8.1.09

Memang Karpal Tak Faham

dan pendapat orang yang tidak faham memang merapu.

Karpal: Kenyataan Anwar mengenai hudud mengelirukan

KUALA LUMPUR: Kenyataan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menegaskan hukum hudud hanya terpakai kepada orang Islam dan bukannya di seluruh negara adalah mengelirukan, kata Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini.

"Kenyataan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bahawa tidak perlu menolak hukum hudud kerana ia hanya terpakai kepada orang Islam adalah bertentangan dengan hasrat PAS yang mengakui mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

"Ini memang menjadi pendirian PAS sejak ditubuhkan sepertimana dicerminkan dalam kenyataan oleh bekas dan pemimpin PAS sekarang," katanya dalam kenyataan di sini.

Karpal Singh menegaskan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat, dipetik dalam laporan berita pada 23 Dis tahun lepas sebagai berkata: "Saya tidak nampak kenapa mereka (iaitu orang bukan Islam) tidak dapat menerima hukum hudud yang tidak berbeza daripada undang-undang Barat".

Karpal, yang juga anggota Parlimen Bukit Gelugor berkata untuk hukum hudud diguna pakai, prasyaratnya ialah penubuhan sebuah negara Islam seperti Arab Saudi di mana undang-undang Islam terpakai kepada orang Islam dan bukan Islam.

"Adalah penting untuk Anwar mengetahui apakah niat sebenar PAS yang memperjuangkan penubuhan sebuah negara Islam.

"Mungkin Presiden PAS (Datuk Seri Abdul) Hadi Awang patut memberikan penjelasan sama ada hukum hudud yang ingin dilaksanakan PAS terpakai kepada orang Islam dan juga bukan Islam sekiranya PAS berjaya menubuhkan sebuah negara Islam. Demi kepentingan orang ramai, beliau patut berbuat demikian," katanya.

Karpal Singh berkata Malaysia bukan sebuah negara Islam dan kelulusan serta pelaksanaan hukum hudud adalah melanggar Perlembagaan. BERNAMA


Saya percaya kalau dari awal lagi Karpal membuka fikirannya, tidak akan terjadi peristiwa penentangan ini. Kalau dari awal dia menadah telinga di Parlimen semasa perbahasan oleh Tuan Guru Dato' Seri Presiden dahulu tidaklah dia sebodoh itu.

Dah orang kata tak kena kepada orang yang bukan Islam, diam ajelah!!! Apa kalau sudah jadi negara Islam nanti Karpal kena kahwin secara Islam kah? Tentu sekali tidak. Dan begitulah juga dengan undang-undang Syariah yang lain.

Akhir sekali, saya harap yang sudah tu sudahlah, tirulah macam pimpinan DAP yang lain. Tidaklah membebel membuta tuli.

2 comments:

Mohd. Abd. Rashid Bin Yah said...

Saya tidak tahu sama ada Karpal memang tidak faham atau sengaja tak nak faham. Padahal orang dah beritahu bahawa Hudud itu hanyalah untuk orang Islam sahaja. Orang bukan Islam sama ada untuk mengguna pakai Hudud atau undang-undang lain yang sedia ada. Buat apa dia hendak menentang perlaksanaan Hudud sedangkan Karpal tu bukan orang Islam. Tapi tak tahulah takut Karpal ada berniat untuk masuk Islam pulak.

Awang Jalatek said...

Tujuh tahap faham. Tak faham, buat-buat faham, tak faham-faham, buat-buat tak faham, tak mahu faham, sengaja tak mahu faham dan nak faham. Dia ni termasuk dalam golongan buat tak faham. Golongan ingkar - kafir.

Blog Widget by LinkWithin