Skip to main content

Nikah Batin

Nikah adalah upacara agama. Ianya adalah sesuatu yang amat suci. Ia adalah permulaan untuk membentuk sebuah keluarga yang sempurna; ayah, ibu dan anak-anak. Lebih besar lagi, persemendaan hasil dari perkahwinan yang sah menjadi asas kepada wujudnya sebuah masyarakat yang berfungsi.

Setiap ajaran agama di dunia - lebih-lebih lagi Islam - amat menitikberatkan soal nikah. Tidak cukup dengan pendaftaran sibil, pasangan dinikahkan juga mengikut tradisi masing-masing. Pasangan yang melanggar norma ini, dipandang jelek oleh masyarakat hatta oleh masyarakat barat yang terkenal dengan kemajuan kebendaan.

Tapi hari ini, saya dikejutkan dengan berita ini - Nikah Batin - !!! Jika sebelum ini hanya pemberitaan khabar angin tentang nikah batin oleh beberapa ajaran tarikat sesat, tetapi hari ini sudah sampai di mahkamah; bertujuan untuk mengesahkan nikah tersebut.

Ringkas sungguh nikahnya. Tidak perlu wali, jurunikah. Hanya bersaksi Allah sahaja.

Saya tercari-cari juga dalam kitab-kitab muktabar berkenaan hukum hakam nikah. Saya membelek semula enakmen-enakmen yang ada. Sepatahpun tidak disebut berkenaan nikah batin. Atau saya yang alpa dalam mencari? Cuma adalah segolongan yang menyandar kisah pernikahan antara Nabi Adam dan Bonda Siti Hawa.

Nikah batinkah itu? Minta dijauhkan Allah anggapan begitu dari umat Islam yang waras.

Saya percaya nikah batin ini muncul dalam masyarakat penganut Islam terpengaruh dengan ajaran tarikat sesat dari guru-guru ajaran tarikat palsu. Biasanya, nikah batin dihubungkaitkan dengan makam kasyaf guru tarikat sesat itu yang kononnya mendapat ilham rabbani. Kononnya seseorang perempuan muridnya telah dikahwinkan oleh Tuhan dengannya.

Nikah batin ini lebih sesat dari nikah mutaah. Jika nikah mutaah pernah dibenarkan dalam Islam yang kemudiannya dimansuhkan oleh Nabi s.a.w., sebaliknya nikah batin tiada sebarang hujah dalam Islam.


Ianya adalah zina mengikut Islam, dan sepatutnya disiasat di bawah Enekmen Jenayah Syariah.

Comments

aried said…
Assalamaualaikum...
Aried ingin bertanya pendapat kalian semua..
Aried ada seorang sahabat yg ckp baik. Namun die telah ditemukan dengan seorang perempuan yg sgt cntik(ttpi dtlah berkenalan agak lame, tlah jlas diketahui yg prmpuan ni tlh pernah trlnjur).

Stlah di nshti, prmpuan ini tlh brjnji akan brbah dan mhukan kwan aried ini tdur bersmanya buat kali terakhir dan brjnji tidak akan mlkukannya lagi...

Jdi, kwn aried dgn serba slh pergi jga kerumah prmpuan itu...
"dengan niat spya prmpuan itu tidak trlnjur lagi"...

wlpun mrka tidak mlkukan apa2 dan hnya tidur bersma, kta semua thu yg ianya ttp slah....

Sepatutnya, apa yg perlu dilakukan jika kta berada di tmpat nya...
muarra said…
wah apakah benar nikah batin seperti itu, jika benar bahaya sekali dan hal seprti itu sebenarnya sudah lama terjadi di indonesia namun menjadi rahasia sesama kelompok jadinya tidak tersebar kabarnya,, ane jadi bngung ne,,,
Othman Draman said…
Besnis produk kesihatan myherb2u
Goji, tricajus, susu kambing, mlm call +60192311900
http://www.healthbuilders.com.my/
othmandraman@yahoo.com
http://othmandraman.blogspot.com/?m=1
http://www.dnaglobal2u.com/
http://www.iphytoscience.com/
http://www.drtina.mynucerity.biz/indexi.php
https://www.google.com/#fp=eccba6f7b5b00530&q=myherb2u
https://www.google.com/search?q=myherb2u&filter=0&bav=on.2%2Cor.r_cp.r_qf.&bvm=bv.50952593%2Cd.bmk%2Cpv.xjs.s.en_US.epv7Gxs5zsU.O&biw=1366&bih=667&um=1&ie=UTF-8&hl=en&tbm=isch&source=og&sa=N&tab=wi&ei=JrwTUt6VB4K4rAeI-YHQDA
Kedai P01 pasar majlis sek16 shah alam, selangor, malaysia
Rakan niaga/penyewa/pekerja diperlukan
Kursus motivasi besnis disediakan
Stokis/pegedar diperlukan
Pakej melancong Kelantan/Selatan Thailand disediakan
Rumah dijual diSubang Suria,Shah Alam
Kelas mengaji Al Quran disediakan
Welcome to Health Builders (M) Sdn.
www.healthbuilders.com.my
Syarikat jualan langsung unggul yang membawa kepada anda satu kerjaya … untuk terus berjaya. Nikmatilah kehebatan rangkaian produk dan keistimewaan pelan pemasaran kami untuk kehidupan yang lebih bermakna.
Nikah bathin sebenarnya terjadi ketika akan dilaksanakannya ijab qabul pernikahan. Tepatnya ketika mempelai laki-laki mengikuti kata2 wali/penghulu yaitu saat mengucapkan dua kalimat syahadat. Disinilah proses nikah bathin terjadi. Jadi nikah bathin bukanlah suatu pernikahan yg terpisah dengan nikah yang sebenarnya.

Popular posts from this blog

Kronologi Pemecatan Tun Salleh Abbas

• Tun Salleh Abbas di lantik sebagai Peguamcara Negara pada tahun 1963. • Semasa berumur 50, beliau dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan. • Ketua Hakim Negara Tun Suffian Hashim bersara pada tahun 1982 and beliau telah digantikan oleh Raja Azlan Shah. Raja Azlan kemudiannya dilantik sebagai Sultan Perak dua tahun kemudia. Tun Salleh kemudiannya dilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada tahun 1984. • In 1987, pemilihan Agung Umno telah dijalankandan Tengku Razaleigh Hamzah telah mencabar Presiden Umno /Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad (sekarang Tun) sebagai Presiden. Beliau dijangkakan akan memenangi pertandingan tersebut. Begaimanapun, Dr Mahathir telah menang dan mengekalkan jawatan tersebut. • Kalangan penyokong Tengku Razaleigh tidak berpuas hati dengan kekalahan tersebut. Mereka membawanya ke Mahkamah untuk mendapatkan perintah bagi pemilihan semula. • Pada masa yang sama, Tun Salleh telah menegaskan dalam satu kenyataan umum berkenaan dengan hasrat untuk m...

Catatan Terakhir Sebelum Berangkat

Saya kira entri ini adalah yang terakhir sebelum menjelangnya tahun baru. Saya mohon untuk mengundurkan diri barang seketika dari dunia siber. Mohon diberi kekuatan untuk menyahut seruan Nabi Ibrahim a.s. Jika saudara pernah membaca catatan saya bertarikh 1.1.2008 dahulu, tentu saudara faham maksud saya. Alhamdulillah dan Insya Allah, saya dan Ummi adalah antara 27,000 rakyat Malaysia yang di beri kouta untuk mengerjakan Haji musim 1429 hijrah ini. Kami akan bertolak ke sana pada 8 November dan dijadulkan balik semula pada 24 Disember 2008. Antara takut dan harap. Itulah perasaan saya ketika ini. Takut; apakah penyerahan diri ini akan diterima Allah, dan harap; semoga dikurniakan haji yang mabrur. Dan tentunya doa dari kalian saya tagih sebagai penambah bekalan ke sana. Esok, saya dan Ummi akan mula bercuti dari kerja-kerja pejabat. Hasratnya selain menyiapkan bekalan fizikal adalah untuk berkunjung ke rumah saudara-mara yang keuzuran, bertemu mata; entah-entah kali terakhir (samada m...