Skip to main content

Dilema Boikot Saya

  1. Saya sudah tidak lagi mengunjungi KFC, Mc Donald dan Pizza Hut.
  2. Minuman Milo, Nescaffe dan barangan berjenama Nesttle tidak lagi menjadi pilihan saya.
  3. Tesco tempat kami sekeluarga membeli belah sebulan sekalipun tidak dikunjungi lagi.
  4. Manakala barang-barang boikot lain, memang dari dulu tidak dipakai.

Tapi sampai bila?????

Tengok Coca-cola, Pepsi dan Ice Cream, bagai nak bergaduh dengan anak-anak. Itu belum lagi dilema semasa memilih susu Majdi.

Pendekkata; hidup kita selama ini berlegar di sekitar barangan Amerika. Barangan makanan, minuman, pakaian, tempat lepak, tak termasuk artis dari Amerika.

Jadi sekali lagi....sampai bila?

Nasib baik, rokok tidak pernah menjadi isu. Kalau tidak jenuh nak gulung daun nipah. Walaupun kadang-kadang dalam sehari mesti terbau juga asap yang paling saya benci itu.

Alternatifnya ada. Saya boleh minum Raddix, makan burger Ramly tepi jalan, air sirap. Tapi sampai bila? Anak-anak yang dari kecil membesar dengan jenama Amerika; bagai tak sampai hati saya menahannya.

Cuma, Alhamdulillah setakat ini, taktik saya buat tahu aje...menjadi. Tapi sampai bila????

Lalu bermesyuaratlah saya pagi tadi dengan Madiha dan Madhi - dalam perjalanan ke sekolah - keputusan mesyuarat?

Kita tunggu perwatakan presiden ke 44 Amerika yang mengangkat sumpah semalam; Barrack Obama terhadap kekejaman Zionis laknatullah. Kita tunggu samada boikot diteruskan atau balik sebagaimana asal.

Noktah.

Comments

aboudiabydoo said…
Saudara,

Jangan berhenti boikot. Tak kesahlah apa tindakan Obama, boikot sekejap-sekejap ni tak ada makna.

Selama ini, sebab kan sikap acuh tak acuh kita lah maka boikot tak pernah menjadi.

Didiklah anak-anak saudara, dan doakan supaya tak lama lagi ada orang islam atau sekurang-kurangnya orang Malaysia mengisi kekosongan fast food utk org2 mcm kita, yg mahu makan fast food terutama utk anak-anak, tapi tak mahu beli yg US punya.

Kita sebagai bloggers mesti istiqamah dlm perjuangan boikot ini. Lawat saya di aboudiabydoo.blogspot.com utk kesah boikot saya.
Unknown said…
Nik,

Kami pun sama memboikot tapi dengan menyediakan alternatif. Saya belajar buat roti & pizza. Jumpa banyak cara yang sangat senang. Kalau nak di KeluargakuSayang pun ada resepinya.

Maka ahli keluarga (anak2 sedara)dah tak sebut pasal pizzahut. Tang KFC & McD tu, boleh tukar dengan ayam goreng Edlee.

Yang sebenarnya masalah timbul bila kita memboikot tapi tiada alternatif.
Alhamdulillah, ramai yg bersepakat untuk memboikot termasuk saya. Tapi mgkn tidak sesuah en. nik yang ada karenah anak-anak.

namun tertanya-tanya juga saya, sejauh mana kesan kita semua dok boikot barang2 ini terhadap amerika & israel lakbatullah tu?

saya setuju dgn kak chik bahawa msalah timbul bila kita tiada alternatif lain. masih belum ada org Islam yang mampu berbuat demikian. Kalau ada pu tak lama, lepas tu lingkup sebab sesama kita pulak yg dok boikot.
Nampak gayanya dari komentar di atas..."BOIKOT tetap BOIKOT".
Anonymous said…
Tahukah anda yang Barack Hussain Obama pernah bersekolah dan hidup di Indonesia sehingga umur 10 tahun?
Anonymous said…
Boikot apa ni. Dalam keadaan ekonomi sekarang ramai majikan akan mengunakan alasan perniagaan merosot akibat boikot untuk menindas pekerja-pekerja dengan memotong elaun-elaun pekerja. Adakah saudara semua sudah lupa bahawa pekerja-pekerja syarikat yang anda boikot itu keramaian mereka adalah orang Melayu/Islam.
Jaga orang Malaysia pun tak berupaya mahu sibuk dengan negara lain pula. Sungguh tidak bertanggungjawab. Boikot ini ialah kes Melayu angkuh/bodoh tampar Melayu miskin.
Sallella said…
teruskan boikot sampai bila2. Israel & sekutunya AS memang bangsa yg angkuh...Insya'Allah, kita ada alternatif..salah satunya adalah produk keluaran HPA ..pengeluar radix...kita dah ada radix cola,radix coco (ganti milo) ...dan banyak lg barangan keperluan harian rumahtangga termasuk supplement utk kesihatan sekeluarga...sokonglah sykt muslim 100%...perjuangan hpa adalah utk memerangi produk haram & syubhah..juga utk memartabatkan ekonomi umat Islam. Alhamdulillah anak2 saya semuanya anti produk yahudi skrg ni..nak makan kfc..kita gi rfc...lebih sedap & terjamin halan-toyyibah.
kalau nik & saudara2 yg belum jd member...hubungi saya..zuraila -019-5707203 or zurailas@gmail.com.
Ada plan perkongsian bijak cemerlang..sambil mengguna kita menjana pendapatan. Insya'ALLah.
Anonymous said…
buat vinnan :

apa yang ko merapu nih vinnan,teruskan boikot!!Sekarang tiada alasan lagi untuk berbelanja atas produk2 buatan tempatan spt yang di cakap oleh ummu tue,tiba masanya naikkan produk2 keluaran orang Islam,,jangan terus leka jadi lembu Israil dan sekutunya...
Madiha dan Madhi kenal ko dengan Barrack Obama... no kompromi Madiha dan Madhi
kena boikot juga...Baihaqie dan Atiq tok sir gi dah Mcd, KFC, Pizza.. baru ni lepak dekat Radix Corner PC dan Marry Brown.

BOIKOT TETAP BOIKOT
Anonymous said…
haha...abe kena bobe....

haha..boikot tetap boikot...

"diha..E..cik da x leh make ugap mcd...x sedey lah manow pom...."

:jimat pitih cik da...:
Anonymous said…
Boikot diteruskan selagi ada pilihan (rasanya pilihan amat banyak skrg). Baru terasa begitu sekali kita bergantung kepada ekonomi barat hatta nak makan sekalipun. Anak2..anak2 saya kini faham siapa yang jahat..anak2 sedih melihat kawan2nya di Palestine terbunuh. Ada juga meminta2 makan di Kfc, membeli belah di Carrefour/tesco..tapi so far amat berpuashati membeli belah di Mydin atau pasar2 basah dan cukup kenyang makan burger yang baba buat dirumah dengan membeli bahan mentahnya di kedai Az-Zain..asalkan ada alternatif, no komplen. Anak sulung sebaya madhi sudah tahu barangan yang diboikot sebab di sekolah banyak ditampal kempen tersebut. Hati berkata juga, kalau boikot semua macammana bila anak bangsa kita hilang pendapatan sebab kedai tutup..tapi yang pasti, tak lalu nak telan makanan tu bila tergambar anak kecil menderita..mereka sprt anak2 kita..
Anonymous said…
kita boikot pula orang yg memboikot.......tapi sampai bila?kalu terdesak .....anak-anak..bila liur rasa nk makan KFC......Anak-anak......pegi tesco......anak-anak......bolehkah kita kompromi dengan anak-anak..........begitulah berjayanya 'yahudi'......
Anonymous said…
saya nampak hanya bangsa melayu+islam saja yg kesah dgn boikot ni,bangsa2 lain nampak relaks saja,tak kesah langsung,macamana ni

Popular posts from this blog

Nikah Batin

Nikah adalah upacara agama. Ianya adalah sesuatu yang amat suci. Ia adalah permulaan untuk membentuk sebuah keluarga yang sempurna; ayah, ibu dan anak-anak. Lebih besar lagi, persemendaan hasil dari perkahwinan yang sah menjadi asas kepada wujudnya sebuah masyarakat yang berfungsi. Setiap ajaran agama di dunia - lebih-lebih lagi Islam - amat menitikberatkan soal nikah. Tidak cukup dengan pendaftaran sibil, pasangan dinikahkan juga mengikut tradisi masing-masing. Pasangan yang melanggar norma ini, dipandang jelek oleh masyarakat hatta oleh masyarakat barat yang terkenal dengan kemajuan kebendaan. Tapi hari ini, saya dikejutkan dengan berita ini - Nikah Batin - !!! Jika sebelum ini hanya pemberitaan khabar angin tentang nikah batin oleh beberapa ajaran tarikat sesat, tetapi hari ini sudah sampai di mahkamah; bertujuan untuk mengesahkan nikah tersebut. Ringkas sungguh nikahnya. Tidak perlu wali, jurunikah. Hanya bersaksi Allah sahaja. Saya tercari-cari juga dalam kitab-kitab muktabar ber

Kronologi Pemecatan Tun Salleh Abbas

• Tun Salleh Abbas di lantik sebagai Peguamcara Negara pada tahun 1963. • Semasa berumur 50, beliau dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan. • Ketua Hakim Negara Tun Suffian Hashim bersara pada tahun 1982 and beliau telah digantikan oleh Raja Azlan Shah. Raja Azlan kemudiannya dilantik sebagai Sultan Perak dua tahun kemudia. Tun Salleh kemudiannya dilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada tahun 1984. • In 1987, pemilihan Agung Umno telah dijalankandan Tengku Razaleigh Hamzah telah mencabar Presiden Umno /Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad (sekarang Tun) sebagai Presiden. Beliau dijangkakan akan memenangi pertandingan tersebut. Begaimanapun, Dr Mahathir telah menang dan mengekalkan jawatan tersebut. • Kalangan penyokong Tengku Razaleigh tidak berpuas hati dengan kekalahan tersebut. Mereka membawanya ke Mahkamah untuk mendapatkan perintah bagi pemilihan semula. • Pada masa yang sama, Tun Salleh telah menegaskan dalam satu kenyataan umum berkenaan dengan hasrat untuk m

ULASAN RINGKAS LUHAM KELANTAN BERKAIT ISU ‘BEKAS BANDUAN’

1. Isu terkini berkait ‘bekas banduan’ yang dikatakan berpunca daripada ucapan Dato’ Setiausaha Agung PAS di Sandakan yang lebih kurangnya berbunyi “Ada seorang cita-cita jadi perdana menteri sangat. Keluar daripada penjara … Sebagai peguam kita tahu apabila seorang keluar daripada penjara status seumur hidup (nya) adalah (bekas) banduan”. 2. Beberapa individu mengecam ucapan tersebut. Ada yang mengatakan Taqiyuddin ib arat menghina raja. Dan ada pula yang mengatakan Taqiyuddin tidak bertanggungjawab. Malah beberapa laporan polis telah dibuat; kononnya mendesak agar pihak polis menyiasat ucapan tersebut. 3. Tidak jelas repot tersebut untuk apa. Mungkin sekadar laporan untuk pihak polis membuat siasatan yang mengaitkan presiden PKR dengan status bekas banduan (Utusan Online 13 Mei 2019). 4. Tetapi ulasan yang kelihatan agak profesional sedikit adalah bila ada yang mengaitkan ucapan itu dengan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kuasa pengampunan oleh Yang Di-