23.7.09

Hati-Hati Dr. Lo' Lo' Dan Sharizat

Saya menyambut baik ketegasan hakim-hakim Syar'i Negeri Pahang yang nampaknya mendahului rakan-rakan sejawat mereka seluruh negara dalam menjatuhkan hukuman. Kalau sebelum ini negeri Pahang telah mendahului dalam pendakwaan satu kes di bawah Enakmen Pengawalan Pengembangan Ugama Bukan Islam; nampaknya kali ini mereka akan mencatat sejarah sebagai negeri pertama yang menjalankan hukuman sebat ke atas pesalah wanita.

Kartika Sari Dewi Shukarno bersedia menerima hukuman tersebut di mana beliau tidak berhasrat untuk merayu terhadap hukuman. Walaupun hukumannya adalah sekadar enam sebatan dan jauh bilangannya dari sebatan syara', saya berpendapat ianya lebih baik dari tiada langsung. Dan sebagaimana yang pernah saya tuliskan sebelum daripada ini, sekurang-kurangnya hakim syar'ei dapat berlatih untuk memikul tanggungjawab yang lebih besar dari segi perundangan syara'.

Cumanya saya sedikit terkesan dengan kenyataan Datuk Seri Sharizat dan Dr. Lo' Lo' yang saya faham dari muka surat 33 Berita Harian hari ini yang seakan mempertikai peruntukan undang-undang sebat. Walaupun pada asasnya kenyataan mereka adalah untuk membela kaum wanita tetapi proses hukuman itu adalah proses sah sebuah mahkamah yang diiktiraf. Sebarang pertikaian adalah melalui proses rayuan atau semakan. Dan dalam kes ini Kartika Dewi telah menarik balik rayuannya dan juga tidak ada berita yang menunjukkan proses semakan kehakiman telah difailkan.

Sebagai penggubal undang-undang Datuk Seri dan Dr Lo' Lo' tidak seharusnya mempertikai hak hakim untuk menjatuhkan hukuman mengikut sebagaimana peruntukan. Tugas penggubal adalah untuk melihat kesesuaian undang-undang samada perlu diperketat atau dilonggar.

Itu sahaja.

Dan melihat kepada peruntukan undang-undang sendiri, hukuman sebat di mahkamah syariah jauh lebih mendidik dari seksaan di mahkamah bukan syariah. Saya tidak dapat mengulas bentuk hukumannya di Pahang, tetapi mengikut seksyen 125 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Negeri Kelantan 2002 "alat sebatan, tidak termasuk pemegangnya, hendaklah daripada jenis yang sama dan dibuat samada daripada rotan atau ranting kecil pokok yang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebalnya tidak melebihi 1.25 sentimeter".

Peruntukan selanjutnya dalam subseksyen 3 menyatakan perotan hendaklah menggunakan alat sebatan dengan kekuatan yang sederhana tanpa mengangkat tangannya melebihi kepalanya supaya tidak melukakan kulit pesalah. Dan bagi pesalah perempuan dilakukan dalam keadaan dia duduk.

Bagi saya ianya tidak lebih sebagaimana hukuman rotan yang saya terima dari ayah semasa kecil-kecil dulu. Bukan untuk mendatangkan cedera tetapi lebih untuk mendidik.

Mungkin agaknya dua orang tokoh wanita kita ini terpengaruh dengan cerita Semerah Padi? Saya pun kecil-kecil dulu terpengaruh juga.....!!!

6 comments:

loyarberjurus said...

Pok nik, ulasan yang tepat. peruntukan itu sudah sedia wujud, kenapa tidak dikomplen selama ini? Apabila ada hakim yang melaksanakan peruntukan itu dengan budibicara beliau maka baru timbul isu ketidakdilan, harsh punishment dsb. Please bark at the right tree.

ROHAN said...

Pok Nik, dalam Harakah terbaru, Dr Lo Lo menjelaskan stand dia...

Nik Bahrum Bin Nik Abdullah said...

Infact dalam blog dia pun.

After thought?

Mohd. Abd. Rashid Bin Yah al-Kubrawiy said...

itulah masalahnya jika tidak faham tentang syariat Islam. Asyik mudah nak komen sahaja. asal boleh cakap, terus je nak cakap. tak fikir dulu pakai main redah je...

Hanun said...

Kiranya Dr. lo'lo' dalam kenyataan awalnya pun mcm Shahrizat la eh?

ustazah-engineer said...

dr. lolo' sudah pun membetulkan kenyataan dia.

kenyataan asalnya telah diputar belitkan oleh wartawan malaymail.

biasalah, warta arus perdana byk yg putar belit...

boleh ke blog dr lolo utk ketahui ulasan sbnrny...

hati-hati juga buat blogger dlm mewartakan berita...ramai blogger yg lebih awal melenting...

Blog Widget by LinkWithin