Skip to main content

Resolusi 2009

Antara pencapaian saya bagi tahun 2008:

  1. Saya kira saya telah menyempurnakan azam 2008 saya pada tahun lepas.
  2. Saya juga telah secara istiqamahnya meneruskan tabiat membeli barangan keperluan harian sekaligus untuk sebulan.
  3. Segala hutang lapuk kad kredit juga telah dilangsaikan. Saya tidak menangguhkan walau sesenpun pembayaran kad kredit yang digunakan..

Menyempurnakan pencapaian tersebut, saya tertanya-tanya apakah pula resolusi saya untuk tahun ini...?

Secara ringkasnya saya berazam untuk:

  1. Meneruskan tabiat 2 dan 3 di atas.
  2. Menambah simpanan untuk mengulangi azam 1 dalam masa 5 tahun akan datang.
  3. Pengurusan kewangan yang lebih teliti dengan cara merangka pelan kewangan dan menepati setiap butiran pelan tersebut tanpa gagal.

Tentang ibadat? Jemaah?....tidak termasuk dalam rangka azam saya... Ia adalah tangungjawab yang tidak dapat tidak mesti dilaksanakan.

Comments

Anonymous said…
tinggal so lagi resolusi abe...

tanggung semua kos penerbangan gi-balik Ada ke sabah-klate sepanjang pengajian Ada..

kang x balik kammm...

Popular posts from this blog

Nikah Batin

Nikah adalah upacara agama. Ianya adalah sesuatu yang amat suci. Ia adalah permulaan untuk membentuk sebuah keluarga yang sempurna; ayah, ibu dan anak-anak. Lebih besar lagi, persemendaan hasil dari perkahwinan yang sah menjadi asas kepada wujudnya sebuah masyarakat yang berfungsi. Setiap ajaran agama di dunia - lebih-lebih lagi Islam - amat menitikberatkan soal nikah. Tidak cukup dengan pendaftaran sibil, pasangan dinikahkan juga mengikut tradisi masing-masing. Pasangan yang melanggar norma ini, dipandang jelek oleh masyarakat hatta oleh masyarakat barat yang terkenal dengan kemajuan kebendaan. Tapi hari ini, saya dikejutkan dengan berita ini - Nikah Batin - !!! Jika sebelum ini hanya pemberitaan khabar angin tentang nikah batin oleh beberapa ajaran tarikat sesat, tetapi hari ini sudah sampai di mahkamah; bertujuan untuk mengesahkan nikah tersebut. Ringkas sungguh nikahnya. Tidak perlu wali, jurunikah. Hanya bersaksi Allah sahaja. Saya tercari-cari juga dalam kitab-kitab muktabar ber...

Susur Galur Saya

Saya percaya ramai di kalangan kita; apabila ditanya tentang nama-nama nenek moyang hanya dapat menyebut sekadar dua atau tiga lapis sahaja iaitu sekadar tingkatan moyang. Selebihnya? Wallahu a’lam. Bagi kebanyakan orang urusan tersebut tidaklah sepenting mana, tapi bagi sesetengah yang lain susur galur inilah jati diri mereka. Bagi diri saya sendiri, saya bertuah sebenarnya kerana sekurang-kurangnya 13 lapisan saya ketahui iaitu sehingga ke awal abad 17. Senarainya adalah seperti berikut: Nik Bahrum Bin Nik Abdullah bin Raja Ahmad bin Raja Mat bin Raja Abdullah bin Raja Senik bin Raja Kecik bin Raja Mohamad bin Raja Abd Rahman bin Raja Kecil Sulong bin Raja Omar bin Raja Sakti. Manakala di sebelah ibu pula saya adalah anak kepada Nik Syamsiah binti Nik Som bin Raja Senik bin Raja Husin bin Raja Bongsu bin Raja Senik dan seterusnya sebagaimana susur galur sebelah bapa. Setakat ini yang saya belum jelas adalah susur keturunan sebelah Tokku (ibu Nik Abdullah) kerana se...