Skip to main content

Snippet - A. Kugan

1. Barangkali undang-undang yang paling diperlukan oleh keluarga mendiang A. Kugan sekarang adalah Qisas.

2. Undang-undang sekarang (penal code) hanya memperuntukkan kerajaan yang melaksanakan hukuman balas. Tapi Qisas memberi peluang kepada keluarga mendiang samada maaf ataupun balas ataupun maaf dengan gantirugi. Kerajaan tetap berhak mengenakan takzir kemudiannya.

3. Sebagaimana prinsip 'tidak bersalah sehingga dibukti bersalah' terhadap sebelas orang anggota polis yang dipindahkan ke Bukit Aman, maka begitulah juga prinsip ini terpakai ke atas A. Kugan.

4. Kenyataan Menteri Dalam Negeri "Jangan layan penjenayah macam hero", bertentangan dengan prinsip tersebut. Penjenayah hanya ditujukan kepada mereka yang didapati bersalah oleh mahkamah.

5. Isunya sekarang bukan soal jenayah atau tidak. Isunya adalah tentang tatacara penyiasatan oleh pihak berkuasa.

6. Lebih 1500 orang meninggal dalam lokap sepanjang 3 tahun adalah jumlah yang terlalu ramai. Sekalipun satu orang sudah melanggar prinsip keadilan.

7. Isu ini lebih teruk berbanding 'ketuk ketampi' dahulu. Sekurang-kurangnya 'ketuk ketampi dahulu adalah mengikut prosedur biasa. Malangnya ia dirakam secara curi.

8. Mayat mendiang A. Kugan pula penuh dengan tandatanya. Bagaimana puluhan lebam dan calar boleh dilihat pada jasadnya? Kenapa pula keluarga diberitahu asma sebagai punca kematian?

9. Satu badan penyiasat bebas perlu ditubuhkan.

10. Bersihkan nama negara yang tercemar ini.

Comments

Hasbullah Pit said…
Jangan Keliru.

Yg meninggal dunia itu Kugan, bukan Kuhan.

S.Kuhan itu pemain hoki
Terima kasih saudara...kealpaan saya. Telah saya perbaiki dengan sedikit penambahan.

Popular posts from this blog

Nikah Batin

Nikah adalah upacara agama. Ianya adalah sesuatu yang amat suci. Ia adalah permulaan untuk membentuk sebuah keluarga yang sempurna; ayah, ibu dan anak-anak. Lebih besar lagi, persemendaan hasil dari perkahwinan yang sah menjadi asas kepada wujudnya sebuah masyarakat yang berfungsi. Setiap ajaran agama di dunia - lebih-lebih lagi Islam - amat menitikberatkan soal nikah. Tidak cukup dengan pendaftaran sibil, pasangan dinikahkan juga mengikut tradisi masing-masing. Pasangan yang melanggar norma ini, dipandang jelek oleh masyarakat hatta oleh masyarakat barat yang terkenal dengan kemajuan kebendaan. Tapi hari ini, saya dikejutkan dengan berita ini - Nikah Batin - !!! Jika sebelum ini hanya pemberitaan khabar angin tentang nikah batin oleh beberapa ajaran tarikat sesat, tetapi hari ini sudah sampai di mahkamah; bertujuan untuk mengesahkan nikah tersebut. Ringkas sungguh nikahnya. Tidak perlu wali, jurunikah. Hanya bersaksi Allah sahaja. Saya tercari-cari juga dalam kitab-kitab muktabar ber...

Susur Galur Saya

Saya percaya ramai di kalangan kita; apabila ditanya tentang nama-nama nenek moyang hanya dapat menyebut sekadar dua atau tiga lapis sahaja iaitu sekadar tingkatan moyang. Selebihnya? Wallahu a’lam. Bagi kebanyakan orang urusan tersebut tidaklah sepenting mana, tapi bagi sesetengah yang lain susur galur inilah jati diri mereka. Bagi diri saya sendiri, saya bertuah sebenarnya kerana sekurang-kurangnya 13 lapisan saya ketahui iaitu sehingga ke awal abad 17. Senarainya adalah seperti berikut: Nik Bahrum Bin Nik Abdullah bin Raja Ahmad bin Raja Mat bin Raja Abdullah bin Raja Senik bin Raja Kecik bin Raja Mohamad bin Raja Abd Rahman bin Raja Kecil Sulong bin Raja Omar bin Raja Sakti. Manakala di sebelah ibu pula saya adalah anak kepada Nik Syamsiah binti Nik Som bin Raja Senik bin Raja Husin bin Raja Bongsu bin Raja Senik dan seterusnya sebagaimana susur galur sebelah bapa. Setakat ini yang saya belum jelas adalah susur keturunan sebelah Tokku (ibu Nik Abdullah) kerana se...