Skip to main content

Snippet - Post Muktamar 2009

Beberapa orang rakan bertanyakan perihal blog saya yang tidak dikemas kini sejak seminggu lepas. Sebetulnya sejak Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat tempoh hari. Saya pun sedar bahawa saya tidak menulis apa-apa tentang natijah daripada muktamar-muktamar PAS pusat. Bagi saya cukup sebenarnya dengan apa yang diucapkan oleh pimpinan semasa sesi penggulungan masing-masing.

Bagi saya apapun natijah ucapan atau arah aliran sekalipun; itu hanyalah strategi untuk memajukan parti. Yang penting bagi saya adalah dasar PAS tidak pernah berubah sebagaimana kehendak perlembagaan iaitu Islam. Bagi saya apabila pasal tersebut kekal utuh, maka datanglah apapun strategi atau aliran pemimpinnya; silakan. Cuma bersedialah untuk dipertanggungjawab pada muktamar akan datang.

Bagi saya, apapun selogan yang digagaskan samada berbentuk 'muqabalah', 'muzakarah', 'kerajaan perpaduan' dan seumpama dengannya hanyalah sebuah strategi untuk memungkinkan keunggulan Islam. Selagi gagasan tersebut tidak bercanggah dengan sumber-sumber hukum Islam tidak sayugia ahli parti yang taat mempertikaikan kehendak pimpinan.

Adapun bagi para perwakilan, saya percaya anda telahmenjalankan tugas anda memilih pimpinan kita. Sekarang biarkan pimpinan dengan kepercayaan yang kita berikan itu memilih jalan yang tidak bercanggah dengan fasal-fasal perlembagaan untuk mencorak perjuangan kita.

Dan untuk pimpinan yang telah dipilih, anda sekarang telah mempunyai ruang untuk bersuara. Anda mempunyai hak untuk suara anda didengar dan ditimbang oleh Presiden. Tidak ada alasan sebenarnya bagi anda bercakap terlebih dahulu dengan media tanpa cadangan anda dikemukakan kepada mesyuarat.

Contoh yang mudah. Saya amat mengesali tindakan Datuk Mahfuz yang mencadangkan calon-calon Timbalan Presiden yang kalah dilantik sebagai ahli Dewan Harian. Melalui media; sedangkan beliau boleh saja menyuarakannya kepada Presiden dalam mesyuarat pertama nanti.

Tidakkah cadangan terlebih awal itu menunjukkan tindakan lobi? Bagi saya ia adalah satu tindakan lobi dan mendahului hak presiden dalam memilih team yang dikehendakinya.

Saya juga melihat propaganda media yang menunjukkan seolah-olah muktamar-muktamar tidak menjawab persoalan sebagai satu tindakan provokasi mereka terhadap PAS. Sebagai contoh seolah-olah usul daripada muktamar agar kerajaan mengharamkan terus SIS menyebabkan beratus-ratus NGO dan di sokong oleh Ketua Pemuda UMNO mengecam PAS sebagai tidak demokratik. Sedangkan usul sebenarnya adalah mendesak kerajaan mengkaji kegiatan SIS yang dianggap bertentangan dengan Islam dan jika betul demikian kerajaan diminta melakukan sesuatu.

Demikianlah betapa musuh-musuh Islam cuba menjatuhkan PAS. Dan PAS sebagai parti yang lebih dewasa dari UMNO seharusnya tidak terpengaruh dengan mainan tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

Nikah Batin

Nikah adalah upacara agama. Ianya adalah sesuatu yang amat suci. Ia adalah permulaan untuk membentuk sebuah keluarga yang sempurna; ayah, ibu dan anak-anak. Lebih besar lagi, persemendaan hasil dari perkahwinan yang sah menjadi asas kepada wujudnya sebuah masyarakat yang berfungsi. Setiap ajaran agama di dunia - lebih-lebih lagi Islam - amat menitikberatkan soal nikah. Tidak cukup dengan pendaftaran sibil, pasangan dinikahkan juga mengikut tradisi masing-masing. Pasangan yang melanggar norma ini, dipandang jelek oleh masyarakat hatta oleh masyarakat barat yang terkenal dengan kemajuan kebendaan. Tapi hari ini, saya dikejutkan dengan berita ini - Nikah Batin - !!! Jika sebelum ini hanya pemberitaan khabar angin tentang nikah batin oleh beberapa ajaran tarikat sesat, tetapi hari ini sudah sampai di mahkamah; bertujuan untuk mengesahkan nikah tersebut. Ringkas sungguh nikahnya. Tidak perlu wali, jurunikah. Hanya bersaksi Allah sahaja. Saya tercari-cari juga dalam kitab-kitab muktabar ber...

Susur Galur Saya

Saya percaya ramai di kalangan kita; apabila ditanya tentang nama-nama nenek moyang hanya dapat menyebut sekadar dua atau tiga lapis sahaja iaitu sekadar tingkatan moyang. Selebihnya? Wallahu a’lam. Bagi kebanyakan orang urusan tersebut tidaklah sepenting mana, tapi bagi sesetengah yang lain susur galur inilah jati diri mereka. Bagi diri saya sendiri, saya bertuah sebenarnya kerana sekurang-kurangnya 13 lapisan saya ketahui iaitu sehingga ke awal abad 17. Senarainya adalah seperti berikut: Nik Bahrum Bin Nik Abdullah bin Raja Ahmad bin Raja Mat bin Raja Abdullah bin Raja Senik bin Raja Kecik bin Raja Mohamad bin Raja Abd Rahman bin Raja Kecil Sulong bin Raja Omar bin Raja Sakti. Manakala di sebelah ibu pula saya adalah anak kepada Nik Syamsiah binti Nik Som bin Raja Senik bin Raja Husin bin Raja Bongsu bin Raja Senik dan seterusnya sebagaimana susur galur sebelah bapa. Setakat ini yang saya belum jelas adalah susur keturunan sebelah Tokku (ibu Nik Abdullah) kerana se...