10.12.09
Nikah Batin
Setiap ajaran agama di dunia - lebih-lebih lagi Islam - amat menitikberatkan soal nikah. Tidak cukup dengan pendaftaran sibil, pasangan dinikahkan juga mengikut tradisi masing-masing. Pasangan yang melanggar norma ini, dipandang jelek oleh masyarakat hatta oleh masyarakat barat yang terkenal dengan kemajuan kebendaan.
Tapi hari ini, saya dikejutkan dengan berita ini - Nikah Batin - !!! Jika sebelum ini hanya pemberitaan khabar angin tentang nikah batin oleh beberapa ajaran tarikat sesat, tetapi hari ini sudah sampai di mahkamah; bertujuan untuk mengesahkan nikah tersebut.
Ringkas sungguh nikahnya. Tidak perlu wali, jurunikah. Hanya bersaksi Allah sahaja.
Saya tercari-cari juga dalam kitab-kitab muktabar berkenaan hukum hakam nikah. Saya membelek semula enakmen-enakmen yang ada. Sepatahpun tidak disebut berkenaan nikah batin. Atau saya yang alpa dalam mencari? Cuma adalah segolongan yang menyandar kisah pernikahan antara Nabi Adam dan Bonda Siti Hawa.
Nikah batinkah itu? Minta dijauhkan Allah anggapan begitu dari umat Islam yang waras.
Saya percaya nikah batin ini muncul dalam masyarakat penganut Islam terpengaruh dengan ajaran tarikat sesat dari guru-guru ajaran tarikat palsu. Biasanya, nikah batin dihubungkaitkan dengan makam kasyaf guru tarikat sesat itu yang kononnya mendapat ilham rabbani. Kononnya seseorang perempuan muridnya telah dikahwinkan oleh Tuhan dengannya.
Nikah batin ini lebih sesat dari nikah mutaah. Jika nikah mutaah pernah dibenarkan dalam Islam yang kemudiannya dimansuhkan oleh Nabi s.a.w., sebaliknya nikah batin tiada sebarang hujah dalam Islam.
Ianya adalah zina mengikut Islam, dan sepatutnya disiasat di bawah Enekmen Jenayah Syariah.
26.8.09
Minta Maaf Sebagai Jalan Pertama
Saya katakan begini kerana saya percaya dengan sepenuh hati kebolehan syariat Islam mengawal kemaslahatan rakyat. Bagi saya Syariat Islam yang diturunkan Allah adalah untuk menjaga sekurang-kurangnya lima kemaslahatan umat; agama, nyawa, kemulian, keturunan dan harta. Dalam menjaga kemaslahatan tersebut, disamping tarbiah yang berbentuk pengajaran, Nabi Muhammad SAW juga mentarbiah ummat secara hukuman.
Samada pengajaran atau hukuman dijadikan cara pertama atau yang terakhir, apa yang penting juga adalah tanggungjawan pihak berkuasa untuk 'sadd azzaraaig', iaitu proses mencegah daripada berluasanya perkara yang tidak elok.
Lantara itulah dalam tulisan-tulisan saya sebelum ini saya amat memandang baik terhadap hukuman sebat yang telah dijatuhkan terhadap Puan Kartika tempoh hari. Saya juga telah menulis sokongan saya terhadap cadangan untuk meminda peruntukan '356' dan saya juga pernah menulis meminta hakim-hakim syari'e memaksimumkan hukuman berdasarkan peruntukan.
Kenapa? Kerana saya melihat peruntukan undang-undang yang ada tidak memadai dalam memberi kesedaran (tarbiah) kepada rakyat. Dan saya juga berpegang dengan "sesuatu yang tidak boleh diperolehi semuanya, janganlah ditinggalkan semuanya'.
Tiba-tiba apa yang berlaku dalam kes Puan Kartika ini sungguh mengecewakan saya. Dalam keadaan beliau yang sungguh redha menerima hukuman, beliau di susahkan. Bukan hanya sekadar terpaksa menunggu setahun dari tarikh ditangkap untuk dijatuhkan hukuman. Beliau kini terpaksa menunggu pula - entah berapa lama lagi - sebelum menerima hukuman tersebut.
(Itu belum lagi dengan 'penambahan' hukuman baru di bawah waran tahanan selama seminggu di Penjara Kajang yang menimbulkan khilaf di hati saya)
Bagi saya, apa yang berlaku dalam kes ini menimbulkan beberapa pandangan:
1. Betapa tidak cekapnya pegawai-pegawai jabatan kehakiman syariah kita yang mungkin disebabkan oleh tidak cakno pemerintah' dengan kurangnya peluang kursus atau.....(?)
2. betapa tidak ada kerjasama menyeluruh dari jabatan-jabatan yang berkaitan termasuk Kementerian Dalam negeri (Jabatan Penjara) dan Perdana Menteri (Pejabat Peguam Negara)
3. betapa mahkamah syariah kita termasuk hakimnya belum bersedia untuk berdiri sama tinggi dengan rakan-rakan di mahkamah biasa.
Walaubagaimanapun saya tidak menolak hakikat bahawa krisis ini juga membuka peluang untuk pihak berwajib mengkaji prosedur-prosedur untuk digunakan di mahkamah syariah dari segi tatacara-tatacara yang sepatutnya.
Langkah pertama yang boleh dibuat adalah dengan kita mengakui kelemahan kita sendiri dan berjanji untuk membaikinya. JKMS Negeri Pahang boleh mengorak langkah tersebut.
23.8.09
Salam Ya Ramadhan
1.8.09
ISA - Kenangan 49 Tahun Yang Lampau
BERIKUT adalah sedutan ucapan Ahli Parlimen Bachok yang juga Timbalan Yang Dipertua Agung PAS, Prof Dr Zulkiflee Muhammad ketika bangun membahaskan Rang Undang-undang Keselamatan Dalam Negeri di Dewan Rakyat pada 21 Jun 1960.
Tuan Yang Dipertua, saya bangun di sini menyokong undang-undang ini. Tetapi saya hendak menceritakan beberapa perkara yang ada di-dalam Undang-undang ini yang pada fikiran saya akan boleh menimbulkan kepayahan dan kesusahan dan akan boleh digunakan bagi maksud yang lain daripada maksud yang asal Undang-undang ini.
Tadi, Timbalan Perdana Menteri (Tun Abdul Razak Hussain) sudah memberikan fikirannya dan di dalam ucapannya yang panjang itu dia telah memberi satu tegasan mengatakan bahawa Undang-undang ini tidak dimaksudkan untuk mencengkam kebebasan dan demokrasi di dalam negeri ini. Dan dia telah berjanji dan memberi jaminan tidak pula ada tujuan Kerajaan hendak menggunakan Undang-undang ini bagi maksud menahan perkembangan parti-parti politik yang bertentangan dengan Kerajaan.
Saya tidak tahu sama ada janji ini boleh dipegang atau tidak. Itu akan diterangkan oleh perbuatan-perbuatan yang akan ditunjukkan kepada Menteri itu; tetapi saya memberi amaran, Tuan Yang Dipertua. Di-dalam mempersetujukan ini saya memberi amaran bahawa kalau sah dan benar tujuan Kerajaan hendak mengawal, memelihara dan mengembangkan demokrasi di negeri ini maka amalkanlah Undang-undang ini menurut dasar pengubalannya.
Sebarang salah guna dari Undang-undang ini akan membawa satu reaksi yang buruk dan tidaklah menjadi mustahil kalau sesudah berjanji hendak dijalankannya dengan baik, tidak mustahil Kerajaan itu hendak menjalankan dengan tidak baik. Orang-orang atau setengah atau sebahagian daripada manusia daripada negeri ini akan menjadi komunis jika disalah pakai Undang-undang ini.
Kita tahu kesalahan-kesalahan dan penyakit-penyakit yang ada di dalam Undang-undang sebagaimana saya sebutkan, tetapi bagi kepentingan keselamatan negeri dan atas asas bahawa Undang-undang ini menuju kapada mencegah perkembangan subversif (komunis) dan terrorism (keganasan) maka kita sokong.
Tuan Yang Dipertua, apabila kami menyokong Undang-undang ini, kami tuntut kepada Kerajaan supaya meluaskan fahaman di dalam makna subversif tidak sahaja subversif dari komunis, tetapi sebarang anasir yang tidak diingini yang ingin menjatuhkan tatahidup demokrasi di dalam negeri ini hendaklah ditegah sama ada dia melakukan subversifnya itu dengan cara langsung atau tidak langsung.
Saya maksudkan puak-puak Amerika, puak-puak Inggeris, puak-puak apa sahaja yang cuba hendak menggunakan helah dan dayanya bagi menjahanamkan tatahidup di negeri ini di dalam subversif.
Sebabnya Tuan Yang Dipertua, "Prejudicial to the interest of this country" yang menjadi teras bagi perkara yang besar di dalam Undang-undang ini tidaklah semata-mata dihadkan kepada sesuatu puak sahaja. Saya bersetuju bahawa bahaya-bahaya komunis amatlah besar. Dan ada masanya iaitu akan bertambah besar. Cara-cara mengembangkan komunis di dalam negeri ini bukanlah payah. Sedikit kesilapan akan membalikkan sejarah negeri ini kepada apa yang telah berlaku.
Bagi pihak saya, sehinggakan pengisytiharan Perdana Menteri menyokong kemasukan China ke dalam United Nation (Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu) itu pun saya rasa, ada mempunyai bibit yang menyeronokkan orang-orang komunis di dalam negeri ini, dengan memberikan kekuatan kapadanya bahawa sekarang negara besarnya telah diakui dan komunisnya sa-kurang-kurangnya dihormati.
Sekurang-kurangnya Perdana Menteri kita telah memberi sadikit angin kepada goyangnya pokok komunis di Tanah Melayu ini dengan pengisytiharan yang saya tidak hendak bahaskan kerana itu soal luar negeri tetapi tidak di-nafikan adanya sokongan moral komunis.
Tuan Yang Dipertua, di-dalam Undang-undang ini, ada beberapa perkara yang tidak terang dan ini akan saya cuba menyebutkannya, supaya dengan menyebutkan perkara-perkara itu dapatlah Kerajaan itu betul-betul mengamalkan Undang-undang ini dengan jiwa dan roh Undang-undang. Ini tidak dengan jiwa dan roh yang lain dari dasar menggunakan Undang-undang ini.
Lagi sekali saya katakan, sebarang silap amal, salah gunakan Undang-undang ini bukan akan mengurangkan terrorist yang 400 orang itu bahkan akan menambah bilangannya. Sebarang penekanan yang tidak dibolehkan oleh Undang-undang ini akan mengakibatkan kesan balas yang tidak diingini.
Pergi kepada satu-satunya Undang-undang ini dan saya percaya Kerajaan ketika sekiranya orang menyokong satu Undang-undang Kerajaan itu maka berilah pertimbangan yang berat kepada fikiran yang dikemukakannya itu sebab dia tidak membangkang, cuma menyokong, kerana ada perkara-perkara yang dirisau, kok salah masuk maka akan sengetlah perjalanan jentera Undang-undang ini.
Tuan Yang Dipertua, di dalam mempersetujui Rang Undang-undang ini, Persatuan Islam Tanah Melayu memegang apa yang dicakapkan oleh Kerajaan bahawa dia tidak bertujuan hendak mencegah perkembangan politik yang sihat di dalam negeri ini. Sebab apa, Tuan Yang di-Pertua? Kerana kita memikirkan kepentingan keselamatan negara. Apa yang disyarahkan oleh orang-orang Persatuan Islam Tanah Melayu mudah sangat membawa kapada apa yang di-sebutkan di sini.
Dalam hal menentang terrorist (pengganas) ini, Tuan Yang Dipertua, kita tentulah tidak berapa risau sebab kategori atau jenis manusia yang disebutkan sebagai 'terrorist' adalah kurang orang yang mungkin dituduh. Maka apa yang ada dalam undang-undang ini yang menerangkan bahawa boleh kita maafkan, kalau pun ia itu terkeluar sedikit sesudah batas kebebasan hidup biasa. Sebab kita adalah berhadapan dengan 'terrorist'.
Walau bagaimana pun kalau ada kemungkinan kezaliman yang dapat dilakukan kepada orang yang kita rasa bukan dirinya penjahat maka patut dihindarkan dalam undang-undang atau yang menjalankan undang-undang ini.
Setelah saya menyebutkan dalam perkara ini tadi maka saya ingin mengemukakan kapada Tuan Yang Dipertua bahawa kami menyokong Rang Undang-undang ini demi kepentingan keselamatan negara, dan saya ulangkan peringatan yang diberi tadi bahawa sebarang salah guna di atas undang-undang ini akan mengakibatkan satu perkara yang sebaliknya.Ditarik dari harakahdaily.net
23.7.09
Hati-Hati Dr. Lo' Lo' Dan Sharizat
Kartika Sari Dewi Shukarno bersedia menerima hukuman tersebut di mana beliau tidak berhasrat untuk merayu terhadap hukuman. Walaupun hukumannya adalah sekadar enam sebatan dan jauh bilangannya dari sebatan syara', saya berpendapat ianya lebih baik dari tiada langsung. Dan sebagaimana yang pernah saya tuliskan sebelum daripada ini, sekurang-kurangnya hakim syar'ei dapat berlatih untuk memikul tanggungjawab yang lebih besar dari segi perundangan syara'.
Cumanya saya sedikit terkesan dengan kenyataan Datuk Seri Sharizat dan Dr. Lo' Lo' yang saya faham dari muka surat 33 Berita Harian hari ini yang seakan mempertikai peruntukan undang-undang sebat. Walaupun pada asasnya kenyataan mereka adalah untuk membela kaum wanita tetapi proses hukuman itu adalah proses sah sebuah mahkamah yang diiktiraf. Sebarang pertikaian adalah melalui proses rayuan atau semakan. Dan dalam kes ini Kartika Dewi telah menarik balik rayuannya dan juga tidak ada berita yang menunjukkan proses semakan kehakiman telah difailkan.
Sebagai penggubal undang-undang Datuk Seri dan Dr Lo' Lo' tidak seharusnya mempertikai hak hakim untuk menjatuhkan hukuman mengikut sebagaimana peruntukan. Tugas penggubal adalah untuk melihat kesesuaian undang-undang samada perlu diperketat atau dilonggar.
Itu sahaja.
Dan melihat kepada peruntukan undang-undang sendiri, hukuman sebat di mahkamah syariah jauh lebih mendidik dari seksaan di mahkamah bukan syariah. Saya tidak dapat mengulas bentuk hukumannya di Pahang, tetapi mengikut seksyen 125 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Negeri Kelantan 2002 "alat sebatan, tidak termasuk pemegangnya, hendaklah daripada jenis yang sama dan dibuat samada daripada rotan atau ranting kecil pokok yang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebalnya tidak melebihi 1.25 sentimeter".
Peruntukan selanjutnya dalam subseksyen 3 menyatakan perotan hendaklah menggunakan alat sebatan dengan kekuatan yang sederhana tanpa mengangkat tangannya melebihi kepalanya supaya tidak melukakan kulit pesalah. Dan bagi pesalah perempuan dilakukan dalam keadaan dia duduk.
Bagi saya ianya tidak lebih sebagaimana hukuman rotan yang saya terima dari ayah semasa kecil-kecil dulu. Bukan untuk mendatangkan cedera tetapi lebih untuk mendidik.
Mungkin agaknya dua orang tokoh wanita kita ini terpengaruh dengan cerita Semerah Padi? Saya pun kecil-kecil dulu terpengaruh juga.....!!!
16.7.09
"65 pun 65 lah...asalkan menang"
Mengikut rekod, kelaziman peratusan keluar mengundi dalam pilihanraya adalah dalam sekitar 78% - 80%. Ini sampai 87%. Masakan hati tidak bimbang dan pada ketika itu, hati sudah memujuk-mujuk untuk menerima berita kekalahan.
Kemudiannya, secara bertalu-talu berbagai makluman dan panggilan mengesahkan kebimbangan saya. Pas kalah di 5 peti undi; dan yang paling mengejutkan adalah kekalahan di UPU Manek Urai Lama dan Baru tambah mengesahkan teori saya. Sehinggalah akhirnya panggilan dari Saudara Aznam yang mememetik sumber rasmi tapi belum disahkan bahawa PAS menang dengan majoriti 65 undi.
Saya menyatakan "65 pun 65 lah...asalkan menang". Serentak dengan itu keputusan yang diambil adalah untuk meminta peguam yang masih berada di Kuala Krai bersedia untuk proses pengiraan semula.

Saya ketika itu sudah pun hampir sampai ke rumah. Setiausaha LUHAM meminta saya menghubungi Saudara Murtadza yang kebetulan ketika itu berada di dalam tempat pengumpulan jumlah undi bagi hujah untuk tidak membenarkan pengiraan semula. Dan memang itulah hujah kita. Pengiraan semula hanya boleh dibuat di tempat pengiraan dan sekali borang pengesahan dihantar ke pusat penjumlahan tidak ada lagi proses ulang kira.
Dan akhirnya; sebagaimana yang saudara sedia maklum, muktamad PAS menang 65 undi. Menang tetap menang. Dan LUHAM bakal bersedia berhadapan dengan satu lagi petisyen pilihanraya dari BN.
p/s : gambar diambil dari sini.
13.7.09
Hati Sudah Dihala Ke Manek Urai
Saya dijadualkan bertugas di UPU Chuchoh Puteri. Dan kebetulan pada hari Sabtu lepas semasa bertugas, kes pertama melibatkan isu 'kepolisian' dan orang kampung terjadi di situ. Sekurang-kurangnya memudahkan saya mengenali kepala-kepala di situ.
Ummi akan turut serta. Dan dijangkakan buat kali pertama beberapa peguam muslimat juga akan turut serta. Memang tepatlah kalau dikatakan PRU ini dijadikan medan praktikal peguam berhadapan dengan masyakat (masih ingat Law & Society?).
Sebenarnya kalau mengikut perancangan asal saya saya tidak mungkin dapat ke MU esok sebagaimana alasan dalam tulisan sebelum ini. Ditakdirkan tuhan, atas sebab-sebab yang tidak terjangkau dek kudrat manusia, kes hanya dijalankan sehari sahaja; kelmarin. Tuan Abdul Razak, pendakwa yang mengendalikan kes sempat berbisik dengan saya "Sampai juga hasrat nak ke MU".
Alhamdulillah.
8.7.09
Hati Saya Di Tempat Lain...
Saya hadir ke Manek Urai. Dan di antara jam 10.00 ke 11.00 pagi hari Isnin lepas saya kemukakan satu bantahan. Sebagaimana semua tahu, bantahan tersebut di tolak dan pemilihan akan dibuat pada 14 haribulan nanti.
Saya doakan 14 haribulan nanti tiada masalah besar yang berbangkit. Insya Allah bulan akan mengambang penuh.
14 haribulan nanti, saya tidak dapat ke Manek Urai. Kes melibatkan hukuman mati di Mahkamah Tinggi Kota Bharu tidak mungkin dapat ditangguhkan lagi. Dalam keadaan pihak hakim dan mahkamah mementingkan statistik, saya tidak sampai hati memohon penangguhan. Kerana bimbang ditolak mentah-mentah.
Dalam pada itu juga, tanpa angin bergoyang tiba-tiba keluar berita rusuhan di Xinjiang antara Komunis Han dan minoroti Islam Uighur. Saya belum mendapat gambaran menyuluruh tentang kejadian tersebut. Tapi saya percaya umat Islam Uighur sudah mula meluat dengan penindasan Komunis Han terhadap mereka.
Apakah peristiwa di Bosnia-Herzegovena 12 tahun lepas mahu berulang? Di mana PBB dan di mana OIC? Adakah mahu menunggu kehancuran serupa baru mahu bertindak?
Hati saya di tempat lain....
28.6.09
We Are The World
When the world must come together as one
There are people dying
And its time to lend a hand to life
The greatest gift of all
We cant go on pretending day by day
That someone, somewhere will soon make a change
We are all part of gods great big family
And the truth, you know, love is all we need
We are the world, we are the children
We are the ones who make a brighter day
So lets start giving
Theres a choice were making
Were saving our own lives
Its true well make a better day
Just you and me
Send them your heart
So theyll know that someone cares
And their lives will be stronger and free
As God has shown us by turning stones to bread
So we all must lend a helping hand
We are the world, we are the children
We are the ones who make a brighter day
So lets start giving
Theres a choice were making
Were saving our own lives
Its true well make a better day
Just you and me
When youre down and out, there seems no hope at all
But if you just believe theres no way we can fall
Well, well, well, well let us realize that a change can only come
When we stand together as one
We are the world, we are the children
We are the ones who make a brighter day
So lets start giving
Theres a choice were making
Were saving our own lives
Its true well make a better day
Just you and me
We are the world, we are the children
We are the ones who make a brighter day
So lets start giving
Theres a choice were making
Were saving our own lives
Its true well make a better day
Just you and me
We are the world......


