Skip to main content

Isu Hudud

Jika betullah sebagaimana yang dilapurkan oleh The Star.com hari ini. Dan jika betullah kata-kata itu daripada Dato' Sri Anwar Ibrahim sebagaimana yang dilapurkan maka saya mengucapkan tahniah dan terima kasih di atas berita tersebut. Ia sekaligus mematikan rasa gusar saya terhadap rakan sepakatan jemaah kecintaan saya PAS.

Kalau sebelum ini, rasa jelak saya terhadap Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh yang sentiasa membangkitkan isu tersebut begitu membuak-buak. Hari ini saya seolah-olah mendapat udara segar untuk menghilangkan rasa tersebut. Masakan tidak sejak dari dahulu lagi, Karpal Singh dan orang-orang yang sewaktu dengannya seolah-olah tidak faham bahawa Hudud hanya untuk orang Islam sahaja. Tindakan Hudud hanya akan dikenakan ke atas orang bukan Islam yang sedia bernaung di bawah undang-undang Islam.

Kalau tidak salah saya sudah berkali-kali pimpinan PAS menyuarakan hal tersebut, termasuk dalam ucapan Tuan Guru Dato' Seri Presiden di Parlimen satu ketika dahulu. Di mana Karpal ketika itu?

Dalam kesempatan ini, saya tidak akan mengulas mengenai rasional atau tidak rasionalnya Hudud...kerana tahap tersebut telahpun dibincangkan 10-15 tahun yang lalu. Apa yang lebih penting sekarang adalah tentang kesediaan kerajaan (BN?PAS?DAP?) untuk melaksanakannya. Saya percaya kerangkanya telah ada iaitu di Kelantan dan Terengganu. Hanya menunggu masa untuk di baiki sedikit sebanyak mengikut kesesuaian.

Pelaksanaan Hudud juga tidak akan merugikan sesiapa baik orang Islam mahupun bukan Islam. Malah wang perbendaharaan dapat dijimatkan dari perbelanjaan harian penjara. Malah orang bukan Islam juga boleh menikmati kedamaian hidup kerana orang-orang Islam yang dihukum tidak lagi mengganggu mereka.

Saya juga percaya dalam tempoh setahun sahaja Hudud dilaksanakan, akan tiba pula petisyen dari orang bukan Islam mendesak Hudud digunapakai ke atas mereka.

Oleh itu, jika betul petikan berita di atas, saya amat gembira hari ini.

Nota: "Hudud" di atas sepatutnya di tulis "Undang-Undang Syariah". Cuma saya bimbang Karpal tak faham.

Comments

Popular posts from this blog

Nikah Batin

Nikah adalah upacara agama. Ianya adalah sesuatu yang amat suci. Ia adalah permulaan untuk membentuk sebuah keluarga yang sempurna; ayah, ibu dan anak-anak. Lebih besar lagi, persemendaan hasil dari perkahwinan yang sah menjadi asas kepada wujudnya sebuah masyarakat yang berfungsi. Setiap ajaran agama di dunia - lebih-lebih lagi Islam - amat menitikberatkan soal nikah. Tidak cukup dengan pendaftaran sibil, pasangan dinikahkan juga mengikut tradisi masing-masing. Pasangan yang melanggar norma ini, dipandang jelek oleh masyarakat hatta oleh masyarakat barat yang terkenal dengan kemajuan kebendaan. Tapi hari ini, saya dikejutkan dengan berita ini - Nikah Batin - !!! Jika sebelum ini hanya pemberitaan khabar angin tentang nikah batin oleh beberapa ajaran tarikat sesat, tetapi hari ini sudah sampai di mahkamah; bertujuan untuk mengesahkan nikah tersebut. Ringkas sungguh nikahnya. Tidak perlu wali, jurunikah. Hanya bersaksi Allah sahaja. Saya tercari-cari juga dalam kitab-kitab muktabar ber...

Susur Galur Saya

Saya percaya ramai di kalangan kita; apabila ditanya tentang nama-nama nenek moyang hanya dapat menyebut sekadar dua atau tiga lapis sahaja iaitu sekadar tingkatan moyang. Selebihnya? Wallahu a’lam. Bagi kebanyakan orang urusan tersebut tidaklah sepenting mana, tapi bagi sesetengah yang lain susur galur inilah jati diri mereka. Bagi diri saya sendiri, saya bertuah sebenarnya kerana sekurang-kurangnya 13 lapisan saya ketahui iaitu sehingga ke awal abad 17. Senarainya adalah seperti berikut: Nik Bahrum Bin Nik Abdullah bin Raja Ahmad bin Raja Mat bin Raja Abdullah bin Raja Senik bin Raja Kecik bin Raja Mohamad bin Raja Abd Rahman bin Raja Kecil Sulong bin Raja Omar bin Raja Sakti. Manakala di sebelah ibu pula saya adalah anak kepada Nik Syamsiah binti Nik Som bin Raja Senik bin Raja Husin bin Raja Bongsu bin Raja Senik dan seterusnya sebagaimana susur galur sebelah bapa. Setakat ini yang saya belum jelas adalah susur keturunan sebelah Tokku (ibu Nik Abdullah) kerana se...