- Saya sudah tidak lagi mengunjungi KFC, Mc Donald dan Pizza Hut.
- Minuman Milo, Nescaffe dan barangan berjenama Nesttle tidak lagi menjadi pilihan saya.
- Tesco tempat kami sekeluarga membeli belah sebulan sekalipun tidak dikunjungi lagi.
- Manakala barang-barang boikot lain, memang dari dulu tidak dipakai.
Tapi sampai bila?????
Tengok Coca-cola, Pepsi dan Ice Cream, bagai nak bergaduh dengan anak-anak. Itu belum lagi dilema semasa memilih susu Majdi.
Pendekkata; hidup kita selama ini berlegar di sekitar barangan Amerika. Barangan makanan, minuman, pakaian, tempat lepak, tak termasuk artis dari Amerika.
Jadi sekali lagi....sampai bila?
Nasib baik, rokok tidak pernah menjadi isu. Kalau tidak jenuh nak gulung daun nipah. Walaupun kadang-kadang dalam sehari mesti terbau juga asap yang paling saya benci itu.
Alternatifnya ada. Saya boleh minum Raddix, makan burger Ramly tepi jalan, air sirap. Tapi sampai bila? Anak-anak yang dari kecil membesar dengan jenama Amerika; bagai tak sampai hati saya menahannya.
Cuma, Alhamdulillah setakat ini, taktik saya buat tahu aje...menjadi. Tapi sampai bila????
Lalu bermesyuaratlah saya pagi tadi dengan Madiha dan Madhi - dalam perjalanan ke sekolah - keputusan mesyuarat?
Kita tunggu perwatakan presiden ke 44 Amerika yang mengangkat sumpah semalam; Barrack Obama terhadap kekejaman Zionis laknatullah. Kita tunggu samada boikot diteruskan atau balik sebagaimana asal.
Noktah.
Comments
Jangan berhenti boikot. Tak kesahlah apa tindakan Obama, boikot sekejap-sekejap ni tak ada makna.
Selama ini, sebab kan sikap acuh tak acuh kita lah maka boikot tak pernah menjadi.
Didiklah anak-anak saudara, dan doakan supaya tak lama lagi ada orang islam atau sekurang-kurangnya orang Malaysia mengisi kekosongan fast food utk org2 mcm kita, yg mahu makan fast food terutama utk anak-anak, tapi tak mahu beli yg US punya.
Kita sebagai bloggers mesti istiqamah dlm perjuangan boikot ini. Lawat saya di aboudiabydoo.blogspot.com utk kesah boikot saya.
Kami pun sama memboikot tapi dengan menyediakan alternatif. Saya belajar buat roti & pizza. Jumpa banyak cara yang sangat senang. Kalau nak di KeluargakuSayang pun ada resepinya.
Maka ahli keluarga (anak2 sedara)dah tak sebut pasal pizzahut. Tang KFC & McD tu, boleh tukar dengan ayam goreng Edlee.
Yang sebenarnya masalah timbul bila kita memboikot tapi tiada alternatif.
namun tertanya-tanya juga saya, sejauh mana kesan kita semua dok boikot barang2 ini terhadap amerika & israel lakbatullah tu?
saya setuju dgn kak chik bahawa msalah timbul bila kita tiada alternatif lain. masih belum ada org Islam yang mampu berbuat demikian. Kalau ada pu tak lama, lepas tu lingkup sebab sesama kita pulak yg dok boikot.
Jaga orang Malaysia pun tak berupaya mahu sibuk dengan negara lain pula. Sungguh tidak bertanggungjawab. Boikot ini ialah kes Melayu angkuh/bodoh tampar Melayu miskin.
kalau nik & saudara2 yg belum jd member...hubungi saya..zuraila -019-5707203 or zurailas@gmail.com.
Ada plan perkongsian bijak cemerlang..sambil mengguna kita menjana pendapatan. Insya'ALLah.
apa yang ko merapu nih vinnan,teruskan boikot!!Sekarang tiada alasan lagi untuk berbelanja atas produk2 buatan tempatan spt yang di cakap oleh ummu tue,tiba masanya naikkan produk2 keluaran orang Islam,,jangan terus leka jadi lembu Israil dan sekutunya...
kena boikot juga...Baihaqie dan Atiq tok sir gi dah Mcd, KFC, Pizza.. baru ni lepak dekat Radix Corner PC dan Marry Brown.
BOIKOT TETAP BOIKOT
haha..boikot tetap boikot...
"diha..E..cik da x leh make ugap mcd...x sedey lah manow pom...."
:jimat pitih cik da...: