16.6.09

Saya Protes Tindakan DS Nizar

Walau apapun tanggapan orang terhadap tindakan DS Nizar di Parlimen semalam; saya menyokong langkah yang diambil oleh Yang Dipertua Dewan. Perilaku sebegitu memang sepatutnya tidak berlaku di sebuah dewan yang mulia dan pelakunya wajar dihukum. Adapun kewajaran gantung sehari, dua hari atau setahun adalah hal yang lain.

Yang penting keharmonian Parlimen sewajarnya dipertahankan. Dan yang dipertanggungjawab untuk menjaganya adalah Yang DiPertua Dewan.

Dewan persidangan adalah tempat yang mulia. Ada protokol tertentu yang mesti diikuti. Tidak boleh sewenang-wenangnya membuat sesuatu yang diluar peraturan. Jika tidak ada peraturan atau peraturan tidak diikuti jadilah macam persidangan kedai kopi. Sesiapapun boleh bercakap, hentak meja atau sambil-sambil main dam. Nak mencarut pun boleh.

Parlimen bukan kedai kopi. Justeru tindakan hukuman oleh speaker adalah wajar dan patut dipuji.

Ia ibarat mahkamah. Walaupujn tidak setuju dengan hukuman atau perintah hakim, peguam masih lagi mengucapkan terima kasih. Tidak menjerit atau pekik melolong. Hakim berhak menjatuhkan hukuman kerana menghina mahkamah jika peristiwa itu berlaku. Dan peguam sendiripun sudah ramai yang kena.

Apabila kena gantung tidakkah diri sendiri yang rugi?

8 comments:

Anonymous said...

Tak rugi..sebab Nizar telah luahkan perasaan rakyat Perak..saya nak tanya sauadara adakah Speaker akan benarkan usul Nizar utk bahaskan peristiwa hitam 7 May di Parlimen??
Beza tindakan Nizar adalah utk rakyat..bezakan tindakan UMNO utk duit poket..aku lebih protes hal ini dari apa yg Nizar wat semalam!!

Hasbullah Pit said...

macamlah tak boleh luahkan ketika perbahasan, atau celahan ketika perbahasan

Asma' Abbas said...

bab lain nih, lantak gilah nizar, walau dia tetap idola di hati ambo, tapi sudah benci tengok sepanduk kluar di kota bharu, apo ko halnya buat gitu, tak ke bodoh, kenapa kita macam nak api-apikan antara tgnaziz dan tghhadi, atau lebih tepat api-apikan semangat orang2 pas di kelantan, bakpo buat benda bodoh dan bongok begini, pardon my words,tapi satu lagi benda yang jadi kemusykilan ambo,guano gak...betul ka ustaz nasha tu macam yang digambarkan kicdefella? jawab lah sesapa pun.. tapi jangan beri jawapan sipi2 macam sahabat2 dan mentor2 lain bila ditanya.qulil haqqa walau kana murran!

zf_zamir said...

persoalan yang harus dijawab oleh ds nizar, apa yang rakyat bawahan dapat dari pelakuan sengalnya itu? lebih baik beliau menyediakan soalan untuk berbahas, atau apa jua alternatif lain..

kena gantung pula, macam sengaja nak ambil cuti?

PuteraKe4 said...

Tahniah kerana sudi berkata benar seperti yang ustaz kita ajar dulu "qul haqqa walaumurra". Apapun, yang betul tetap betul dan yang salah itu tetap salah..

-Sekadar minta laluan mencari redha Ilahi...

Cikgu Nik said...

Assalamualikum nik,

Ana pun setuju dengan anta, sebagai YDP dewan dia ada kuasa. Tapi DS Nizar mungkin ada alasan dia sendiri, dia rasa itu hak dia. Masing-masing ada Hak. Cuma silap nizar dalam dewan tu bukan hak dia buat macam tu.

Maaf Nik,
Ana lupa nak bagi respon pada anta masa anta tepuk bahu ana hari jumaat (19/6), maklumlah sibuk edar risalah. Selamat menulis

Anonymous said...

kita selalu komen mengenai perbuatan kurang elok pimpinan, tp adakah perbuatan kurang biadab adun2 BN di Perak merampas kuasa MB dan Speaker secara haram boleh dimaafkan..?? Mungkin DS Nizar sudah tidak tahan dgn permainan politik dan Mahkamah yg memihak kepada BN.. inilah jalan terakhir untuk menunjukkan betapa seriusnya masalah di Perak..

Jangan kita selalu diperbodohkan oleh BN..jgn terlampau berlembut..nanti selalu kena pijak kepala...

ROHAN said...

Tak sangka pok nik kita berani menongkah arus..

Blog Widget by LinkWithin