Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2009

Snippet - A. Kugan

1. Barangkali undang-undang yang paling diperlukan oleh keluarga mendiang A. Kugan sekarang adalah Qisas. 2. Undang-undang sekarang (penal code) hanya memperuntukkan kerajaan yang melaksanakan hukuman balas. Tapi Qisas memberi peluang kepada keluarga mendiang samada maaf ataupun balas ataupun maaf dengan gantirugi. Kerajaan tetap berhak mengenakan takzir kemudiannya. 3. Sebagaimana prinsip 'tidak bersalah sehingga dibukti bersalah' terhadap sebelas orang anggota polis yang dipindahkan ke Bukit Aman, maka begitulah juga prinsip ini terpakai ke atas A. Kugan. 4. Kenyataan Menteri Dalam Negeri " Jangan layan penjenayah macam hero ", bertentangan dengan prinsip tersebut. Penjenayah hanya ditujukan kepada mereka yang didapati bersalah oleh mahkamah. 5. Isunya sekarang bukan soal jenayah atau tidak. Isunya adalah tentang tatacara penyiasatan oleh pihak berkuasa. 6. Lebih 1500 orang meninggal dalam lokap sepanjang 3 tahun adalah jumlah yang terlalu ramai. Sekalipun satu oran

WE WILL NOT GO DOWN

A blinding flash of white light Lit up the sky over Gaza tonight People running for cover Not knowing whether theyre dead or alive They came with their tanks and their planes With ravaging fiery flames And nothing remains Just a voice rising up in the smoky haze We will not go down In the night, without a fight You can burn up our mosques and our homes and our schools But our spirit will never die We will not go down In Gaza tonight Women and children alike Murdered and massacred night after night While the so-called leaders of countries afar Debated on whos wrong or right But their powerless words were in vain And the bombs fell down like acid rain But through the tears and the blood and the pain You can still hear that voice through the smoky haze We will not go down In the night, without a fight You can burn up our mosques and our homes and our schools But our spirit will never die We will not go down In Gaza tonight

Dilema Boikot Saya

Saya sudah tidak lagi mengunjungi KFC, Mc Donald dan Pizza Hut. Minuman Milo, Nescaffe dan barangan berjenama Nesttle tidak lagi menjadi pilihan saya. Tesco tempat kami sekeluarga membeli belah sebulan sekalipun tidak dikunjungi lagi. Manakala barang-barang boikot lain, memang dari dulu tidak dipakai. Tapi sampai bila????? Tengok Coca-cola, Pepsi dan Ice Cream, bagai nak bergaduh dengan anak-anak. Itu belum lagi dilema semasa memilih susu Majdi. Pendekkata; hidup kita selama ini berlegar di sekitar barangan Amerika. Barangan makanan, minuman, pakaian, tempat lepak, tak termasuk artis dari Amerika. Jadi sekali lagi....sampai bila? Nasib baik, rokok tidak pernah menjadi isu. Kalau tidak jenuh nak gulung daun nipah. Walaupun kadang-kadang dalam sehari mesti terbau juga asap yang paling saya benci itu. Alternatifnya ada. Saya boleh minum Raddix, makan burger Ramly tepi jalan, air sirap. Tapi sampai bila? Anak-anak yang dari kecil membesar dengan jenama Amerika; bagai tak sampai hati saya m

2631...

dan kami dari Lujnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia DPPNK berbangga menjadi sebahagian dari sejarah tersebut. Tahniah PAS. Tahniah Pakatan Rakyat. Tahniah rakyat Malaysia.

Teks Ucapan Dato' Presiden

di Parlimen menyokong Usul Gaza. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat dan seluruh yang hadir. Pertama saya mengucapkan syabas kerana sidang khas yang diadakan pada petang ini walaupun kita sedang bertanding di Kuala Terengganu, tetapi kita bersatu di sini. Pada hari penamaan calon saya bermukabalah dengan Yang Berhormat Jelebu, Menteri Luar berbincang betapa perlunya kita mengadakan pendirian yang bersama kerana masalah ini masalah kemanusiaan dan masalah kebinatangan. Berlakunya tindakan-tindakan yang di luar perikemanusiaan, pembunuhan yang kejam tanpa batas terhadap kanak-kanak, orang tua, orang awam yang uzur yang tidak terlibat dengan apa-apa kesalahan dan tidak boleh ambil apa tindakan yang sepatutnya. Bahkan dalam kajian haiwan ada binatang yang bersimpati kepada yang kecil dan yang tua. Tindakan yang berlaku di Gaza adalah satu tindakan yang sangat melampau dan tidak boleh diizinkan oleh masyarakat antarabang

Malaysian Resolution on Gaza

THE resolutions passed in the Malaysian Dewan Rakyat on the Israeli invasion of Gaza were: TO strongly condemn the inhumane attacks by the Israeli regime on the Palestinian territory which resulted in the loss of lives of women, babies and the elderly and urge the full withdrawal of Israel from the Palestinian territory of Gaza. TO urge the UN Security Council to compel Israel to stop its military attacks immediately and send in UN peacekeepers to maintain a ceasefire. TO urge the UN to hold an emergency session on “Uniting for Peace” under Resolution 377a (v) and to urge the parties involved in the conflict to continue peace efforts and comply with UN resolutions on the Palestinian issue. TO urge the parties involved to continue efforts towards the peace process as well as implement and adhere to the relevant resolutions adopted by the UN on the issue of Palestine and the Arab-Israeli conflict. TO co-operate with the Organisation of the Islamic Conference, Non-Aligned M

Qunut Nazilah

اللّهُمَّ إِنّا نَسْتَعِينُكَ وَنُؤمِنُ بِكَ ، وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْكَ وَنَثْنِيْ عَلَيْكَ الخَيْرَ وَلاَ نَكْفُرُكَ ، اللَّهُمَّ إيَّاكَ نَعْبُد ، وَلَكَ نُصَلِّي وَنَسْجُدُ ، وَإِليكَ نَسْعَى وَنَحْفُد ، نَرْجُو رَحْمَتَكَ وَنَخْشَى عَذَابَك ، إِنَّ عَذَابَكَ الجَدَّ بِالكُفَّار مُلْحَق ، اللهم عَذِّبَ الكَفَرَةَ وَأهْلَ الكِتَابِ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ. اللّهمّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُورِ أَعْدَائِنَا ، ونَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ. اللّهمّ مُنْزِلَ الكِتَابِ، وَمُجْرِيَ السَّحَابِ، وَهَازِمَ الأَحْزَابِ، اِهْزِمْ اليَهُودَ الغَاصِبِيْنَ المحُتَلِّيْنَ، وَانْصُرْناَ عَلَيْهِمْ وَزَلْزِلْهُم. اللّهُمّ بَدِّدْ شَمْلَهُم وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، و شَتِّتْ كَلِمَتَهُم , خَالِفْ بَيْنَ قُلُوبِهِم، ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُم , وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْباً مِنْ كِلاَبِكَ يا قهار , يا جبار و يا مُنْتَقِمَ , اللهم أَنْزِلِ بِهِم بَأْسَكَ الَّذِيْ لا يَرُدُّ عَنِ القَوْمِ المُجْرِمِين. اللهم اُنْصُرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُجَاهِدِينَ عَلىْ اليَهُود..اللّهم انْصُرْناَ عَلَيْهِم

Memang Karpal Tak Faham

dan pendapat orang yang tidak faham memang merapu. Karpal: Kenyataan Anwar mengenai hudud mengelirukan KUALA LUMPUR: Kenyataan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menegaskan hukum hudud hanya terpakai kepada orang Islam dan bukannya di seluruh negara adalah mengelirukan, kata Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini. "Kenyataan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bahawa tidak perlu menolak hukum hudud kerana ia hanya terpakai kepada orang Islam adalah bertentangan dengan hasrat PAS yang mengakui mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam. "Ini memang menjadi pendirian PAS sejak ditubuhkan sepertimana dicerminkan dalam kenyataan oleh bekas dan pemimpin PAS sekarang," katanya dalam kenyataan di sini. Karpal Singh menegaskan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat, dipetik dalam laporan berita pada 23 Dis tahun lepas sebagai berkata: "Saya tidak nampak kenapa mereka (iaitu orang bukan Islam) tidak dapa

Isu Hudud

Jika betullah sebagaimana yang dilapurkan oleh The Star.com hari ini. Dan jika betullah kata-kata itu daripada Dato' Sri Anwar Ibrahim sebagaimana yang dilapurkan maka saya mengucapkan tahniah dan terima kasih di atas berita tersebut. Ia sekaligus mematikan rasa gusar saya terhadap rakan sepakatan jemaah kecintaan saya PAS. Kalau sebelum ini, rasa jelak saya terhadap Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh yang sentiasa membangkitkan isu tersebut begitu membuak-buak. Hari ini saya seolah-olah mendapat udara segar untuk menghilangkan rasa tersebut. Masakan tidak sejak dari dahulu lagi, Karpal Singh dan orang-orang yang sewaktu dengannya seolah-olah tidak faham bahawa Hudud hanya untuk orang Islam sahaja. Tindakan Hudud hanya akan dikenakan ke atas orang bukan Islam yang sedia bernaung di bawah undang-undang Islam. Kalau tidak salah saya sudah berkali-kali pimpinan PAS menyuarakan hal tersebut, termasuk dalam ucapan Tuan Guru Dato' Seri Presiden di Parlimen satu ketika dahulu. Di

Resolusi 2009

Antara pencapaian saya bagi tahun 2008: Saya kira saya telah menyempurnakan azam 2008 saya pada tahun lepas. Saya juga telah secara istiqamahnya meneruskan tabiat membeli barangan keperluan harian sekaligus untuk sebulan. Segala hutang lapuk kad kredit juga telah dilangsaikan. Saya tidak menangguhkan walau sesenpun pembayaran kad kredit yang digunakan.. Menyempurnakan pencapaian tersebut, saya tertanya-tanya apakah pula resolusi saya untuk tahun ini...? Secara ringkasnya saya berazam untuk: Meneruskan tabiat 2 dan 3 di atas. Menambah simpanan untuk mengulangi azam 1 dalam masa 5 tahun akan datang. Pengurusan kewangan yang lebih teliti dengan cara merangka pelan kewangan dan menepati setiap butiran pelan tersebut tanpa gagal. Tentang ibadat? Jemaah?....tidak termasuk dalam rangka azam saya... Ia adalah tangungjawab yang tidak dapat tidak mesti dilaksanakan.