Skip to main content

Snippet - Pre Muktamar 2009

Setinggi tahniah dan syabas saya ucapkan kepada calon-calon kepimpinan tertinggi Dewan Pemuda PAS Pusat. Sebagaimana pegumuman pagi tadi, tiada pertandingan bagi jawatan tertinggi dewan memandangkan ada calon-calon yang menarik diri. Dan tentunya penerimaan dan penolakan terhadap pencalonan jawatan dibuat dengan hati yang penuh ikhlas dan bermatlamatkan untuk perjuangan.

Sekurang-kurangnya, pemuda boleh berbangga dengan 'dasar terbuka hati' tersebut walaupun hampir setiap hari dimomokkan dengan berita, lapuran serta analisis dari pelbagai media tanah air.

Yang paling menyakitkan hati saya adalah label yang dikenakan ke atas calon yang bertanding. Si anu dikatakan golongan "Erdogan" manakala si Anu lain adalah proksi "Muqabalah". Sedangkan saya percaya hampir semua analisis yang melabel tersebut ditulis oleh orang luar parti. Dan mungkin ada di kalangan mereka merupakan 'agent provocateur' yang bertujuan memecahkan perpaduan parti.

Dan tentunya, tumpuan sekarang adalah kepada pertandingan utama bagi di peringkat timbalan dan naib presiden. Semoga pertandingan tersebut (kalau berlaku juga nanti) adalah sebagai azam untuk berlumba mengerjakan kebajikan.

Antara berita yang menggembirakan saya juga adalah penerimaan pencalonan DS Nizar ke jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Walaupun ada pencalonan yang mencukupi dan jika diteruskan pun mungkin menang selesa, beliau telah menolak pencalonan untuk Naib Presiden. Saya percaya sebagaimana yang pernah saya tulis sebelum ini, Dato' Seri Nizar masih mempunyai masa depan yang panjang dalam perjuangan. Beliau tidak perlu gelojoh!!.

Ibarat kata Dato' Pa, pemimpin PAS tidak perlu terlalu menonjolkan diri; orang PAS pandai menilai pemimpin.

Comments

Popular posts from this blog

Nikah Batin

Nikah adalah upacara agama. Ianya adalah sesuatu yang amat suci. Ia adalah permulaan untuk membentuk sebuah keluarga yang sempurna; ayah, ibu dan anak-anak. Lebih besar lagi, persemendaan hasil dari perkahwinan yang sah menjadi asas kepada wujudnya sebuah masyarakat yang berfungsi. Setiap ajaran agama di dunia - lebih-lebih lagi Islam - amat menitikberatkan soal nikah. Tidak cukup dengan pendaftaran sibil, pasangan dinikahkan juga mengikut tradisi masing-masing. Pasangan yang melanggar norma ini, dipandang jelek oleh masyarakat hatta oleh masyarakat barat yang terkenal dengan kemajuan kebendaan. Tapi hari ini, saya dikejutkan dengan berita ini - Nikah Batin - !!! Jika sebelum ini hanya pemberitaan khabar angin tentang nikah batin oleh beberapa ajaran tarikat sesat, tetapi hari ini sudah sampai di mahkamah; bertujuan untuk mengesahkan nikah tersebut. Ringkas sungguh nikahnya. Tidak perlu wali, jurunikah. Hanya bersaksi Allah sahaja. Saya tercari-cari juga dalam kitab-kitab muktabar ber...

Susur Galur Saya

Saya percaya ramai di kalangan kita; apabila ditanya tentang nama-nama nenek moyang hanya dapat menyebut sekadar dua atau tiga lapis sahaja iaitu sekadar tingkatan moyang. Selebihnya? Wallahu a’lam. Bagi kebanyakan orang urusan tersebut tidaklah sepenting mana, tapi bagi sesetengah yang lain susur galur inilah jati diri mereka. Bagi diri saya sendiri, saya bertuah sebenarnya kerana sekurang-kurangnya 13 lapisan saya ketahui iaitu sehingga ke awal abad 17. Senarainya adalah seperti berikut: Nik Bahrum Bin Nik Abdullah bin Raja Ahmad bin Raja Mat bin Raja Abdullah bin Raja Senik bin Raja Kecik bin Raja Mohamad bin Raja Abd Rahman bin Raja Kecil Sulong bin Raja Omar bin Raja Sakti. Manakala di sebelah ibu pula saya adalah anak kepada Nik Syamsiah binti Nik Som bin Raja Senik bin Raja Husin bin Raja Bongsu bin Raja Senik dan seterusnya sebagaimana susur galur sebelah bapa. Setakat ini yang saya belum jelas adalah susur keturunan sebelah Tokku (ibu Nik Abdullah) kerana se...