Skip to main content

Mangsa Yang Rela

Saya melihat peratusan indeks jenayah negara semakin naik. Banyak kejadian jenayah yang berlaku sekarang adalah sesuatu yang tidak kita jangka boleh terjadi. Selama ini kita didedahkan dengan jenayah yang terjadi secara tiba-tiba. Jarang jenayah yang berlaku di negara kita terlibat secara teratur ('organised'). Kalau adapun ianya berakhir dengan berlakunya jenayah tersebut sahaja seperti bunuh, rogol, pukul, curi dan sebagainya.

Tetapi akhir-akhir ini, jenayah yang di hadapkan kepada kita lebih berbentuk 'teratur'. Ada ketua, orang kanan serta komrad-komrad yang ditentukan tugasnya. Contoh yang paling dekat dengan kita adalah kisah penemuan beberapa orang peminjam yang dipenjara oleh Ah Long. Dengan tertangkapnya beberapa ahli geng, polis kini menjalankan gerakan besar-besaran untuk menangkap ketua mereka.

Walaubagaimanapun, bukan kisah Ah Long atau ahli geng yang saya ingin sentuh hari ini. Tetapi lebih kepada 'mangsa". Yang ditambat, dipukul dan sebagainya lantaran kerana tidak dapat membayar hutang Ah Long.

Apakah mereka sebenarnya 'mangsa'? Atau orang yang rela di'mangsa'kan? Dalam keadaan begitu banyak usaha penerangan serta berbagai berita disiarkan sebelum ini; tentang akibat dan kesan meminjam dengan Ah Long! Dan dalam keadaan fakta yang menunjukkan orang yang terlibat dengan Ah Long bukannya kerana tidak cukup makan tetapi lebih kepada hawa nafsu! Seperti tahi judi.

Dan situasi 'mangsa' seperti itu bukan hanya kepada Ah Long, tetapi juga terhadap jenayah lain seperti rogol, ragut; curi dan sebagainya.

Saya percaya telah berjuta wang rakyat digunakan oleh kerajaan untuk menyedarkan masyarakat agar berhati-hati dan tidak terlibat dengan insiden tersebut. Kes ragut umpamanya, telah berbagai kempen dibuat; seperti aturcara meletak beg, bentuk beg dan sebagainya. Tapi hasilnya tetap sama dengan berfikir perkara tersebut "tidak akan berlaku ke atas aku".

Sayugia diingatkan bahawa jenayah berlaku kerana ada peluang. Ah Long menawarkan perkhidmatan kerana ada permintaan. Ragut berlaku kerana ada peluang, rogol terjadi kerana ada di depan mata; yang jika dilihat secara keseluruhan fakta; berlakunya sesuatu jenayah kerana ada 'kerjasama' dari pihak mangsa.

Dalam keadaan tersebut, tidak bolehkah kiranya pihak penggubal undang-undang mula memikirkan untuk meletakkan pihak yang merelakan diri mereka ini menjadi mangsa dipertanggungjawabkan juga dengan kesalahan tersebut. Misalnya dengan memasukkan peruntukan baru dalam Kanun Keseksaan atau undang-undang berkaitan bagi membolehkan kerajaan menuntut segala implikasi kewangan dalam mensabitkan penjenayah berkaitan dari 'mangsa' yang rela.

Kadang-kadang 'mangsa' yang rela ini patut juga diajar sebagaimana penjenayah lain.

Comments

Popular posts from this blog

Nikah Batin

Nikah adalah upacara agama. Ianya adalah sesuatu yang amat suci. Ia adalah permulaan untuk membentuk sebuah keluarga yang sempurna; ayah, ibu dan anak-anak. Lebih besar lagi, persemendaan hasil dari perkahwinan yang sah menjadi asas kepada wujudnya sebuah masyarakat yang berfungsi. Setiap ajaran agama di dunia - lebih-lebih lagi Islam - amat menitikberatkan soal nikah. Tidak cukup dengan pendaftaran sibil, pasangan dinikahkan juga mengikut tradisi masing-masing. Pasangan yang melanggar norma ini, dipandang jelek oleh masyarakat hatta oleh masyarakat barat yang terkenal dengan kemajuan kebendaan. Tapi hari ini, saya dikejutkan dengan berita ini - Nikah Batin - !!! Jika sebelum ini hanya pemberitaan khabar angin tentang nikah batin oleh beberapa ajaran tarikat sesat, tetapi hari ini sudah sampai di mahkamah; bertujuan untuk mengesahkan nikah tersebut. Ringkas sungguh nikahnya. Tidak perlu wali, jurunikah. Hanya bersaksi Allah sahaja. Saya tercari-cari juga dalam kitab-kitab muktabar ber...

Susur Galur Saya

Saya percaya ramai di kalangan kita; apabila ditanya tentang nama-nama nenek moyang hanya dapat menyebut sekadar dua atau tiga lapis sahaja iaitu sekadar tingkatan moyang. Selebihnya? Wallahu a’lam. Bagi kebanyakan orang urusan tersebut tidaklah sepenting mana, tapi bagi sesetengah yang lain susur galur inilah jati diri mereka. Bagi diri saya sendiri, saya bertuah sebenarnya kerana sekurang-kurangnya 13 lapisan saya ketahui iaitu sehingga ke awal abad 17. Senarainya adalah seperti berikut: Nik Bahrum Bin Nik Abdullah bin Raja Ahmad bin Raja Mat bin Raja Abdullah bin Raja Senik bin Raja Kecik bin Raja Mohamad bin Raja Abd Rahman bin Raja Kecil Sulong bin Raja Omar bin Raja Sakti. Manakala di sebelah ibu pula saya adalah anak kepada Nik Syamsiah binti Nik Som bin Raja Senik bin Raja Husin bin Raja Bongsu bin Raja Senik dan seterusnya sebagaimana susur galur sebelah bapa. Setakat ini yang saya belum jelas adalah susur keturunan sebelah Tokku (ibu Nik Abdullah) kerana se...