4.4.09

Selamat Masuk Pejabat Dato' Seri Najib

Samada saya suka ataupun tidak, sudah termaktub dalam sejarah bahawa saya menerima seorang perdana menteri baru semalam. Dengan bersumpahnya YAB Dato' Seri Najb Tun Razak untuk memegang jawatan tersebut maka bertambahlah seorang lagi perdana menteri dalam hidup saya.

Ia...beliau adalah perdana menteri saya...dan juga perdana menteri seluruh rakyat Malaysia. Soal samada saya suka atau tidak..ataupun samada anda menyokong atau menentang...dan juga samada tahap integritinya diragui, beliau sememangnya perdana menteri Malaysia yang ke enam.

Cuma satu hakikat lain yang perlu dijelaskan juga...bahawa beliau bukan presiden parti saya...yang akan saya tentang dari sudut itu.

Maka sebagai perdana menteri, saya amat berharap agar beliau benar-benar bertindak sebagai perdana menteri Malaysia dan bukannya sebagai presiden UMNO. Tindakan beliau bukan sekadar harus berkisar tentang penarikan balik larangan penerbitan 2 akhbar ataupun membebaskan 13 orang tahanan ISA sahaja tetapi lebih dari itu.

Saya amat berharap agar beliau dapat merealisasikan roh demokrasi yang sebenar dengan sekurang-kurangnya dengan menghayati doktrin pemisahan kuasa berperlembagaan. Beliau hanyalah ketua eksekutif. Jangan sesekali cuba masuk campur dalam bidang kuasa kehakiman dan juga legislatif - penggubal undang-undang. Juga mengelakkan kehakiman menentukan nasib penggubal undang-undang.

Saya percaya, komitmen beliau untuk "One Malaysia" akan menjadi semata retorik semata jika beliau cuba menjadi seperti mentornya sebelum ini.

Dan untuk beliau, selamat masuk pejabat. Perhatikan juga di bawah meja. Takut-takut ada besi 'bat' dan surat jampi terselit di mana-mana.

3 comments:

nik tikah nik abdullah said...

my new blog....

adaabdullah said...

...
bersetuju dengan kata2 saudara...
hmmm....

niktkah nik abdullah said...

bkp wak kak da tubik gambar...

Blog Widget by LinkWithin