejabat menyebabkan saya tidak mempunyai masa untuk diri sendiri. Dalam masa 3 minggu terakhir saya hanya berjaya menghabiskan 1 buah novel Jafrey Archer sahaja, itupun mengambil masa teruang sementara menunggu lampu isyarat merah bertukar hijau ataupun ketika jalan agak sesak. Hari ini (ketika ini sebenarnya) saya agak 'lenang'. Pagi tadi selepas hantar Ummi dan anak-anak ke Pesta Sukan Sri Aman di Padang Sekolah Zainab saya kemudiannya ke Himpunan Belia Sempena Jubli Perak Pemuda PAS Kelantan di Dataran Stadium. Program akan dirasmikan sebentar lagi oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz. Kalau ikutkan hati, saya sepatutnya bersama anak-anak di pesta sukan. Baru sebentar tadi Ummi melalui telefon maklumkan bahawa Madhi baru saja menang 50 meter berganti-ganti. Dan ada beberapa acara lagi akan dis

2789; Dan Rakyat Memberi Restu

Saya berbangga menjadi sebahagian dari sejarah yang tercipta di Bukit Gantang semalam. Kira-kira 30 orang peguam dari serata negeri bergabung sebagai pasukan membantu sepanjang tempoh kempen. Komitmen yang diberikan cukup tinggi walaupun ada yang kali pertama bertugas. Sesungguhnya pengalaman itu amat berharga dan satu dari pengalaman itu ada tercatat di sini , di sini di sini , di sini , di sini , dan sini (empat yang terakhir terjemah/baca sendiri, saya tak reti). * Gambar kenangan sebelum YB Nizar ke Dewan Perbandaran Taiping untuk pengisytiharan rasmi keputusan pilihanraya kecil Bukit Gantang. Yang lain-lain akan dimasukkan nanti.

Selamat Masuk Pejabat Dato' Seri Najib

Samada saya suka ataupun tidak, sudah termaktub dalam sejarah bahawa saya menerima seorang perdana menteri baru semalam. Dengan bersumpahnya YAB Dato' Seri Najb Tun Razak untuk memegang jawatan tersebut maka bertambahlah seorang lagi perdana menteri dalam hidup saya. Ia...beliau adalah perdana menteri saya...dan juga perdana menteri seluruh rakyat Malaysia. Soal samada saya suka atau tidak..ataupun samada anda menyokong atau menentang...dan juga samada tahap integritinya diragui, beliau sememangnya perdana menteri Malaysia yang ke enam. Cuma satu hakikat lain yang perlu dijelaskan juga...bahawa beliau bukan presiden parti saya...yang akan saya tentang dari sudut itu. Maka sebagai perdana menteri, saya amat berharap agar beliau benar-benar bertindak sebagai perdana menteri Malaysia dan bukannya sebagai presiden UMNO. Tindakan beliau bukan sekadar harus berkisar tentang penarikan balik larangan penerbitan 2 akhbar ataupun membebaskan 13 orang tahanan ISA sahaja tetapi lebih dari itu.

Tahniah Dato' Nik Amar

Saya sekeluarga mengucapkan tahniah kepada YDP kami Ustaz Nik Mohd Amar yang dikurniakan anugerah Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D.J.M.K) yang membawa gelaran Dato'. Anugerah itu dikurniakan sempena ulangtahun keputeraan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra kali ke-59 yang diadakan di Balai Besar.

Adakah kerana Mereka Negara Islam?

1. Selain dari peristiwa-peristiwa dalam negeri yang berlaku seminggu dua ini, peristiwa-peristiwa luar negara juga tidak kurang hebatnya. Antaranya adalah pergaduhan yang tidak pernah reda di Pakistan dan juga isu waran tangkap ke atas Presiden Sudan oleh ICJ. 2. Pergolakan terbaru di Pakistan adalah ekoran hukuman penjara-kediaman-terhad terhadap Nawas Syarif 25 Febuari lepas. Beliau dan peyokongnya membantah hukuman tersebu. 3. Tahu-tahulah saja kalau rakyat Pakistan membantah sesuatu perkara!!! Bukan setakat batu malah bom juga dilontar-lontar. 4. Sedangkan isu yang sebenar iaitu keganasan, kemiskinan dan ketidakstabilan politik seakan tidak dipedulikan oleh pemimpin. Atau lambat bertindak. Janji pilihanraya Presiden untuk mengembalikan jawatan ketua hakim negara juga belum dilaksanakan sedangkan sebulan sudah berlalu. 5. Dalam negara yang sebegitu sensitif macam-macam boleh berlaku. Mungkin juga dicetuskan oleh negara jiran yang cuba bermusuh!!!? 6. Tidak dapat tidak kehidupan rak

Tahniah Nik Nomadiha 20A SPM 2008

Tahniah saya ucapkan kepada Nik Normadiha Nik Mohamad Kamal pelajar Maahad Muhammadi Perempuan yang menerima keputusan SPMnya pagi ini. Dengan keputusan 20A (19A1 1A2) tersebut, saya percaya beliau adalah antara pelajar terbaik seluruh Malaysia (atau mungkin yang terbaik?). Kejayaan tersebut membuktikan satu perkara iaitu "Man jadda wajada" - Siapa berusaha akan mendapat hasilnya-. Tidak kira siapa kamu, sebanyak mana harta kamu atau keturunan mana kamu. Yang penting adalah berusaha dan bertawakal kepada Allah. Cuma jika boleh saya panjangkan sedikit...di hadapan nanti cabaran yang lebih besar bakal menjelma. Lebihkan usaha. Dan juga lebihkan tawakal. Insya Allah selamat.

Maulidur Rasul 1430

Selamat menyambut Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam. Sesungguhnya kedatangan Rasulullah SAW telah membawa rahmat ke seluruh alam ini. Dan bersempena dengan Hari Wanita Antarabangsa semalam. Ketahuilah bahawa kedatangan Islam telah mengubah persepsi masyarakat dunia jahiliah secara total terhadap kedudukan wanita. Bukankah kamu dari penghinaan kemudiannya dimuliakan oleh Islam. Dan bukankah Rasulullah memuliakan kamu tiga kali ganda dari lelaki. Serta meletakkan tanggungjawab kamu sama seperti lelaki. Oh!!!! Alangkah tidak bersyukurnya manusia.

Poligami Dan Harta Sepencarian

Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2002 (Negeri Kelantan) Seksyen 23 (10) -Poligami Tiap-tiap Mahkamah yang memberi kebenaran atau memerintahkan supaya perkahwinan itu didaftarkan di bawah seksyen ini, hendaklah mempunyai kuasa atas permohonan mana-mana pihak kepada perkahwinan - (a) ... (b) untuk memerintahkan supaya apa-apa aset yang telah diperolehi oleh pihak-pihak itu dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama mereka dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagikan. 1. Secara ringkasnya seksyen ini menerangkan berkenaan dengan harta sepencarian. Di mana mahkamah yang mendengar permohonan poligami oleh suami mempunyai kuasa (atas permintaan pihak-pihak) untuk membuat perintah bahawa segala harta sepencarian terlebih dahulu dibahagi antara suami dan isteri berkenaan. Maksudnya perintah terhadap harta sepencarian tersebut boleh dibuat serentak dengan kebenaran untuk berpoligami terhadap suami. 2. Tujuannya adalah untuk menjaga maslahat

2 Tahun Majdi

Semalam 1 Mac 2009, Nik Ahmad Majdi cukup umur 2 tahun. Tidak ada majlis hari jadi; meniup lilin dan nyanyian ulang tahun untuk merayakannya, sebagaimana tradisi untuk kakak-kakak dan abangnya sebelum ini. Cuma kerana kebetulan ayah dan ummi ada masa - Ummi menggoreng meehun dan ayah rasa nak makan cheese cake - dapatlah merasa sedikit seorang. 2 tahun adalah waktu yang singkat sahaja. Mengikut syariat, 2 tahun adalah sekurang-kurangnya waktu anak-anak menyusui ibu. Wajib seorang ayah menyediakan nafkah untuk susu itu; samada dari tubuh ibunya, upah ataupun susu tin. Jelasnya, syariat meletakkan tanggungjawab itu ke atas si ayah walaupun jagaan anak berada di tangan ibu. Mungkin saudara merasa pelik dengan catatan saya kali ini. Masakan seorang ayah akan mengabaikan tanggungjawab itu...sedemikian rupa... ? Hakikatnya, tuntutan nafkah anaklah antara tuntutan yang paling banyak di mahkamah syariah di seluruh negara selepas berlakunya perceraian. Ramai yang beranggapan apabila putus hubun

"See You In Court!!"

...Demikianlah buat kesekian kalinya ucapan terakhir yang selalu saya ucapkan kepada pelajar-pelajar kursus Psikologi Forensik USM; pada kelas terakhir mereka. Setelah 10 jam perbincangan berkaitan undang-undang dan tatacara keterangan di mahkamah serta peraturan berkaitan dengannya, saya percaya pelajar-pelajar tersebut sudah bersedia untuk hadir ke mahkamah. Sebenarnya agak sukar, sebagaimana yang saya tulis sebelum ini; berbincang undang-undang dengan orang yang tidak mendapat latihan khusus dalam bidang ini. Apatahlagi sekiranya perbincangan berkait rapat dengan tatacara serta prosedur di mahkamah. Soalan yang sering diutarakan selalunya "apa rasional undang-undang sedemikian rupa"? Sedangkan itulah rupanya undang-undang yang digubal dan diterima pakai di mahkamah. Hendak tidak hendak, ianya mesti diikuti. Samada suka atau tidak. Kehadiran di mahkamah misalnya, adalah sesuatu yang taboo bagi sesetengah orang. Bahkan ada sebahagian peguam (rakan saya semestinya)yang kali t

Law & Society

Antara matapelajaran di universiti yang melekat dalam benak saya sehingga sekarang adalah Law & Society. Entah kenapa saya begitu teruja dengan subjek tersebut. Mungkin kerana pengajarnya; Datuk Nik Abdul Rashid yang pandai mengajar atau kerana ia adalah satu-satunya subjek yang tidak perlu membaca buku teks? Wallahu a'lam. Tapi hakikatnya dalam setiap kesempatan yang saya ada, gagasan me'rakyat'kan undang-undang sentiasa menjadi agenda saya. Misalnya dalam kelas Psikologi Forensik USM; semenjak lima tahun lepas, syarahan saya sentiasa berkisar dalam gagasan tersebut. Begitu juga dalam jemputan untuk menyampaikan syarahan berkenaan dengan undang-undang kepada massa; selain isi syarahan yang menyentuh topik yang diberikan, tumpuan saya adalah bagaimana untuk menjadikan subjek undang-undang itu dapat dihayati dengan mudah hatta oleh makcik-makcik di kampung. Saya sedar, subjek undang-undang agak susah untuk dibincangkan dengan massa. Ada sahaja cabarannya. Syarahan yang s

Snippet - Untuk Adik-Adik Peguam Pelatih

Antara tanggungjawab saya sebagai Ahli Jawatankuasa Peguam Negeri Kelantan adalah menerima kunjungan hormat dari peguam pelatih. Bertujuan untuk memperkenal diri serta mendapat beberapa nasihat awal dari peguam senior, kadangkala ianya juga dapat memberi gambaran awal calon-calon yang boleh ditimbang untuk pekerjaan. Kerana itulah, walaupun kunjungan hormat tersebut adalah dalam keadaan santai dan tidak formal ia harus digunakan sepenuhnya oleh peguam pelatih tersebut untuk menjual dirinya kepada bakal majikan. Janganlah kerana diwajibkan, kunjungan hormat itu seolah-olah menjadi satu beban yang teramat berat. Sekurang-kurang tunjukkan muka yang ikhlas walaupun terpaksa berlakun. Saya nyatakan hal ini, kerana itulah reliti yang terjadi. Dalam 5 kunjungan yang saya terima, sekurang-kurangnya 2 kunjungan seperti tidak 'ikhlas'. Dan ianya boleh memberi gambaran awal yang tidak elok (kepada saya). Saya juga selalu memberi gambaran bahawa tempoh sembilan bulan sebagai peguam pelatih

Jangan Terlalu Bersedih untuk Perak...

Dengan demikian, apa yang telah berlaku seharusnya dijadikan pengajaran. Allah telah mentakdirkan segalanya. Dan semestinya hikmah yang besar Allah sediakan. Dan sabagai orang Islam yang percaya dengan ketentuan itu; percayalah bahawa Allah berkuasa atas segalanya. Janganlah terlalu bersedih dan berdukacita, sehinggakan matlamat perjuangan tergelincir. Ingatlah!!! Baginda Nabi Muhammad SAW pernah diambil dari sisinya isteri dan penolong kesayangannya Khadijah RA; bapa saudara dan kecintaannya Abu Talib ketika saat-saat kesedihannya memuncak. Perjuangan untuk menegakkan Islam mesti diteruskan. Lantaran Nabi SAW sendiri tidak terhenti dengan kewafatan serta kematian dua orang kesayangan. Nescaya perjuangan Islam tidak meninggalkan apa pun kecuali kejayaan. Begitu juga dalam kesedihan, meratapi kehilangan tapak perjuangan itu; telah ada sebelum ini contoh lebih besar. Betapa Sultan Abdul Hamid dari kerajaan Islam Othmaniah lebih rela dibunuh dari menyerahkan bumi Islam tercarik. Percayala

Doa Kami...

Ya Allah, Tunjukkan kami jalan yang lurus. Jalan Yang engkau kehendaki. Jalan orang-orang yang terdahulu yang engkau redhai. Selesaikan kemelut politik ini. Jauhkan dari kami golongan yang menyusahkan masyarakat. Golongan yang bertindak atas kepentingan sendiri. Engkaulah tuhan yang mengampun segala dosa dan Engkaulah tempat pengaduan bagi kami. Amin.

Snippet - A. Kugan

1. Barangkali undang-undang yang paling diperlukan oleh keluarga mendiang A. Kugan sekarang adalah Qisas. 2. Undang-undang sekarang (penal code) hanya memperuntukkan kerajaan yang melaksanakan hukuman balas. Tapi Qisas memberi peluang kepada keluarga mendiang samada maaf ataupun balas ataupun maaf dengan gantirugi. Kerajaan tetap berhak mengenakan takzir kemudiannya. 3. Sebagaimana prinsip 'tidak bersalah sehingga dibukti bersalah' terhadap sebelas orang anggota polis yang dipindahkan ke Bukit Aman, maka begitulah juga prinsip ini terpakai ke atas A. Kugan. 4. Kenyataan Menteri Dalam Negeri " Jangan layan penjenayah macam hero ", bertentangan dengan prinsip tersebut. Penjenayah hanya ditujukan kepada mereka yang didapati bersalah oleh mahkamah. 5. Isunya sekarang bukan soal jenayah atau tidak. Isunya adalah tentang tatacara penyiasatan oleh pihak berkuasa. 6. Lebih 1500 orang meninggal dalam lokap sepanjang 3 tahun adalah jumlah yang terlalu ramai. Sekalipun satu oran

WE WILL NOT GO DOWN

A blinding flash of white light Lit up the sky over Gaza tonight People running for cover Not knowing whether theyre dead or alive They came with their tanks and their planes With ravaging fiery flames And nothing remains Just a voice rising up in the smoky haze We will not go down In the night, without a fight You can burn up our mosques and our homes and our schools But our spirit will never die We will not go down In Gaza tonight Women and children alike Murdered and massacred night after night While the so-called leaders of countries afar Debated on whos wrong or right But their powerless words were in vain And the bombs fell down like acid rain But through the tears and the blood and the pain You can still hear that voice through the smoky haze We will not go down In the night, without a fight You can burn up our mosques and our homes and our schools But our spirit will never die We will not go down In Gaza tonight

Dilema Boikot Saya

Saya sudah tidak lagi mengunjungi KFC, Mc Donald dan Pizza Hut. Minuman Milo, Nescaffe dan barangan berjenama Nesttle tidak lagi menjadi pilihan saya. Tesco tempat kami sekeluarga membeli belah sebulan sekalipun tidak dikunjungi lagi. Manakala barang-barang boikot lain, memang dari dulu tidak dipakai. Tapi sampai bila????? Tengok Coca-cola, Pepsi dan Ice Cream, bagai nak bergaduh dengan anak-anak. Itu belum lagi dilema semasa memilih susu Majdi. Pendekkata; hidup kita selama ini berlegar di sekitar barangan Amerika. Barangan makanan, minuman, pakaian, tempat lepak, tak termasuk artis dari Amerika. Jadi sekali lagi....sampai bila? Nasib baik, rokok tidak pernah menjadi isu. Kalau tidak jenuh nak gulung daun nipah. Walaupun kadang-kadang dalam sehari mesti terbau juga asap yang paling saya benci itu. Alternatifnya ada. Saya boleh minum Raddix, makan burger Ramly tepi jalan, air sirap. Tapi sampai bila? Anak-anak yang dari kecil membesar dengan jenama Amerika; bagai tak sampai hati saya m

2631...

dan kami dari Lujnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia DPPNK berbangga menjadi sebahagian dari sejarah tersebut. Tahniah PAS. Tahniah Pakatan Rakyat. Tahniah rakyat Malaysia.

Teks Ucapan Dato' Presiden

di Parlimen menyokong Usul Gaza. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat dan seluruh yang hadir. Pertama saya mengucapkan syabas kerana sidang khas yang diadakan pada petang ini walaupun kita sedang bertanding di Kuala Terengganu, tetapi kita bersatu di sini. Pada hari penamaan calon saya bermukabalah dengan Yang Berhormat Jelebu, Menteri Luar berbincang betapa perlunya kita mengadakan pendirian yang bersama kerana masalah ini masalah kemanusiaan dan masalah kebinatangan. Berlakunya tindakan-tindakan yang di luar perikemanusiaan, pembunuhan yang kejam tanpa batas terhadap kanak-kanak, orang tua, orang awam yang uzur yang tidak terlibat dengan apa-apa kesalahan dan tidak boleh ambil apa tindakan yang sepatutnya. Bahkan dalam kajian haiwan ada binatang yang bersimpati kepada yang kecil dan yang tua. Tindakan yang berlaku di Gaza adalah satu tindakan yang sangat melampau dan tidak boleh diizinkan oleh masyarakat antarabang